Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mengusahakan projek Blogspot yang ke-17. Sikit lagi nak sampai 20.

Projek kali ini tentang seorang kakak Ina muda sikit (jangan marah) yang nak buat duit dengan blognya. Itulah plan asal beliau buat blog. Sebelum ini beliau pernah buat blog pada tahun 2008.

Namun, ada sebab-sebab yang tertentu beliau tidak dapat meneruskan usahanya untuk berblog.

Maka, akhir tahun 2013 beliau berusaha untuk memulakan blog baru.

Plan beliau, bina follower (tribe) sendiri selama 2 atau 3 tahun. Lalu mula berbisnes dengan blognya.

Bagaimana Saya Mengusahakan Blog UmmiComel4U

Saya pecahkan kerja pada 3 bahagian:

#1 Design

Dalam design saya akan lihat warna tema utama apa yang beliau mahu. Kak Ina suka warna biru sebagai warna tema utama.

Seterusnya, apakah warna background yang beliau suka. Beliau memilih untuk menggunakan background putih.

Memang gabungan yang sangat menarik. Selepas itu, beliau mahu text tajuk blogmya jadi menawan sedikit.

Maka, saya berjaya cantikkan dengan menggunakan web font Lobster serta text-shadow untuk kejelitaan yang lebih jelas.

Dan dalam design, yang paling penting kita harus pakar dalam typography. Oleh kerana typography yang menentukan sama ada blog kita disukai pembaca atau tidak.

Typography ialah hal-hal yang berkaitan saiz font, line heigt dah tema warna. Saiz font yang paling sesuai untuk blog beliau ialah 15px. Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Orang Perak kata "Just Nice".

#2 Widget

Dalam widget, saya tambah social sharing widget versi Megpite, linkwithin dan  Google+ badges. Dan baru-baru ini saya terkejut dengan berita SEO rangking factor yang terbaru.

Jika dahulu, backlink adalah ranking factor #1 untuk mendapatkan kedudukan nombor 1 dalam SERP. Namun tidak pada masa kini. Sekarang ranking facktor nombor 1 dalam SERP ialah Google+.

Tidak widget yang boleh saya pasang untuk blog beliau. Oleh kerana blognya masih baru. Tetapi, saya akan sentiasa bersedia untuk bantu beliau sekiranya ada apa-apa widget yang mahu pasang.

#3 SEO

Dalam SEO pula, saya optimasi template beliau dari atas sampai bawah. Bermula dengan HTML5 sehinggalah schema.org.

Daftar blog beliau dalam Google Webmaster, Google+ authorship dan lain-lain.

Daripada Penulis


Memang buat duit dengan blog adalah mudah sekiranya kita tahu caranya. Dalam artikel sebelum ini iaitu Panduan Minimalis Buat Duit Berblog, saya sudah terangkan apakah fundamentalnya.

Walau apapun, saya doakan kak Ina sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Tidak dilupakan juga, saya doakan untuk pembaca Seni Bina Blog kaya dan berjaya.

Terima kasih sudi menyokong saya sehingga kini. Saya sangat hargainya.

Jom jenguk blog UmmiComel4U.blogspot.com.

Sedut Software Sampai Lebam
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati.

Sudah lama saya tidak mengupdate.

Menghilang ka? Tidak. Saya dapat projek besar iaitu Projek SSSL

SSSL ialah sebuah blog warez juga. Sama juga dengan projek saya yang sebelum ini iaitu Projek Inxan. Tapi projek kali ini lebih hebat dan lebih dahsyat kerana SSSL ialah sebuah blog yang besar.

SSSL ialah?

S = Sedut
S = Software
S = Sampai
L = Lebam

Kalau anda belum join lagi Group SSSL silalah join kerana Group SSSL adalah group yang gempak :D

Dan jangan lupa nak like fan page nanti.

Lol... banyak nya nak buat. Tapi itu baru sikit kalau nak dibandinkan dengan saya mendesign blog SSSL V2 yang agak lama dan susah.

Ok, tanpa membuang masa mari kita telusuri bagaimana saya mendesign blog SSSL V2 dengan cepat(tak de la cepat sangat pon ;).

Kalau nak design template blogspot terbahagi kepada 3 bahagian


Design

Dalam design dia terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:

#1: Color

Warna. Tema warna SSSL?

Tema warna SSSL ialah putih merah sebenarnya, tetapi tidak jumpa template yang sesuai dan padan dengan merah putih. Jadi terpakslah buat color dia warna merah hitam.

Color = Red + Dark

Cun dah tu. Memang padan color dia dengan blog Software.

Ok, yang lain?

#2: Font

Font juga memainkan peranan yang penting untuk melihat blog tersebut cantik atau tidak. Selalunya orang akan guna font yang biasa iaitu?
  • Arial
  • Verdana
  • Georgia
  • Times new roman
  • dan selebihnya

Itu ialah diantara font biasa yang menjadi pilihan sekarang. Tapi font diatas tidaklah cantik dan menawan untuk dibaca. Justeru itu, saya terpaksa menukar font kepada yang lebih cantik. Iaitu font yang mudah dan senang nak dibaca apabila digunakan, ialah?

Droid Sans

Font tersebut memang popular di kalangan website yang hebat. Seperti blog Wordpress, Blogger dan sebagainya. Font Droid Sans juga adalah adik beradik sans-serif.

Nak lihat demo? Lihatlah di bawah

Droid Sans Web Font

Kebanyakkannya font droid sans ini selalu digunakan di negara barat seperti Amerika dan satu lagi negara yang saya tidak tahu(Cer tgk map kat bawah. Negara apa tu?).

Droid Sans

Nota: Lagi pekat warna hijaunya lagi tinggilah orang yang menggunanya

#3: Layout

Katakanlah anda nak buat satu laman web tentang review movie. Takkanlah anda nak menggunakan layout seperti laman biasa, mestilah nak layout yang bergambar kan?

Jadi samalah juga dengan blog untuk Software. Perlu menggunakan layout seperti blog Movie tetapi yang software berbeza sedikit.

Demo Layout:

Layout
Klik Pada Gambar Untuk Gambaran Jelas


Mesra SEO

Kalau anda belum tahu apa itu SEO, saya rasa lebih baik kalau anda baca; Rahsia Disebalik Nama "SEO".

Template yang Mesra SEO memudahkan carian untuk crawer blog tersebut dan meletakkannya pada ranking pertama dalam SERP.

Saya sudah mengoptimumkan template tersebut dengan?

Itu adalah ciri-ciri  template yang mesra carian. Lagi-lagi kalau template tersebut HTML5 memang bagus.

Yang bahagian Title pula, ditambah dengan meta tags keyword yang akan membuatkan post tersebut top-ten dalam SERP.

Open Graph meta tags sebenarnya tidak digunakan untuk carian tetapi digunakan untuk laman sosial

Meta tags tiada apa-apa sangat. Cuma yang penting meta description.

Bahagian Star Rating inilah yang saya sangat suka, kerana dia akan memaparkan rating di dalam carian.

Menjadikan template "reducre crawl error" sangat penting apabila robots nak crawl blog kita.


Itulah di antara ciri template yang mesra SEO untuk blog SSSL. ;)

Widgets

Huh.... terus terang saya cakap. Bahagian widgetlah yang paling banyak kami pasang.

Saya dan admin SSSL telah bergabung tenaga untuk memasang widget yang terbaik untuk SSSL

Antara widget kami pasang:
  • Drop Down menu - Memang susah pada mula-mulanya kerana kodnya susah nak difahami
  • Depositfiles - Untuk memudahkan uploader SSSL dan pengguna upload file.
  • 3 post sebaris - Widget yang selepas post biasa(ala yang bahagian Android, Games dan semua 2).
  • Translate - Memudahkan user untuk translate kepada bahasa yang mereka tahu
  • Button Donate - Ini bahagian button donate ala-ala says.my(maksud saya, kalau anda klik pada button donate tersebut akan ke new-tab says).
  • Radio RcFM - Dengar lagu yang best-best belaka
  • Facebook Pop Up - Menyuruh user like fan page kami ;)
  • Share button - Memudahkan user share post kepada laman yang mereka suka.
  • Related post - Di bahagian post page sahaja. Widget keluaran Soratemplate dan diubahsuai oleh Danialde4.
  • Sitemap - Inilah bahagian widget yang terakhir sekali. Widget yang penting dan bagus kerana akan memudahkan user nak mencari software yang mereka suka.

Jadi, memang banyaklah widget yang ada di dalam blog SSSL.


Daripada Penulis

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada hambanya untuk menguruskan Projek kali ke-2. Kesemua itu kalau tak kerana berkat orang di sekeliling saya sebernarnya tidak siap projek SSSL ini.

Jadi, bagaimana anda merasakan projek SSSL saya ini? Adakah bagus atau tidak?

Atau, anda tidak percaya usia saya 16 tahun berjaya menguruskan Projek SSSL?

Tepuk dada, komen dibawah :D

P,S: Jangan lupa nak follow blog saya tau ;)

InXan - Download Full/Crack Software
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Alhamdulillah, akhirnya siap juga projek blog InXan :)

Blog Inxan ialah sebuah blog warez. Adminnya ialah Tuan Ihsan. Rakan semuka buku saya. Saya amat berterima kasih kepada Tuan Insan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengoptimumkan satu lagi template yang baru untuk blognya(Harap2 lepas ni dia tak tukar template).

DEMO


Live demo



Template ini mempunyai ciri-ciri yang agak hebat(la) juga nak dikatakan.

1: Mesra SEO

Blog yang hebat mestilah mesra SEO. Jadi, saya sudah mengoptimumkan templatenya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki :P

> Title tag
> Meta tag
> Open Graph meta tag
> Meta robots
> Add review microdata
> Reduce crawl error

Itu adalah antara saya sudah optimizekan dari segi SEO.

Yang meta tag itu dibahagi dalam 3 bahagian.
  1. Meta tags di homepage
  2. Meta tags di post page
  3. Meta tags di label page

2: Widget

Kalau dari segi widget cuma 2 sahaja saya letak.

Iaitu

Fixed float bar sosial bookmarking widget. Ada icon sosial media sekali.
dan juga
Back to top Button

Lihat demo dibawah



Daripada Penulis

Walaupun tidaklah banyak saya buat, tetapi hasilnya memberasangkan. Alexa rank blognya telah meningkat daripada 5M ke 4.5M.

Agak bagus bagi saya. Tetapi masih banyak yang perlu dipelajari tentang blog. Kalau dalam lingkungan 1M, ianya sudah HEBAT. Bukan bagus tetapi sudah hebat :)

Maka, artikel sudah sampai ke penghujungnya. Bagaimana anda merasakan hasil kerja saya?

Perkhidmatan yang saya berikan kepada blog InXan adalah PERCUMA. Saya tak ambil upah walaupun sesen. Tak percaya?

Tepuk dada, tanya kat komen nanti :D

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim