Blogger Baru? Baca Kalau Nak Dapat Trafik Kaw-Kaw!

Assalamualaikum WBT dah selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati.

Setiap orang nak kan trafik yang banyak. Siapa yang tak nak? Bahkan saya sendiri runsing bagaimana nak mendapatkan trafik yang benar-benar boleh menjamin blog saya kekal hidup.

Untuk artikel kali ini. Saya akan memberi rahsia yang saya pelajari selepas mengambil kursus pro blogger di Internet.

Rahsia ini sebenar sudah ada di Internet tapi kita lihat kurang jelas.

Apakah rahsianya? Ingin sekali anda mengetahuinya.

Oleh itu, saya akan menyebarkan tips ini dengan hati yang ikhlas :)

Sebelum kita nak pergi lebih jauh, kita perlu tahu bahawa trafik sebenarnya sumber dari mana?

Mengikut pengalaman saya. Trafik datang daripada 3 sumber utama.

Daripada;

100%

  • - 50% Referral site(Daripada laman/blog lain)
  • - 25% Organic(Daripada enjin carian)
  • - 25% Direct(Secara Langsung)

50% - Daripada Laman Lain

Laman Sosial

Semua orang tahu, saya tak perlu nak cakap. Anda dengan sendirinya akan mempromosikan blog anda di laman sosial seperti?

  1. Facebook
  2. Twiter

Facebook

Hampir semua orang ada facebook, tidak boleh dinafikan.

Tapi bagaimana nak mempromosikan blog anda di Facebook?

Dengan facebook Group. Boleh dapat ke? Bukan ke ramai orang yang promote di FB Group?

Memang ramai. Tapi lagi banyak anda mempromosikan blog anda di dalam FB Group, lagi tinggi peluang untuk orang memasuki blog anda.

Ingat: Cari Group yang boleh terima blog anda. Maksud saya jangan letak link blog anda pada group yang tidak berkaitan.

Kalau blog anda tentang Masakan, mempromosikan di dalam group masakan. Jangan tersalah group. Tapi kadang-kadang ada group yang tidak membenarkan orang meletakkan link. Jadi berhati-hati, baca dahulu peraturan group tersebut.

Ok? Faham? Boleh masuk otak tak ni?

Kalau cakap aja memang tak boleh masuk otak. Anda kena lakukan. Buat dan lakukan.

Saya kagum dengan Zaki Amzar. Siapa tu? Admin AMSMuvee. Beliau dapat trafik yang begitu banyak(Tak tipu), mencecah ratus ribu page views. Kalau tak percaya pergi ke AMSMuvee.blogspot.com . Lihat dengan mata anda sendiri.

Kenapa Admin AMSMuvee boleh dapat banyak sangat? Sebab Admin AMSMuvee membuat group FB nya yang sendiri. Anda boleh masuk group AMSMuvee. Klik SINI.

Untuk facebook anda boleh buat? Kalau boleh mari kita belajar tentang yang seterusnya.

Anggaran Trafik = Boleh dapat 50 lebih pengunjung. Kalau anda rajin mungkin lebih lagi.

Twitter

Laman sosial yang menjadi pilihan selepas facebook. Sekarang orang Malaysia baru nak masuk ke Twitter. Dulu twitter memang sudah wujud tetapi disebabkan konsepnya kurang diminati oleh kita, jadi kita pilih dulu Facebook.

Ok, di twitter kita boleh letak tittle dan link blog sahaja. Kalau nak letak panjang-panjang ayatnya, Twitter hadkan 140 huruf+Spacebar.

Agak kecil ruangnya. Tapi kalau tajuk post Mangnetik, maka tinggilah peluang orang di twitter nak klik link blog anda.

( Mangetik = Tajuk post yang boleh menarik perhatian pembaca. )

Di twitter, kalau lagi banyak follower anda lagi tinggilah peluang untuk orang masuk blog anda.

Kalau nak suruh orang baca juga, kita tag nama dia. @Danialde4 - Mesti follow :)

Bila kita tag nama rakan kita. Maka rakan kita, nak tak nak akan retweet atau favorite.

Mesti punya. JAMIN

Untuk bab twitter anda boleh buat tak? Boleh tak? Twitter akan lebih senang jika akaun twitter anda sudah connect dengan feedburner kerana feedburner akan automatik tweet post anda yang baru buat. Mudahkan?

Anggaran Trafik = Boleh dapat 15 lebih pengunjung. Kalau di retweet lebih lagi.


Untuk laman sosial cuma 2 ini sahaja yang popular di Malaysia. Kalau Google+ Masih baru lagi, tidak ramai yang menggunakan laman sosial tersebut. Saya ada juga menggunakannya tetapi tidak banyak.

Nota penulis : Kalau anda fokus kepada facebook sahaja mungkin lebih banyak trafik yang anda boleh dapat. Lagi-lagi kalau anda buat Group FB sendiri. Lagi banyak yang anda dapat.

Komen Pada Blog Atau Laman Lain

Blog commenting atau meninggal kan jejak adalah satu cara yang paling berkesan untuk mendapat trafik pada blog anda. Tetapi untuk meninggal kan komen pada blog orang lain anda harus ikut tips dibawah.

Tips yang perlu diambil:

  • Kalau nak komen mesitlah beradab dan beretika.
  • Jadilah pengomen ke-5 terawal.
  • Jadilah diri anda jangan jadi orang yang Tanpa Nama(Anonymous).
  • Jangan komen semata-mata untuk tinggal untuk tinggalkan link.
  • Meninggalkan komen yang bernilai tinggi dan berkualiti.
  • Kalau boleh komen pada blog yang ada CommentLuv atau yang blog/laman boleh meletakkan link blog anda.
Kelebihan komen pada blog orang lain:
Dapat backlink secara percuma.

Mesti baca tentang backlink DI SINI.

Nota terlupa: Komen pada blog yang berkaitan dengan niche(bidang/topik) anda.

Tutorial ringkas untuk mencari blog niche yang sama dengan anda.

Pergi ke Google

Cari dengan menggunakan "tanda" pada carian.

Contoh:

"masakan + blog"

Masakan blog


Anda boleh gantikan masakan dengan topik blog anda.

Disamping komen pada blog orang lain, anda juga jangan lupa untuk berhubung dengan Tuan blog. Maksud saya, bila tuan blog balas apa yang anda komen. Anda balas balik. Bila jadi macam ini maka hubungan pun akan tercetus.

Mudah kan?

Saya dulu suka sangat komen di blog Stylify Your Blog. Salah seorang guru Blogger saya. Beliau balas apa yang saya komen dan saya balas apa yang beliau komen.

Selepas itu saya, mengambil langkah panjang dengan hubungi Tuan Blog Stylify Your Blog dengan menghantar emel. Lalu emel saya dibalas pula. Selepas itu saya minta profil Facebook Tuan Blog. Akhirnya Beliau bagi.

Bila dah jadi rakan dengan Tuan Blog. Jangan lupa nak tanya khabar. Kalau bukan selalu, sekali pun sudah cukup :)

Maka hubungan itu akan lebih kekal

Lihat. Dengan hanya komen pada blog orang lain anda boleh buat ianya lebih dalam lagi.

Anggaran Trafik = Boleh dapat 50 lebih tetamu. Kalau rajin balas komen boleh dapat lebih lagi.



Forum

Anda masih baru tetapi kalau nak dapatkan trafik tambahan boleh guna forum. Anda perlu meluangkan seminggu sekali di forum dan mencari masalah yang ada di forum tersebut.

Ok, katakan anda ialah seorang yang pakar dalam bidang masakan. Anda boleh Google It seperti dia bawah.

Forum masakan


Lihat saya menggunakan "Forum Masakan" dalam carian di Google.

Kenapa perlu ada " " dalam carian tersebut? Sebab kalau ada tanda itu maksudnya kita boleh mencari forum masakan dengan tepat(keyword).

Anda boleh ubah masakan itu kepada topik blog anda.

Bila dah jumpa forum tersebut anda pun ternampak satu masalah tentang kepakaran anda. Apa lagi umpan dah terkena :)

Selain itu, anda juga boleh mempromosikan blog anda di dalam forum. Kalau masalah user ada kaitan dengan post anda. Maka suruh user itu baca post anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Faham? Boleh terima ke tak? Insya Allah anda boleh lakukan. Cuti sekolah akhir tahunkan 2 bulan kenapa anda tak nak buat?

Sebelum nak pergi ke bab yang seterusnya saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya.

Sebelum ini saya pernah Post artikel saya di Forum Gempak.org. Post saya tentang "TUTORIAL SEARCH MOVIE DI GOOGLE" mendapat sambutan yang hangat di Forum tersebut dan juga saya mendapat trafik sebanyak 50% dalam peratus daripada 100% trafik saya.

Begitu banyak sekali. Bukan sahaja dapat saya mencuri trafik Forum Gempak, malahan saya dapat backlink daripada forum tersebut.

Anggaran Trafik = Boleh dapat 50 lebih tetamu. Kalau rajin selesaikan masalah boleh dapat lebih lagi.


25% - Organik Trafik


Daripada enjin carian

Bagaimana kita nak dapat trafik daripada enjin carian?

Dengan submit blog anda di enjin carian.

Kalau masuk bab enjin carian ini sebenarnya sudah masuk ke bab SEO.

Anda nak buat template blogger mesra SEO sepenuhnya?

Baca DI SINI dan melaksanakan dalam blog anda (do it Now!)

Baiklah, kembali dengan soalan tadi. Bagaimana nak submit blog anda pada enjin carian?

Dengan menggunakan servis Free Web Submission. Free Web Submission menawarkan submit blog anda secara automatik atau manual.

Kalau nak automatik lihat tutorial di bawah.

Tutorial.

1. Pergi ke laman tadi > FreeWebSubmission.com

2. Scroll bawah

> Website URL: http://

3. Letak link blog anda pada kotak tersebut

4. > Name: Letak nama anda

5. > Email Address: Letak emel anda

6. Tick Kotak > I have read and agree to the terms

7. Klik > Submit Your Site.

8. DONE!!!

Sekarang anda cuma masuk emel anda dan confirm yang anda telah submit blog anda.

Anggaran Trafik = Seperti mana yang anda tahu 25% daripada traffik anda ialah berasal daripada enjin carian. Saya tidak boleh bagi angka yang tetap. Minta Maaf Ye :)


25% - Secara Langsung

Berada Di Mana Saja

Bila anda sudah berada di mana dalam saja dalam dunia internet seperti di;
Blog/laman lain
Enjin carian
Forum

Maka orang akan bercerita tentang anda. Bila dah jadi macam itu, anda dijadikan rujukan masalah tersebut dan anda menyelesaikan masalah tetamu anda dengan percuma tanpa menerima apa-apa bayaran.

Dahsyat sungguh orang yang begini. Tapi perbuatan yang dilakukan dibalas dengan buah mulut orang.

"Eh, kamu tak tahu ke yang dia ni boleh selesaikan masalah kamu dengan FREE"

Anggaran Trafik = Seperti mana yang anda tahu 25% daripada traffik blog anda.

"Lagi banyak anda memberi lagi banyak yang anda dapat"

Daripada Penulis

Alhamdulillah, akhirnya selepas berhari-hari saya menulis post ini, sampai juga di penghujungnya. Post ini saya buat khas untuk anda sempena penghargaan saya kepada anda yang setia mengikuti perkembangan blog saya. Terima kasih banyak kepada, Adik Muhammad Farhan(Xitox), Tuan Akin Junior, Abang Ihsan, Tuan Wie dan juga pembaca yang setia bersama saya :)

Kesyukuran saya dibalas pula dengan template baru. Alhamdulillah lagi. Template ini boleh dikatakan template yang terakhir saya guna kerana ciri-ciri template ini hampir sempurna sepertimana yang saya mahu. Cool Hover.... huuuuu. Best main dengan hover ni :D

Sekarang terpulang kepada anda jika mahu traffik kaw-kaw. Kalau anda buat satu persatu yang saya katakan jawabnya anda sudah menjadi salah seorang blogger yang berjaya. Nampak macam senang dalam dunia blogger ni, tetapi bila masuk aja dunia blog baru lah tahu rasanya.

My last word, kalau ada apa-apa masalah tolong share disini saya memang tengah cari orang yang boleh saya bantu.

Sekarang saya sudah menerima tempahan design blog(yang biasa2 je kalau nak hebat saya tak mampu lagi ;) dan mengoptimunkan blog anda untuk enjin carian.

Walluahalam

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

1 ulasan

Leave a Reply

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim