Bagaimana mengatasi masalah writer's block
Eh, Bukan menaip ke?
Lagi dipaksa menulis, selagi itu perkataan-perkataan tidak dapat keluar.

Lalu membiarkan sahaja ia kosong.

Putih berseri...

Lantas kita mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

Apabila sambung balik, tetap tidak dapat menulis. Edit sana, edit sini. Tidak yakin dan percaya pada diri sendiri.

Persoalannya ialah kenapa kita mengalaminya?

Kenapa susah sangat nak menulis?

Maka hari ini adalah hari bertuah anda. Kerana saya akan kongsikan kisah yang menarik lagi tertarik untuk dibaca.

Alkisah Sebelum Mendapat Hidayah

Semalam, saya bangun seperti biasa. Tetapi kali ini bangun terasa lain macam. Rasa seronok. Rasa ada sesuatu yang membuat saya gembira.

Tetapi tidak tahu apakah ia. Tidak tahu apakah keseronokan itu. Seketika itu, menjalankan kehidupan seperti biasa.

Saya lihat emel, lihat apa yang seronok untuk dibaca. Ada 2 emel yang menarik perhatian saya.

Pertama: Majalah Niaga Edisi #24 sudah keluar!

Kedua: Blog Enchanting Marketing ada tips baru!

Saya mengambil keputusan untuk membaca yang kedua dahulu. Sebab saya memang suka blog Enchanting Marketing. Memang bagus dan menggiurkan untuk dibaca kepada sesiapa yang minat tentang copywriting dan web copy.

Memang berbaloi baca artikelnya, tentang How to Use the Persuasive Power of Metaphors.

Lalu, baca e-majalah Edisi 24 pula. Kali ini tentang seorang Ustaz Shahrin Abdul Rahman yang pakar dalam perubatan Islam.

Memang terbaik majalahnya. Dan saya tertarik dengan kata-katanya.

..jika sembahyang kita rosak, maka rosaklah seluruh kehidupan kita dan
jika kehidupan kita rosak, beerti sembahyang kita juga rosak. Ini bermakna
jika kucar-kacir sembahyang kita, maka kucar kacir lah kehidupan kita..

Selepas itu, saya memang nak menulis. Tetapi tidak dapat menulis. Tidak tahu kenapa. Mungkin terlalu bosan? Ataupun mungkin terlalu banyak membaca?

Sesampai sudah malam. Memang hati resah. Tidak dapat menulis lagi. Tetapi, saya cuba menulis juga. Cuba menulis dalam blog peribadi saya. Dan pada ketika itulah saya mendapat hidayah-Nya.

Saya tahu kenapa selama ini susah sangat nak menulis. Saya tahu kenapa selama ini suka mengelak daripada menulis.

Jawapannya ada di bawah...

Bebaskan Dirimu Daripada Writer's Block!

Takut

Saya memang takut. Takut apa orang kata terhadap penulisan saya. Takut sekiranya penulisan saya tidak cukup sempurna. Takut. Takut. Dan takut.

Memang kuat perasaan takut dalam diri saya. Sesungguhnya, apa yang perlu dilakukan ialah, bebaskan diri kita. Jangan berfikir semasa menulis. Kerana berfikir sambil menulis adalah 2 pekerjaan yang berbeza.

Jangan takut. Luahkan apa yang tersurat lagi tersirat. Menulis dari hati. Bebaskan dunia fantasi kita. Sememangnya, menulis adalah satu seni. Seni yang bebas. Yang bebas daripada logik.

Luahkan. Luahkan. Tulis dahulu apa yang kita tahu. Tulis dahulu apa yang kita ingin sampaikan. Kerana menulis dari hati adalah penyelesaian yang paling mudah.

Menulis daripada hati membolehkan kita menulis dengan pantas. Kerana kita FOKUS pada satu pekerjaan dalam satu masa.

Menulis seperti bersembang bersama rakan baik. Tanpa ada perasaan ragu-ragu. Tanpa rasa takut.

Jangan fikir tentang apa orang kata, kerana selepas itu kita boleh edit.

Menulis sambil mengukir senyuman manis. Maka manislah apa yang dibaca.

Gangguan

Tidak tenang. Banyak berfikir sambil menulis. Bunyi chatting di Facebook. Lagu yang tidak menyenangkan. Semua itu adalah gangguan yang membunuh apabila menulis. Bila tenang mudah untuk menulis.

Sebelum saya menulis pasti menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan fikiran saya.

Anda juga boleh buat begitu. Tenangkan fikiran. Dengar muzik yang harmoni. Sentiasa dalam keadaan yang positif. Kerana minda perlu tenang dan fokus pada penulisan.

Ingatlah, setiap satu perkataan yang kita tulis adalah permata yang belum digilapkan lagi. Kerana kerja menggilap adalah selepas menulis.

Jangan sekali-kali cuba menjadi seorang yang sempurna apabila menulis.

Daripada Penulis

Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Sesungguhnya, Allah memberikan hidayah kepada saya untuk kembali menulis semula. Terima kasih Allah.

Mungkin cara ini tidak sesuai untuk anda.

Tetapi, belum cuba belum tahu. Sudah cuba baru tahu ;-)

Apabila menulis sebenarnya kita sedang berkarya. Orang berkarya memerlukan pemikiran yang kreatif. Bukannya pemikiran logik. Maka, selepas itu baru boleh menggunakan pemikiran logik.

Rancang dahulu apa yang hendak ditulis.

Tulis dari hati dan sampaikan dalam bentuk mudah dihadam oleh pembaca.

Edit yang mana perlu diperbaiki.

Maka karya kita dihormati oleh pembaca.

Era Jutawan
Content Marketing + Relationship = Authority
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi budiman.

Hari demi hari, tiada sebarang berita, tiada sebarang cerita dari blog Danialde4.

Sedangkan saya tahu, pembaca-pembaca saya tertunggu-tunggu cerita baru.

Sudah hampir sebulan tiada artikel baru di blog Danialde4. Sepi seketika.

Alhamdulillah, akhirnya saya telah buat satu keputusan luar biasa lagi muktamad. Saya ingin menukar templat baru lagi pelbagai fungsi.

Tetapi, saya terlupa blog Danialde4 sudah capai usia 1 tahun pada 5 April yang lepas. Allah Hu Akbar.

Maka, hari ini. Artikel terbaru lagi pertama selepas 1 tahun blog Danialde4. Akan diceritakan kenapa saya tukar templat baru dan kemanakah arah tuju blog Danialde4.

(Sebelum itu, izinkan saya menceritakan kisah saya dahulu ;)

Kemana Danial Abdul Rahim Menghilang?

Memang tidak dinafikan, saya seorang yang benar-benar pendiam. Lalu agak pemalu sedikit. Walaupun begitu, saya menghilang kerana mempunyai sebab yang kukuh.

Apakah Ia?

Pada cuti persekolah(seminggu) bulan march yang lepas, banyak perkara yang telah saya pelajari lalu mengubah hidup saya:

  1. Berjaya habis baca buku The Success Principle (Edisi Bahasa Melayu) setebal 500 lebih muka surat
  2. Berjaya menulis jemputan di blog Amirul Hakim
  3. Berjaya mempelajari Abundance (Berlimpahan) Mindset dan terima kasih kepada Cikpuan Insyirah Azhar
  4. Berjaya habis baca eBook Spiritual Marketing
  5. Berjaya jadi jurulatih kejayaan walaupun umur baru 17 tahun
  6. Dan berjaya menyiapkan projek blogspot ke-3 iaitu Projek PBSJ (Peminat Bola Sepak Johor)

Itu baru bulan march. Belum lagi cerita bulan April.

Untuk bulan 4 yakni April, saya berjaya dan menghadiri Seminar Berani Berniaga oleh Dr. Azizan Osman di Ipoh, Perak.

Teringat kata-kata Dr. Azizan Osman.
"Orang yang berjaya buat sesuatu sehingga HABIS"

Dan semasa Seminar Berani Berniaga. Banyak perkara baru yang dipelajari terutama formula P.O.W.E.R. Memang terbaik lagi luar biasa.

Sebenarnya saya masih ragu-ragu lagi mahu tukar templat atau tidak. Tetapi disebabkan ayat-ayat keramat disuntik dalam diri saya selepas seminar Berani Berniaga, terus tanpa ragu-ragu saya buat Tindakan luar daripada kebiasaannya.

JUST DO IT

Maka, cerita blog Danialde4 pula.

Kenapa Tukar Templat Baru?

Sekiranya dahulu saya mementingkan blog yang ringan lagi lagi simpel. Tetapi sekarang tidak lagi. Kenapa?

Anda ada terdengar cerita tentang AuthorityROI.com? Kalau belum izinkan sekali lagi saya ceritakan tentangnya.

AuthoritiyROI adalah sebuah laman yang akan mengajar kita bagaimana blogging dengan cara yang betul. Sekiranya dahulu kita menggunakan strategi menulis jemputan. Tetapi tidak untuk membina blog yang berautoriti.

Dan saya memuat turun eBook di halaman bonus AuthorityROI.com. Nama eBooknya ialah Authority Hacks Report. Memang terbaik daripada eBook biasa. eBooknya mengajar kita bagaimana membina blog yang hebat lagi trafik mencanak.

Dalam eBooknya, ada cerita tentang desain blog. Dari situlah kenapa saya tukar templat baru. Kenapa? sebab templat dahulu ada bugs dan kurang fungsi.

Biar Semak Asal Trafik Mencanak!

Pertama-tama, memang terkejut dibuatnya. Beliau menyedarkan saya bukan desain blog yang simpel lagi kurang fungsi menyebabkan trafik mencanak. Tetapi, desain blog yang semak lagi banyak fungsi membuatkan blog kita dapat trafik mencanak.

Dari situ, saya terus berusaha dan mencari apakah templat yang sesuai.

Tips - Apabila mencari templat blogspot, pastikan ia menepati 2 ciri utama.

Pertama: Pelbagai fungsi. Contohnya, mempunyai sidebar, footer column, drop down menu dan header yang luas. Dipermudahkan, templat galleri yang bersesuaian.

Kedua: Blog yang semak. Contohnya, banyak widget yang penting seperti, popular post, random post, related post, social sharing button, recent post, recent comment dan top comment.

Bagi saya, saya lebih fokus kepada widget pos kerana memudahkan pembaca mencari entri yang berkaitan lagi segar. Malahan, dapat mengurangkan bounce rate.

Fokus Blog Danialde4

Sesungguhnya dahulu, blog Danialde4 fokus kepada blogging tips, tetapi sekarang tidak lagi. Blog Danialde4 akan fokus kepada content marketing dan reviu(Antivirus, eBook dan sebagainya yang saya suka).

Content Marketing?

Pertama kali dengar? Baiklah, dipermudahkan:

Content Marketing = Budi dibalas budi.

Istilah: Memberi sesuatu yang berharga secara PERCUMA untuk menarik orang(pembaca) dan menukar prospek menjadi pelanggan lalu menjadikan pelanggan berkali-kali.

Sebagai contoh, kita bisnes jual kereta. Dan dengan menggunakan content marketing, kita bagi pelanggan memandu kereta secara PERCUMA tanpa meminta sebarang bayaran.

Contoh lain pula, kita bisnes jual makanan keropok. Sama juga macam tadi, kita bagi pelanggan rasa dengan PERCUMA tanpa meminta bayaran. Dan kalau pelanggan suka, maka duit masuk poket jawabnya ;)

Simpel dan senang dilakukan, itulah maksud budi dibalas budi. Memberi budi kepada orang, orang akan membalas budi kita balik.

Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat.
-Dr. Azizan Osman.

Memberi, memberi dan memberi secara PERCUMA.

Dalam dunia blog, beri artikel yang epik secara percuma dan dari situ pembaca akan lihat kita sebagai seorang berautoriti(mempunyai autoriti) dalam industri tersebut.

Bila ada autoriti apa yang kita dapat?

  • Trafik mencanak
  • Reputasi
  • Senang buat duit
  • Kepercayaan pembaca atau pelanggan
  • Menjadi orang sumber rujukan

Senang cerita; ada AUTORITI, ada KUASA.

Itu baru fokus yang pertama untuk blog Danialde4.

Dan fokus yang selebihnya, PD(Personal Development), reviu dan kajian kes.

Saya sangat suka pada motivasi, reviu dan kajian-kajian yang mengagumkan :D

Bagi saya, blog Danialde4 adalah tempat perkongsian ilmu yang dipelajari selama ini yang tersimpan. Memang banyak cerita yang masih belum dikongsikan.

Content marketing, copywriting, sales copy, psychology marketing, spiritual marketing, motivasi ketuhanan, reviu antivirus, dan pengalaman-pengalaman yang bermanfaat untuk anda.

Mentorku Dr. Azizan Osman, fokus beliau adalah menjadi lagenda dalam dunia pemasaran. Fokus saya(Danial Abdul Rahim) adalah menjadi lagenda dalam dunia blog.

Daripada Meja Penulis

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur terhadap Ilahi kerana limpah rahmat-Nya, saya mampu dan berjaya membuat keputusan yang luar biasa!

MasyaAllah. Sesungguhnya, keluarga, sahabat-sahabat serta mentor-mentorku sentiasa memberi sokongan dan bimbingan yang penuh inspirasi sehingga kini.

Sememangnya, pembaca-pembaca blog Danialde4 tidak dilupakan. Anda juga seorang yang hebat lagi dihormati.

Tanpa pembaca siapalah blog Danialde4, tanpa anda di manakah saya sehingga kini.

Sejujurnya, tanpa keinginan tertinggi, kita tidak akan menjadi orang yang berjaya.

Ikhlas,
Danial Abdul Rahim
-Salam sukses selalu

PS: Sekiranya anda ada terjumpa apa-apa bugs ataupun ingin memberi maklum balas. Saya amat alu-alukannya. Dan kalau tidak keberatan, kongsilah di laman sosial anda.

YES! YES!! YES!!!
~ Audiens BERANI 2013

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi kaya dan berjaya ^_^
 
Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan! [BERANI2013.com]
TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN!
Adakah anda ada keberanian nak bermimpi? Kalau ya sila baca dengan penuh khusuk! =D

Untuk pengetahuan anda seminar ini dianjurkan oleh syarikat gergasi iaitu Richworks dan orang yang telah mengajar saya ialah Dr. Azizan Osman.

Seminar ini ialah seminar apa sebenarnya?

Bagi saya seminar BERANI 2013 ialah satu langkah "besar punya" yang  mengubah kehidupan anda untuk jadi lebih berjaya dan kaya.

Pengalaman Kali Pertama

Pada awalnya saya memang tidak mengenali beliau dengan lebih jelas.

Tetapi adanya satu platfom majalah keusahawanan iaitu Majalah Niaga yang telah membuat satu temu bual eksklusif. Temu bual itu adalah Dr. Azizan Osman.

Jadi, dari situlah saya mula mengenali Dr. Azizan Osman dengan membaca Majalah Niaga Edisi Khas.

Lama kelamaan minat saya terhadap keusahawanan makin mendalam dan makin cinta.

Itu baru permulaan. Kalau saya cerita macam mana saya jumpa itu ini memang panjang. Jadi, saya fikir lebih baik saya teruskan dengan pengalaman saya :D

Ok?

Selepas itu saya telah cari siapakah Dr. Azizan Osman ini sebenarnya? Cari, gali dan kaji siapakah beliau.

Siapakah beliau yang sungguh berjaya mengubah hidup orang?

Cari, cari, cari. Akhirnya, alhamdulillah. Terjumpa laman web beliau. Dari situlah saya mula kenal dengan Dr. Azizan Osman lebih dalam.

Menghantar emel kepada saya setiap malam. Beri macam-macam tip untuk hidup lebih berjaya dan kaya. Beliau tidak pernah lupa untuk mendoakan senerai melnya.

Alhamdulillah :)

Dan, pada suatu hari beliau menghantar emel BERANI 2013 pada bulan 12 akhir tahun 2012 kalau tidak silap saya.

Ok. Masuk laman BERANI2013.com dan daftar.

Tidak lama selepas itu terima emel darinya.

Dapat tahu yang seminarnya ialah pada bulan 16 Januari 2013 hari rabu.

Tunggu dan bersabar.

Dan akhirnya tiba juga harinya. Hujan lebat pada waktu petang. Lebat sungguh. Tetapi harsat saya tetap diteruskan. Nak juga pergi seminar BERANI. BERANIkan diri!

Kakak saya Siti Samirah yang tolong hantarkan ke tempat seminar di Hotel Riverfront. Dah nama River(Sungai) Front(Depan). Memang hotelnya depan sungai ;)

Sampai juga ke tempatnya. Terkejut dibuatnya kerana ramai sungguh hamba Allah yang hadir ke seminar ini.

Sungguh tidak percaya pengaruh Dr. Azizan Osman sungguh holistik.

Daftar. Masuk. Duduk di tepi bahagian kiri. Alhamdulillah dapat juga duduk dan boleh dikatakan dekat juga dengan pentas itu.

Tidak lama selepas itu. Mulalah seminarnya.

Permulaan dia saya cuma katakan "WOW!"

Hebat sungguh.

Penuh energi. Kuasanya dapat dirasakan hingga kini!

YES! YES!! YES!!!

Bergegar hotel dibuatnya.

YES! YES!! YES!!!

Aku kaya dan berjaya!

Seluruh anggota badan saya kembali segar walapun selapas hujan.

Maka Dr. Azizan memulakan perbicaraan beliau.

Mula-mula sekali beliau nak audiens bersuyukur terhadap Ilahi kerana masih hidup. Kerana masih lagi boleh bernafas di muka bumi ini.

Kedua beliau menceritakan formula M.E.S.T.I

Masih ingat lagi kah anda? Dalam entri sebelum ini saya pernah menceritakan iaitu pada entri "33 Langkah Bina Blog Yang Berjaya".

M = Matlamat = Mentor

Matlamat

Sebelum nak mulakan sesuatu kerja mesti kita kena tahu apakah matlamatnya? Apakah tujuannya? Cuba tanyakan pada diri anda sendiri.

Kenapa anda perlu jadi Jutawan?
Sebab nak jadi kaya? Tidak. Beliau sama sekali tidak mahu kita berfikiran sebegitu. Beliau mahu kita kaya sebab banyak menyelesaikan masalah orang.

Maka duitpun secara tidak langsung akan banyak kaw-kaw.

Mentor

Nak cepat berjaya dan kaya mesti kena ada mentor. Wajib. Kita wajib berguru dengan orang yang telah berjaya.

Kita mesti berguru dengan orang yang telah bergelar jutawan.

Barulah jadi jutawan. Jelas?

Misalnya, kalau kita nak jadi pakar buat kek kita kena berguru dengan orang yang telah berjaya buat kek yang sedap.

Tidak ke begitu?

Selepas itu saya tidak mahu cerita lebih banyak sangat kerana anda perlu rasai sendiri. Barulah tahu nikmat sebenar Seminar Dr. Azizan Osman!

Matlamat Saya

Dalam seminar BERANI. Beliau nak audiens tulis apakah matlamat diri sendiri. Beliau audiens tetapkan matlamat dan rasai dihati.

Dan saya telah pun tetapkan satu matlamat yang jelas lagi benar. Matlamat saya ini bukan saya seorang sahaja yang akan terima tempias jadi berjaya.

Malah keluarga saya sendiri juga secara tidak sengaja akan ubah nasib jadi kaya dan berjaya

Jadi dengan ini saya bersungguh-sungguh telah jadi "Jutawan Pro Blogger Bertaqwa" pada usia 25 tahun!

Saya nak jadi "JUTAWAN PRO BLOGGER YANG BERTAQWA" pada usia 25 tahun
Aamiin ya Rabb. Terima kasih kerana sudi mendoakan saya =D

Persoalannya Bagaimana Nak Ada Matlamat Yang Bagus?

Cuba anda fikir. "Jutawan".

Adakah anda nak jadi jutawan? Sudah semestinya. Semua orang dalam dunia ini nak jadi jutawan. Siapa yang tidak mahu?

Nak Jadi Jutawan Dengan Apa?

Ya, anda nak jadi jutawan dengan apa? Jadi seorang usahawan ke? Jadi seorang pakar masakan cina ke? Atau nak jadi jutawan dengan jual ais krim?

Memang perlu ada jalan yang jelas. Nak jadi jutawan dengan apa?

Jawapannya ialah dengan minat anda. Apa yang anda minat? Jadikan ia jalan untuk jadi jutawan.

Contohnya. Saya memang minat (bukan minat tetapi sudah sampai ke tahap obses dengan blog). Jadi saya jadikan minat pada blog sebagai jalan untuk saya jadi jutawan. Anda pula bagaimana?

Mohon difikirkan kerana ia teramat penting sekiranya anda nak jadi jutawan yang kaya, berjaya lagi beriman kepada Allah S.W.T.

Bila Tarih Akhirnya?

Anda nak bergelar jutawan pada usia berapa tahun? 25? 30? 35? Ataupun di Syurga nanti?

Kenapa tidak di dunia?

Anda yang tentukan. Tetapi yang pasti. Sebaik-baiknya ialah tetapkan matlamat nak jadi jutawan pada 10 tahun yang akan datang. Kiralah dengan umur anda sendiri.

YES! YES!! YES!!!

Alhamdulillah hari ini saya hidup dengan lebih segar dan berani.

YES! YES!! YES!!!

Hari ini saya telah tahu erti kehidupan yang sebenar.

YES! YES!! YES!!!

Hari ini saya lebih ceria kerana Seminar BERANI 2013.

YES! YES!! YES!!!

Hari ini saya lebih bertenaga dan bersemangat!

YES! YES!! YES!!!

Hari ini sikap dan minda saya lebih positif!

YES! YES!! YES!!!

Hari ini saya telah berjaya sekolah 5 hari berturut-turut!

YES! YES!! YES!!!

Hari ini saya berjaya membaca doa di depan 700 pelajar sekolah menengah tanpa rasa gementar!

YES! YES!! YES!!!

Saya teramat syukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Dr. Azizan Osman kerana telah menginsparasikan hidup saya. Kerana beliau telah membuka pintu hati saya.

YES! 

YES!!

YES!!!

Semua ini berlaku kerana orang banyak memberi. Semua ini berlaku kerana Allah suka kepada orang yang banyak bersedekah.

Kepada sahabat ku yang terlepas seminar ini mungkin Allah beri rezeki di tempat lain.

Teruslah percaya kepada Yang Maha Esa. Teruslah banyak memberi dan menderma. Insya-Allah(Gaya MyArrazi.com ;) anda boleh berjaya dan kaya.

Insya-Allah hidup anda lebih diberkati.

Insya-Allah anda lebih ceria dan bahagia.

Segala-gala tindak tanduk diri saya lebih positif seperti jutawan!

Sepatah dua kata yang telah membuka hati saya:

"Massive action, massive result!"

"Orang yang was-was memang tidak akan khusuk solat."

"Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat semuanya adalah doa."

"Kita boleh design hidup kita."

Kerja Sekolah

Apa ini Danial? Kenapa ada kerja sekolah?

Sebenarnya tugasan ini amat penting bagi anda. Sekiranya anda nak jadi jutawan yang berjaya dan diredhai Allah S.W.T, anda MESTI buat tuagasan ini.

Baiklah, tuagasan ini apakah dia?

Saya nak anda cari dan tulis satu MATLAMAT yang terakhir lagi jelas.

Satu matlamat yang akan boleh dibacapai dalam masa 10 tahun akan datang.

Buat mesti kena buat.

Kalau sudah buat maka anda kongsikan matlamat anda di ruangkan komen. Mohon BERANIkan diri kongsikan matlamat anda.

Untuk hidup sedar dan berani, bergema dengan kasih sayang dan belas kasihan, untuk menyedarkan semangat yang besar dalam orang lain, dan untuk meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman damai.

Sebuah sungai yang segar di dalam sungai tersebut mempunyai batu bata yang cantik & pemandangan yang selesa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi budiman.

Basmallah, Alhamdulillah. Syukur terhadap Ilahi kerana limpah rahmatNya saya masih lagi hidup dan diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini lalu membolehkan saya menulis seentri yang baru lagi segar.

Akhirnya selepas 15 kali fikir saya tetap juga nak tukar template.

Memang pada awalnya saya tidak mahu menukar template baru kerana template lama dah cantik tetapi disebabkan saya masih tetap berdegil nak juga tukar template baru.

Kalau kita selalu tukar template ia akan mendatangkan kesan yang negatif dan positif. Tetapi sebelum saya nak melanjutkan cerita itu saya nak bercerita tentang kisah blog Danialde4 pada 2013 :)

- Kisah Era 2013

Tahun ini tahun terakhir saya bersekolah menengah. Rasanya macam tidak percaya umur nak sampai 17. Sudah tua nampaknya. SPM lagi beberatus hari sahaja.

Kalau masih tetap selalu ponteng sekolah memang masa depan gelap gelita. Memang gelap gelita kalau SPM "cukup-cukup makan".

Jadi, dengan ini saya akan merancang tahun 2013 ku dengan sebaik-baik yang mungkin untuk mencapai keputusan cemerlang SPM nanti.

= Rancangannya Ialah...

Saya akan berguru dengan 9 orang Guru yang hebat iaitu:

  • Ustazah Normaiza Abdul Rahim. Guru Pendidikan Islam.
  • Encik Rosli. Guru Sejarah.
  • Puan Hawa. Guru Bahasa Melayu.
  • Sir Hashim. Guru Bahasa Inggeris.
  • Puan Kaliammah Devi. Guru Sains
  • Encik Azmi Tahir. Guru Lukisan Kejuruteraan.
  • Encik Azir. Guru Matematik Tambahan.
  • Puan Junaidah. Guru Matematik Moden.
  • Puan Faridah. Guru Sains Pertanian.

Kesembilan-sembilan guru berkenaan saya akan menuntut ilmu 101% daripadanya. Mohon anda doakan untuk saya ya :)

Ok, itu satu dan yang kedua ialah?

Blog Danialde4 tukar niche. Tukar niche sebelum ini iaitu Tips Berblogging ke Jurnal Inspirasi Hidupku.

Apakah itu?

Jurnal Inspirasi Hidupku ini akan berkisahkan seorang hamba Allah SWT yang akan membuat blognya sebagai medium untuk menulis nota.

Jadi, selepas ini anda akan membaca nota Tingkatan 5 saya. Harap anda tidak kisah ya ;-)

Bukan nota sahaja yang saya akan tulis tetapi tentang kisah kehidupan saya. Selama ini, saya memang banyak berdiam diri dan tidak bercerita tentang segala ilmu yang saya pelajari.

Memang banyak cerita yang belum saya ceritakan kepada anda kerana kekangan masa dan kerana saya pemalu orangnya.

Kesimpulannya, blog ini ialah sebuah jurnal yang akan menginspirasikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

- Kesan Selalu Tukar Template

Baiklah kembali ke cerita asal iaitu cerita kenapa kalau kita selalu tukar template mendatangkan kesan positif dan negatif.

Saya akan bercerita dahulu tentang kesan positifnya.

Antara kesan positif ialah:

  • Blog mengikuti perkembangan semasa.
  • Blog akan lebih segar dengan pakaian baru.

Cuma sedikit sahaja kesan positifnya. Tetapi kalau cerita tentang kesan negatifnya anda jangan pula terkejut.

Antara kesan negatif ialah:

  • Melihatkan anda seorang blogger yang masih baru. - Bila seseorang blogger itu selalu tukar template orang akan tahu yang dia seorang blogger baru sebab dia tidak yakin atau selalu ikut orang. Tidak ada pendirian hidup.
  • Penjenaam blog tidak kukuh. - Misalnya macam cerita Naruto. Anda tahukan apakah warna tema Naruto iaitu warna oren. Jadi, warna baju Naruto ialah oren. Tetapi kalau Naruto asik tukar baju setiap hari memang orang susah nak ingat. Esok oren, lusa biru dan seterusnya. Jadi, ia tidak kukuh dan orang susah ingat.
  • Sukar dikenali. - Samalah juga macam cerita tadi. Kalau orang tersebut selalu tukar template seminggu sekali orang susah sangat nak kenal blog berkenaan.

Jadi, anda dah lihat keburukannya? Anda nampak apa yang negatifnya lebih banyak daripada positif.

- Kepentingan Memlih Template Untuk Jangka Masa Lama

Kenapa kita perlu menggunakan template untuk jangka masa yang lama?

Kenapa ianya penting?

Apakah sebabnya?

Sebabnya ialah: Sekiranya kita menggunakan template yang sama untuk jangka masa yang lama pelawat akan lebih mudah kenal dengan tema blog berkenaan.

Misalnya, saya cuma katakan satu jenama kapal terbang yang menawarkan tiket penerbangan yang murah.

Otak kita secara automatik akan terfikir AirAsia.

Faham?

AirAsia adalah satu jenama yang sangat kukuh bagi saya kerana jenama itu tidak mengubah warna temanya iaitu warna merah dan sedikit putih.

Jadi, secara keseluruhannya AirAsia akan dikenali dengan ciri-ciri ini, iaitu:
  • Warna merah dan sedikit putih.
  • Menawarkan harga tambang kapal terbang yang murah.

Tip tambahan: Pastikan bila nak memilih template, pilihlah template yang mempunyai satu warna yang kuat yakni warna yang terang supaya orang akan lebih mudah nak mengingatinya.

- Kesimpulannya

Blog ini akan tetap dengan template ini iaitu template sensational untuk jangka masa yang lama. Ciri-ciri template inilah membuatkan hati saya tetap setia untuk meggunanya.

Elegant. Responsive. Light. HTML5. User friendly dan yang paling penting Nur(cahaya) kasih... =D

Bercahaya templatenya.

Walauapapun, saya ingin mengucakapkan semoga anda sihat sejahtera dan bahagia hendaknya di dunia dan di akhirat.

P.S: Mohon kongsi kalau anda suka dan mohon komen yang membina ya.

P.S.S: Kalau template ini membuatkan anda tidak suka mohon berikan cadangan di ruang komen. Kalau suka tolong kongsikan bersama sahabat anda yang dikasihi ya ;)

Kita ada 8 formula penting dan formula nombor satu adalah sikap. Sikap yang positif akan membawa hasil yang positif...

Gamber berbentuk love dan ada tulisan berbagi tak pernah rugi
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati lagi budiman. Kita memang selalu dengar ayat tersebutkan?

Hidupkan untuk memberi ~ Denai Hati

Tetapi cerita ini bukanlah cerita Denai Hati. Tetapi cerita ini ialah cerita saya :)

Tetapi kenapa kita harus untuk memberi kepada orang lain?

Memberi juga ialah perbuatan bersedekah dan apakah maksud sedekah?

Defisini Sedekah

Sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Orang yang memerlukan ialah?

[+] Fakir (Susah)
[+] Miskin
[+] Kerabat keluarga

Atau untuk kepentingang jihad fi sabillilah.

Pemberian tidak semestinya dari segi wang. Kita juga boleh sedekah ilmu, tenaga, dan sebagainya yang dapat memberi manfaat kepada orang berkenaan.

Sebagai satu contoh, saya suka menolong orang yang berada dalam kesusahan untuk me-reka bentuk blog. Jadi, dari situlah saya akan sedekah ilmu dan tenaga untuk membantu orang tersebut membina blog yang cantik lagi mengiurkan.

Adakah anda faham dengan cerita saya dan setuju pendapat saya? ;)

Berbalik Kepada Cerita Saya

Seperti biasa saya Solat Jumaat. Saya memang suka sedekah di Masjid sebanyak RM10. Kira ok kan?

Tetapi saya tidak tahu apakah tujuan saya sedekah, cuma untuk suka-suka dan pada hari sabtu yang lalu, saya terbaca satu entri iaitu "9 Formula Seru Rezeki Disayang Tuhan".

Baca-baca sampailah saya masuk page lain iaitu squeeze page. Page tersebut menerangkan satu eBook iaitu ebook "9 Formula Seru Rezeki Disayang Tuhan". Daya ingatkan percuma. Tetapi kena beli.

Baca page tersebut dan sampai pada satu bahagian ada pula boleh dapatkan eBook yang percuma. Alhamdulillah, daftar dan download eBook tersebut. Ingatkan eBook tadi, rupanya eBook testimonial.

Tidak apalah baca juga. Baca dengan penuh kyusuk ceritanya. Memang bagus rupanya eBook tersebut. Ramai yang menggunakan dan dengan izin Allah SWT mereka yang mengamal formula tersebut murah rezeki tidak disangkakan.

Ramai orang salah tafsir dengan rezeki. Rezeki tidak semestinya berbentuk wang tetapi dalam bentuk keselamatan, kesihatan, kemenangan bola sepak, masa nak parking kereta dan sebagainya.

Adakah anda faham? ;-)

Kembali pada cerita saya; Dan selepas membacanya. Terfikir balik masa saya bersedekah. Untuk apa saya menderma? Dan masa itulah saya niat, "Saya bersedekah untuk membantu rakyat Palestin yang berada dalam kesusahan."

Dipendekkan cerita, tidak lama selepas itu. Dengan tidak disangkakan, MasyaAllah Ayah saya telah memberi external hardisk. Terkejut dibuatnya, dan tambahan pula Kakak saya menghadiahkan seutas jam tangan.

Ya Allah! HambaMu ini mengucap jutaan syukur tidak terhingga atas rezeki tersebut.

Cuba bayangkan, itu baru saya sedekah RM10 bersertakan dengan niat yang sudah terlambat. Kalau saya bersedekah RM50 masa Solat Jumaat apa pula yang saya dapat? Anda fikirlah. Memang benarlah hadis ini.

“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan, Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat”. 
~ Hadis Riwayat Muslim


Azam Tahun Baru

Jadi, saya fikir azam tahun baru ialah nak memperbanyakkan sedekah dan memberi. Tidak kiralah dari segi bentuk apa sekalipun. Yang paling penting saya nak bantu seramai yang mungkin untuk menyelesaikan masalah orang dan jadikan ia sebagai satu sikap.

Kalau anda mengalami masalah tentang blog jangan sengan nak hubungi saya. Sebelum ini saya memang pernah bantu ramai orang tetapi tidaklah seramai yang sama mahukan.

Oleh itu, dengan hati yang ikhlas saya sedia membantu anda dari segi blogspot. Buatkan ia jadi Mesra SEO dan Mesra Alam.

P,S: Kalau saya nak bantu bahagian penulisan saya tidak pasti penulisan saya bagus atau tidak. Cuba anda komen sikit. :D

Daripada Penulis

Sekarang ceritanya anda mengalami masalah blog dan anda nak saya tolong?

Segeralah komen di bawah, InsyaAllah saya akan cuba bantu anda secepat yang mungkin.

P,S: Jangan lupa nak join group saya: Seni Bina Blog.


Sumber gambar daripada Google Images

Sumber
Terfikir
-----------------------------------------------
Ilham datang dari Allah SWT. Alhamdulillah, Sujud Syukur =)
-----------------------------------------------

Esok Kakak ku @Lia Ameera bersama Kak @Naive Ran nak berniaga.

Tapi, saya fikir. Macam mana nak tingkatkan jualan.

Macam mana bagi orang beli akan produk kita.

Tapi sebelum itu saya teringat.

Di saat pergi Mydin petang tadi bersama Kakak ku yang manis belaka.

Ketika hendak pulang ada orang menegur.

Nak Beli Insuran tak Kak.

Kak ku membalas: Takpe-takpe.

Beliau bertanya lagi: Sebelum ini dah ada insuran ke?

Kakak ku dengan selambanya tidak layan.

Bila dah jadi macam itu. Saya bawak balik kes tadi. Iaitu Orang nak menjual insuran tetapi tidak dapat menarik perhatian kita.

Jadi, disini saya akan membincangkan bagaimana nak menarik perhatian pelanggan di depan mata kita.

Tarik Perhatian Dengan Ucapan Yang Sehat

Teringat di saat sekolah dahulu. Ustazah ku,

iaitu Ustazah Normaiza Berkata: Apabila diantara rakan kamu sedang berpaling muka antara satu sama lain. Cara yang terbaik untuk menyambung balik silaturrahim yang telah putus sebentar tadi. Seseorang yang berpaling muka itu haruslah memberi salam.

Saya ambil itu dan bawa dalam perniagaan.

Jadi, Kalau orang yang lalu lalang di depan kita itu ialah orang Islam, maka kita haruslah memberi Assalamualaikum kerana. Menjawab salam adalah wajib. Kalau orang yang didepan kita itu menjawab salam. Maka apa lagi. Umpan dah terkena :D

Meminta Pertolongan

Selepas sahaja pelanggang kita menjawab salam,

Maka kita haruslah meminta pertolongan sebegini.

Maaf menganggu Tuan / Cik Puan. Bolehkan berikan saya masa sebentar untuk menerangkan produk yang saya ingin jual.

Cakap dengan lemah lembut dan sopan santun. Jangan cakap macam dalam WWE. Memang lari le.

Kalau produk itu ialah makanan bagilah rasa. Jangan kedekut. Beri pelanggan rasa dahulu. Memberi lebih baik daripada meminta :)

Dan Anda Tahu Nak Buat Apa

Ikan dah dapat. Masuk dalam peti duit. Rezeki turun dari langit. Ucapkan syukur Alhamdulillah, kerana Hukum Allah menyuruh kita menjawab salam adalah wajib.

Secara keseluruhannya. Artikel ini tidaklah berdasarkan fakta yang kukuh. Kerana kesemua yang ada di dalam artikel ini adalah daripada pengalaman situasi.

Kalau gitu. Saya juga ingin mengucapkan Assalamualaikum WBT. Semoga Anda sihat selalu dan tidak dilupakan juga selamat berniaga =D

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati.

Tak kenal maka tak cinta. Itulah ayat yang selalu orang guna pada masa kini. Tapi tak kan la terus kenal terus jatuh cinta?

Mestilah dia kena melalui proses dahulu.

Berdasarkan pengalaman saya ia ada 4 proses yang mesti dilalui sebelum kita nak terus jatuh cinta.

Apakah proses tersebut?

3000: Kenal

Proses yang mula-mula mestilah kita kenal dahulu. Semua benda kita nak tahu, semua benda kita nak kenal.

Kita kenal TV, kita kenal lapptop, kita kenal Jam, dan hampi semua benda kita kenal. Tapi semua yang kita kenal tak semestinya berkenan dihati. Betuk tak?

Jadi, Anda dah kenal dengan seorang wanita idaman anda. Dia juga kenal anda. Tapi baru berkenalan. CINTA MUKA BUKU.....

300: Suka

Kita kenal dengan semua benda, tapi tak semua yang kita kenal itu kita suka. Seperti Lalat. Kita kenal dengan lalat tapi tak suka dengan lalat. Sapa suka dengan lalat memang pelik....

Facebook LikeBila dah kenal dengan wanita idaman tersebut, anda pun suka dengan dia... suka dengan cara percakapan dia, suka dengan cara dia melayan anda.... Dia pun suka dengan cara layanan yang anda berikan.

Tapi, seperti yang saya katakan tak semestinya semua yang kita kenal kita akan suka.

Bila dah suka anda akan masuk proses yang seterusnya

30: Sayang

Bila anda suka sama suka dengan wanita tersebut, maka perasaan sayang pun hadir dalam diri. Anda sayang dia sebagai kawan baik... Baru sayang sebagai kawan baik.

Sayang Kamu
Diapun dah mula sayang anda.

Saya terfikir. Apakah yang akan berlaku jika seseorang sayang dengan kita? Ye, apakah yang dia akan buat jika dia sayanga pada anda?

Berdasarkan pengalaman saya, bila orang dah mula sayang. Dia akan mula menghormati anda.

Selepas sayang sama sayang... Maka hadirlah satu perasaan yang paling hebat. Perasaan ini paling susah nak dikawal.

3: Cinta

Love
Selepas sayang berpanjangan... maka hadirlah cinta yang paling hebat. Cinta itu akhirnya anda membawa kepada rumah tangga. Mempunyai anak yang comel-comel belaka.

Hidup kekal bahagia kekal hingga akhir zaman......

Kenapa Bernombor?

Cuba anda fikir dengan baik. Kenapa saya buat nombor? Mesti ada sebab. Ye Ada sebab.

Apakah sebab itu?

Cuba anda lihat....

3000: Kenal = Semua benda kita boleh kenal. Hampir semua kita kenal. Kita kenal kucing, harimau, PC, bumi, planet dan sebagainya.

300: Suka = Semua yang kita kenal tak semestinya kita suka. Betul tak? Anda kenal ular tetapi tidak semua orang sukakan ular.

30: Sayang = Bila dah suka maka hadirlah perasaan sayang. Sayang ni lebih kecil. Kita sayang ibu bapa kita, kita sayang keluarga kita. Bukan semua yang kita suka kita akan sayang.

3: Cinta = Bila dah sayang, maka cinta yang hebat hadir dalam diri anda. Anda cintakan seseorang itu, sehingga dapat membina mahligai kekal hingga akhir zaman...

Itulah yang saya simpan selama ini. Rasa amat lega bila dapat dikongsikan bersama anda. Tak kenal maka tak cinta sebenarnya panjang prosesnya.

Sebab itu dalam Islam ada konsep pertunangan. Bertunang itu bertujuan untuk kita kenal dahulu dengan jodoh anda. Bila dah suka maka nikahlah jawabnya. Kalau sebaliknya kita ada hak untuk putus atas sebab yang munasabah.

Kalau anda merasakan post ini tidak ada nilai tidak mengapalah. Sebab post ini sekadar diari sahaja, yang sudah lama tersimpan di hati...

Akhir kata, kalau anda ada apa-apa masalah tentang blogger. Anda boleh komen di bawah. Kerana anda amat berharga untuk saya. ^_^

Wallahualam...


Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Basmallah. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati :)

Pembukaan era baru bagi blog Danialde4 akhirnya tiba jua. Sudah lama menyimpan di dalam hati untuk membuat era baru.

Nampak macam hebat je era baru ni

Insya Allah saya akan membuat sedaya upaya yang boleh untuk membuat blog saya berguna pada anda. Seperti mana yang anda tahu. Saya renovate blog Danialde4 dengan Interface yang baru(Harap Anda boleh terima yang hati yang terbuka tentang design blog saya).

Diari Motivasi Blog

Sebenarnya.... Sejak kebelakangan ini, saya jarang update blog kerana mempelajari ilmu Pro Blogging. Memang bagus rupanya Blogging ni. Baru tahu, bahawa blogging boleh mengubah hidup seseorang.

Saya merantau di dalam internet keseorangan, mencari ilmu blog. Tidak ada siapa pun yang tahu apa yang saya buat kecuali Allah.

Semua Pro Blogger yang saya jumpa hebat-hebat belaka.

Brian Clark,
Jon Morrow,
Rahul Kuntala,
Danny Iny,
Corbett Barr,
Ammar Ali,
Onibalusi Bamidele,
Ahmed Safwan,
Leslie Samuel,
Ariff Shah
Dan semua blogger yang jumpa tetapi tak ingat(Jangan marah ye).

Kesemua blogger di atas telah memberi inspirasi kepada saya. Bagaimana mereka buka minda saya betapa hebatnya blog.

Blog ini akan tukar dia punya blog topik. Daripada blog warez(Illegal content) kepada blog "DIARI MOTIVASI BLOG".

Kenapa saya buat begini? Kerana saya tidak menentu dengan blog. Kejap post tentang tutorial, kejap post tentang warez(download). Di situ saya akan tetapkan kepada satu topik.

Bahawasanya anda perlu tahu tentang perkara di bawah.

Bila saya mengatakan DIARI.

Diari = Benda peribadi, tentang peribadi yang tidak pasti kesahihannya melainkan saya mengatakan info tersebut didapati dengan sumber yang boleh dipercayai.

HARAP MAKLUM (^_^)

Saya mengambil kursus Become A Blogger yang dibuat oleh Leslie Samuel. Memang bagus dari sangkaan saya. Kursusnya lengkap dan penuh maklumat yang berguna. Kalau anda ingin tahu apakah kursusnya silalah layari,

BecomeABlogger.com

Bila anda sudah masuk anda boleh melanggan di dalam kotak tersebut(Ye saya tahu blog itu dalam BI tapi percayalah anda tidak akan menyesal).

Nak tahu kenapa blogger selalu gagal?

Insya Allah, jika saya ada masa saya akan kongsikan bersama anda.

Saya nak bercerita sedikit tentang kisah saya(Dah namapun diari ^_^).

Sedikit je tak banyak.

Sebelum ini saya pernah kemalangan basikal(saya) dengan motor(kawan saya).

Tapi, Alhamdulillah tidak teruk. Sikit sahaja lukanya.

Pada hari yang lain. Akaun blog saya kena hack. Ya Allah! Ujian datang menimpa hambanya. Tapi... nasib baik Hacker tu baik. Hack la juga tapi cuma dia bagi warning kat blog SSSL.RC.MY, suruh tukar password. Huhu.

Selepas itu, saya keluar, nak pergi main bola. Masa nak balik tu pen-drive saya hilang......

Lagi sedih dibuatnya. Pendribe tu adalah segala-galanya yang saya cari pelajari, kumpul........

Nampaknya, terpaksa saya bina balik semua dengan cara yang baru.

Kesan daripada saya kena hack:
  • Maruah saya tercabar.
  • Kepercayaan blogger lain pada diri saya hilang.

Tak boleh dilupakan.... huhu sedih saya. Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi. Allah dah tentukan ujian kepada hambanya. Kita sebagai hambanya tidak boleh mengelak daripada ujiannya.

Kesan daripada pendrive saya hilang:
Setakat ini Alhamdulillah kehilangannya dapat diatas walaupun banyak benda yang berharga.

Pengajaran:

Daripada kisah saya saya telah mengambil pengajaran yang amat bermakna.

Kalau nak buat komputer anda bersih pastikan anda download CCCLEANER dan guna setiap hari

Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahma Nirrahim saya melancarkan Blog Danialde4 era yang terbaru.

Kenapa anda perlu membaca blog saya?
  • Anda akan mempelajari ilmu blogger
  • Anda akan tahu cara nak design blog
  • Anda akan dapat Informasi yang berguna
  • Mempelajari tips berblogging
  • Saya akan cuba tulis seringkas yang mungkin bagi anda faham

Kita Sebagai HambaNya Hanya Boleh merancang, Allah SWT yang tentukan.

Kalau anda merasakan blog tidak bagus. Tolong bantu saya jadikan bagus.
  • Luahkan disini, apakah kekurangan blog ini.
  • Apakah yang perlu dibaiki?
  • Apakah perkara/benda yang anda tidak suka?

Saya sedia mendengar dengan hati yang terbuka :)

Sebuah diari yang akan memotivasikan untuk berblogging =)



Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Kepada anda semua di pagi yang mulia ini. Terima kasih atas kesudian anda untuk berkenalan bersama saya. Tujuan saya membuat blog ini cuma sekadar ingin memenuhi masa saya yang terluang. Blog ini boleh diketogorikan sebagai blog tutorial tapi saya engak tahu mahu membuat tutorial dalam bahasa apa. Mahu membuat tutorial dalam bahasa Melayu ataupun dalam bahasa Inggeris. 3 hari 3 malam saya berfikir. Akhirnya keputusan hakim dah muktamad. Saya akan membuat tutorial dalam bahasa Melayu. Dah namapun orang Malaysia tapi keturun orang Jawa. Keputusanpun sudah dibuat dan sekarang saya mahu sambung membuat kerja pernambahbaikan blog.

Wasalam ^_^

P/S: Silalah tinggalkan jejak blog and disini jika mahu backlink di blog saya. Orang yang ketiga terawal meletakkan link di blog saya hanya akan dapat backlink.

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim