Ultimate Guide - Mengoptimumkan Blog Anda Untuk Carian

Mengoptimumkan Blog Untuk Carian
Sumber daripada google image
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Sambungan tetap diteruskan. Sebelum ini anda diterangkan maksud SEO tetapi disebabkan kekangan masa saya tak sempat memberi tutorial bagaimana nak mengoptimumkan blog anda untuk carian.
Anda terbaca-baca post sebelum ini tentang Sitemap. Apakah dia sitemap ini?


Maksud Sitemap

Sitemap adalah list page blog/site yang boleh diekses oleh crawler atau pengguna.

Crawler Bermaksud?

Crawler/Robot/Spider yang akan crawl/scan blog atau post anda dan akhirnya akan indeks blog anda.

Tetapi crawler tidak akan crawl blog anda dengan sendirinya kita perlu?

Submit sitemap untuk membuatkan crawler dapat crawl dan indeks post dengan cepat.

Disitu, saya selalu bengang dengan crawler sebab selalu lambat crawl post saya yang terbaru. Memang slow. Memerlukan 3 hari baru indeks dalam carian.

Jadi bagaimana nak mengindeks blog dengan cepat dan berkesan?

1) Submit Sitemap Pada Google Webmaster

Sitemap adalah asas untuk mendapat tempat yang pertama dalam search engine.

No sitemap. No organic traffick.

Itulah pepatah saya :p

Blogspot dah ada sitemap sebenarnya, tapi sitemap tersebut hanya di-hadkan pada 26-post sahaja.

Kalau blog anda ada 1000 post tetapi google hanya submit post anda cuma 26. Tak ke sia-sia je?

Tetapi nasib baiklah ada otai-otai blogger boleh buat sitemap.

Now let's submit sitemap on Google search.

The Step By Step Guide

1. Pergi ke www.google.com/webmasters/tools/

2. Log in Gmail anda yang mana anda menggunakan untuk blogger.

3. Sekarang klik pada "ADD A SITE" (Lihat gambar rajah di bawah)

Add a site

4. Akan keluar satu kotak. Dalam kotak tersebut letak URL blog anda. Contoh dibawah

URL blog anda

5. Klik "Continue"

6. Dia akan keluar page lebih kurang macam di bawah

Dashboard

7. Sekarang kita klik pada "Sitemaps" (Rujuk gambar di bawah)


8. Bila dah klik akan keluar satu page lain. Macam page di bawah

Sitemap page

9. Klik pada "ADD/TEST SITEMAP"

10. Dalam kotak anda letak url di bawah

feeds/posts/default?redirect=false

11. Dan klik "Submit Sitemap"

12. Klik pada "Refresh the page"

13. Kalau berjaya dia tak kata error, kalau tak berjaya? Kena copy code di atas tadi dan pastikan tiada space-bar.

14. Baru submit sikit je, baru 26. Untuk blog yang banyak post kita boleh submit sitemap URL lain lagi. Klik pada "ADD/TEST SITEMAP" tadi.

Dalam kotak tersebut letak URL di-bawah.

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

15. Klik "Submit Sitemap". Refresh the page. Itu baru blog yang mempunyai 500 post. Tapi bagaimana pula kalau blog yang ada 1000 post?

16. "ADD/TEST SITEMAP" lagi dengan URL di-bawah

atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500

17. Kalau lebih 1000 post?

18. Tambah lagi URL

atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500

19. Jadi keputusannya jadi seperti gambar rajah di bawah

Keputusan

Kalau anda perhatikan betul-betul nombor dia tersusun.

Macam ni:
  • atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
  • atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
  • atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500

Kan? Nampak tak yang saya highlight tu?

  • 1
  • 501
  • 1001

So, kalau post yang melebihi 1500. Boleh tambah 1001 + 500 = 1501

URL sitemapnya akan jadi begini:
atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500

Faham tak?

Kalau tak faham kena tanya pak cik google.

Lihat sumber lain:

Sitemap ini dah masuk bab Webmaster. Kalau anda berjaya submit sitemap dalam google webmaster bermaksud anda adalah Webmaster :D

Tambahan. Bagaimana nak check google dah submit sitemap kita?

1. Pergi ke Google.com

2. Tulis dalam kotak tersebut begini

site:danialde4.blogspot.com

3. Gantikan danialde4 itu dengan URL/Nama blog anda.

Nota: Tak boleh copy dan paste kena tulis satu per satu

4. Kalau lebih 26 post maksudnya google dah indeks sitemap blog anda.

2) Submit Post Di Sosial Boomarking

Sosial bookmarking lain daripada facebook dan twitter. FB dan Twitter ialah laman sosial(Sosial site) bukan laman bookmarking.

Laman sosial bookmarking seperti

Itu adalah laman sosial bookmarking antarabangsa. Tetapi bukan tempatan.

Q: Ada ke tempatan punya?

A: Ada, jawapannya ialah ping aggregator.

Jadi, ping aggregator yang popular di Malaysia ialah

Yang lain pun power tapi tak cuba lagi :)

3) Ping Post dan Sitemap Anda

Selepas sahaja anda submit post anda di laman sosial bookmarking anda perlu ping post dan sitemap anda supaya google cepat indeks post anda.

Apakah laman ping yang popular?

4) Memperbanyakkan Posting

Cara yang terakhir untuk mempercepatkan search engine indeks blog anda ialah dengan memperbanyakkan post.

Sekarang saya tengah focus untuk sehari satu post. Kena buat sehari satu post barulah crawler rajin singgah rumah(blog) saya.

Kalau tak singgah juga maknanya kena ban(blacklist) dengan google.

Bagaimana nak check blog kita kena ban ke belum? Pak Cik Google kan ada. Don't be lazy.

Kesimpulan

Kalau anda ikut semua yang saya ajarin memang blog anda lepas ni top ten dalam SERP. Trust me, I follow this tips. Keputusannya memberasangkan.

Tapi kalau anda malas. Maksudnya Crawler pon malas la nak indeks blog anda.

P/S: Kalau anda merasakan post ini sangat berguna untuk anda tolong share di Facebook dan like.

Kalau tak??? Komen di bawah ^_^

P/S/S: Ada sambungan lagi.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim