Asalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Basmallah, Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga. Akhirnya pos bersiri MTUC berkahir jua. Siri ini bertujuan untuk membantu anda membuat template blog menjadi lebih mesra carian dimana akan membuat blog anda akan mendominasikan carian seperti Google atau yang lain.

Dalam artikel ini cuma sekadar rumusana siri :)

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati dan dikasihi. Alhamdulillah, pos kali ini ialah tentang link di dalam blog. Link apa?

Itulah persolannya. Link apa?

Kenapa nak mengoptimumkan untuk carian?

Semua persolaan itu akan saya jawab di bawah nanti :)

Kenapa Perlu Menoptimumkan Link Di Dalam Blog?

Untuk meningkatkan ranking page anda di dalam SERP.

Itulah tujuannya. Kalau anda optimizekan link anda untuk SERP maka page post anda akan lebih tinggi.

Jadi,

MTUC: Kenapa Breadcrumb Tak Mesra Carian?
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Breadcrumb merupakan widget kegemaran oleh para blogger. Tambahan pula breadcrumb ini juga digunakan dalam forum sepert carigold dan sebagainya.

Tetapi apakah itu breadcrumb?

Revolusi Carian
Kredit kepada Google Images
Assalamualaikum dan salam motivasi, salam kejayaan diucapkan buat semua para pembaca sekalian. Dalam pos kali ini saya akan menerangkan "Rich snippets" iaitu standard HTML yang terbaru (tak de la baru sangat, ianya dah ada pada; May 12, 2009 - Berdasarkan daripada laman Wikipedia).

Tetapi apakah dia si "Rich Snippets" ini?

Adakah ianya penting?

Ada manfaat ke "Rich Snippets" ini?

SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-6: MTUC:Rich Snippet - Revolusi Carian

Definisi "Rich Snippets"

Rich snippets dalam English. Agak kurang jelas maksudnya. Apa kata saya "Google translate it" menjadi Bahasa Melayu.

Rich = Kaya

Snippets = Coretan

Coretan? Apa itu? Lagi tak faham daripada English.

Maksud snippets itu ialah = Beberapa baris teks yang muncul di bawah setiap carian hasil direka untuk memberikan pengguna rasa(sense) untuk apa yang pada halaman dan mengapa ia adalah relevan kepada pertanyaan mereka.

Pun tak faham yang ini.

Lol... susahnya kan?

Untuk mudah faham beginilah ceritanya

Saya sedang mencari pada Google tentang mengenai "Tune Up".

Di situ ada banyak maksud Tune Up

Adakah Tune Up adalah sebuah perisian yang melajukan komputer?

Adakah Tune Up itu adalah sebuah tutorial untuk blog?

Adakah Tune Up itu adalah Game?

Jadi, untuk memudahkan pengguna dapat apa yang mereka cari. Maka, Google memperkenalkan Rich Snippets pada dunia :)

Adakah Ianya Penting Dalam Carian?

Penting. Tidak boleh dinafikan. Kalau anda ingin membuat sebuah laman tentang review. Anda boleh menggunakan review Rich Snippets yang akan memaparkan rating pada laman carian.

Ok, disini saya kena jelas satu perkara. Rich Snippets ini ada 3 format markup.

Antaranya ialah?

#1 - Microdata (recommended)

#2 - Microformats

#3 - RDFa

Sumber: http://support.google.com/webmasters/bin/answer.py?hl=en&answer=99170&topic=21997&ctx=topic

Jadi, nombor 1 ialah pilihan kita.

Kenapa pilih Microdata?

Kerana Microdata ialah salah satu format markup yang boleh digunakan dalam HTML5.

P.S: Ketahuilah maklumat lebih lanjut tentang Microdata pada laman Google Support

Tapi yang format markup yang lain boleh support HTML5 tak?

Itu saya tak pasti. Kerana saya bukanlah pakar lagi tentang Rich Snippets. Anda kena cari sendirilah kalau nak jawapan yang itu.

Sekarang Anda Ingin Memasang Star Rating Pada Blogger

Kalau anda nak tahu, saya telahpun membuat satu artikel tentang Star Rating ini pada laman OMG! Hackers? Tetapi tidak mengapa, saya akan buat juga tutorialnya disini

1) Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik "Edit HTML" > Klik "Proceed" > Klik "Expand Widget Templates"

2) Cari kod di bawah

<div class='post-footer'>

Nota: Yang mula-mula sekali

3) Selepas sahaja anda dah jumpa kod di atas tadi, letakkan kod di bawah di atas kod #2

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div itemscope='' itemtype='http://data-vocabulary.org/Review'>
<div style='display:none !important;'>
<span itemprop='itemreviewed'><span itemprop='description'><data:post.title/></span></span>
<span itemprop='reviewer'><data:post.author/></span>
Rating: <span itemprop='rating'>5</span>
<span itemprop="dtreviewed"><data:post.dateHeader/></span>
</div>
</div>
</b:if>


4) Klik "Preview" dulu.

5) Kalau tiada error SAVE N DONE!

Penerangan

Maksud = <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> dan </b:if>

Ialah: Star Rating hanya akan terpapar pada post page sahaja. Kalau nak paparkan pada semua page. Buang kedua-dua kod tersebut.

Maksud = <div itemscope='' itemtype='http://data-vocabulary.org/Review'>

Ialah: Format markutnya adalah Microformat.

Maksud = <div style='display:none !important;'>

Ialah: Kod nya tidak akan terpapar dalam blog anda, tetapi kodnya tetap berfungsi dalam carian.

Maksud = <span itemprop='itemreviewed'><span itemprop='description'><data:post.title/></span></span>

Ini bahagian yang best :)

itemreviewed: Apakah tajuk post anda?

description: Apakah description post anda?

Jawapannya dibalas dengan: <data:post.title/>

Disitu maksud <data:post.title/> ialah: Tajuk post anda.

Maksud = <span itemprop='reviewer'><data:post.author/></span>

Review: Siapakah yang meriew?

Jawapannya dibalas dengan: <data:post.author/>

<data:post.author/> ialah: Author yang me-riview.

Maksud = Rating: <span itemprop='rating'>5</span>

rating: Berapakah rating post tersebut?

Jawapannya dibalas dengan: 5

Anda boleh tukar 5 kepada nombor perpuluhan seperti ini: 4.9, 4.8, 4.7, 4.6 dan seterusnya kebawah. Tetapi anda tidak boleh meletakkan nombor melebihi 5, kurang tida mengapa.

Maksud = <span itemprop="dtreviewed"><data:post.dateHeader/></span>

dtreviewed: Bilakah tarikh post tersebut?

Jawapannya dibalas dengan: <data:post.dateHeader/>

<data:post.dateHeader/> ialah: Tarih post anda.

Mudahkan faham? Itulah ilmu blogger yang saya pelajari selama ini :)

Saya Sudah Pasang Star Rating Dalam Blog Saya, Bagaimana Saya Nak Pastikan Ianya Betul-betul Berfungsi?

Amat mudah.

Anda perlu pergi ke page > Structured Data Testing Tool

Bila dah masuk anda akan lihat satu kota yang tertulis; www.example.com

Dalam kota tersebut anda letaklah URL post anda.

Klik "PREVIEW"

Dan lihat hasilnya bagaimana =)

Contoh sahabat saya punya:

Contoh Star Rating
Klik Untuk Gambaran Jelas


Saranan

Ramai orang tersalah tafsir tentang Star Rating ini. Kalau anda menggunakan Star Rating ini dalam blog peribadi maka anda sedang me-riview kan post peribadi anda. Saranan saya ialah jangan salah guna Rich Snippet ini kerana salah guna kod ini mungkin menyebabkan blog anda kecundang.

Star Rating ini sesuai untuk blog macam:
  • Gagdets
  • Makanan/Masakan
  • Produk review seperti barangan digital, pakaian dan sebagainya.

Daripada Penulis

Alhamdulillah, kesyukuran tidak terhingga kepada Allah SWT kerana ilmu yang diberi kepadaku akhir dapat dikongsikan bersama rakyat Malaysia yang baik-baik belaka(ini satu doa).

Secara ringkasnya, Rich Snippets memang teramat penting dalam carian. Memang penting. Google telah membuat satu pelaburan yang agak besar bagi saya tentang Rich Snippets ini. Oleh kerana pelaburan Google buat. Akhirnya ia akan membuat Google salah satu carian yang paling dipercayai kerana membuat Rich Snippets ini.

Kalau anda merasakan tutorial ini amat susah. Anda amat di alu-alukan untuk komen dibawah yang tersedia. Anda adalah penting bagi saya. Tolonglah, saya meminta tolong kepada anda untuk kongsikan artikel ini dalam laman facebook mahupun sekadar like sahaja pun sudah cukup :)

Terima kasih kerana kesudian anda kongsikan artikel ini dalam laman sosial :D

P.S: Saya memohon maaf sekiranya saya terlambat membuat pos ini. Selalunya saya membuat pos pagi, tapi disebabkan hari ini hari Sabtu terlambat sikit. Bukan hari kerja. Kalau hari kerja awal sikit. (hehehe... )

Bagaimana nak memasang open graph meta tags protocal pada blogger
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Syukur, Alhamdulillah saya akhirnya dapat juga membuat sambungan episod daripada siri MTUC(Mengoptimumkan-Template-Untuk-Carian). Ok, post kali ini ialah tentang open graph protocol.

Tapi apa kebenda tu?

Penting ke?

SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-5: MTUC: Memahami Open Graph Protocal Dan Memasang Pada Blogger

Definisi Dan Kegunaan Open Graph Protocol

Open Graph Protocol = Membolehkan mana-mana laman web untuk menjadi objek yang kaya dalam graf sosial. Sebagai contoh, ini digunakan di Facebook atau google+ atau twitter untuk membenarkan mana-mana laman web mempunyai fungsi yang sama seperti apa-apa objek yang lain di Facebook.

- Sumber: http://ogp.me/

Kegunaan Open graph meta tags = Membolehkan anda kawal kandungan(content) yang anda nak tunjuk dalam laman facebook. Kita pernah lihat post seperti ini di dalam Facebook. Tapi kita tak tahu bagaimana nak membuatnya. Jawapannya ialah Open Graph :)


og: title - Tajuk halaman anda, kandungan, objek dan lain-lain yang anda ingin ia muncul apabila dipaparkan di Facebook.

og:site_name - nama laman/blog anda.

og:description – Description blog/post anda.

og:type - Jenis kandungan. Fikirkan ini sebagai kategori, hotel, blog, artikel dan lain-lain.

og:image - Satu URL imej yang sepatutnya mewakili objek anda dalam graf.

og: url - Ini akan menjadi URL yang akan dikaitkan dengan kandungan anda iaitu link.


Sekarang, Mari Kita Pasang Open Graph Meta Tags Pada Blogger

1) Seperti biasa le, tak kan tak tau kot (hehe... :P). Pergi Ke Blogger Dashboard.

2) "Template" > Klik "Edit Template" > Klik "Proceed".

3) Cari kod ini
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

4) Selepas sahaja anda jumpa kod diatas, letakkan kod dibawah nanti dibawah kod tadi(#3)

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<meta content='article' property='og:type'/>
<meta expr:content='data:blog.title' property='og:site_name'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' property='og:title'/>
<b:if cond='data:blog.postImageThumbnailUrl'>
<meta expr:content='data:blog.postImageThumbnailUrl' property='og:image'/>
</b:if>
<b:else/>
<meta expr:content='data:blog.title' property='og:title'/>
<meta content='blog' property='og:type'/>
</b:if>
<meta expr:content='&quot;ms_MY&quot;' property='og:locale'/>
<meta expr:content='data:blog.canonicalUrl' property='og:url'/>
<b:if cond='data:blog.metaDescription != &quot;&quot;'>
<meta expr:content='data:blog.metaDescription' name='og:description'/>
</b:if>

Sumber kod:


TAMBAHAN DAN PENTING:

4.a) Cari kod ini

<html

4.b) dan gantikan dengan kod dibawah

<html xmlns:fb='http://ogp.me/ns/fb#' xmlns:og='http://ogp.me/ns#'

5) Klik Preview, Kalau tiada masalah. Klik SAVE dan siap!

Penerangan

Saya rasa penerangan ini agak panjang juga. Tapi tidak mengapa semua ini saya akan terangkan.

Line-1 ~ item

= Ialah satu kod khas untuk blogger untuk memaparkan widget/kod pada post page sahaja.

Line-2 dan Line-10 ~ og:type

= Ialah type apa blog/post anda.

Line-2 menunjukkan type kandungan ialah article. Kalau kandungan anda ialah video. Tukar kepada video.
Line-10 menunjukkan type laman anda. Dia cuma ada dua sahaja, blog atau website.

Baca lagi tentang og:type: http://ogp.me/#types

Line-3 , Line-9 ~ site_name , og:title

= Ialah tajuk blog anda. Anda tidak perlu edit kerana ianya automatik tahu tajuk blog anda sebab kod data:blog.title.

Line-4 ~ og:title

= Ialah tajuk blog/post anda.

Line-5 ~ Kod conditional data:blog.postImageThumbnailUrl

= Ialah kod permulaan conditional. Post(pos) Image(gambar) Thumbnail(Imej ringkas) URL(Link gambar).

Line-6 ~ og:image

= Ialah gambar post anda.

Line-7 ~ </b:if>

= Kod end-tag untuk kod line-5

Line-8 ~ <b:else/> , else = lain

= Kod else merupakan kod yang istimewa bagi saya. Tapi dalam blogger kod itu digukan secara meluas. Maksud kod itu ialah, untuk memaparkan kandungan dalam sesetengah tempat tetapi tidak yang lain.

Tak faham. Memey le. Saya pun tak faham kalau macam tu. Meh sini saya bagi contoh dibawah:

<b:if cond='condition'>
   [content to display if condition is true]
<b:else/>
   [content to display if condition is false]
</b:if>

Sumber: Widget Tags for Layouts

Condition = conditional. Sama je...

Line-11 ~ </b:if>

= end-tag kod line-1 tadi.

Line-12 ~ og:locale

= Lokasi negara. Di-atas kod ditulis ms_MY ialah Bahasa Malaysia. Kalau blog anda English? en_US. Senarai lokasi,  List of all Locales | http://www.roseindia.net/tutorials/i18n/locales-list.shtml

Line-13 ~ og:url

= Link blog/post anda.

Line-14 ~ Kod conditonal metaDescription

= Permulaan kod conditional meta descrption.

Line-15 ~ og:description

= Description blog/post anda. Kalau tiada? Maka tiada juga description blog/post anda.

Line-16 ~ </b:if>

= end-tag line-14

Dari Penulis

Alhamdulillah, open graph metadata merupakan salah satu kod yang agak istimewa. Walaupun ianya hanyalah untuk laman sosial seperti facebook, twitter atau google plus. Tetapi kod ini tetap perlu ada dalam Template blogger anda.

Terpulanglah kepada anda kalau nak pasang atau tidak.

Masih tak faham ke? Atau tak tau nak pasang? Komen-komenlah dibawah Insya Allah saya akan bantu anda secepat yang mungkin :)

P.S: Takkan komen je, share la sekali di facebook (amboi tamak dia :P)

Memasang Meta Tags Dengan Betul Dan Tepat
Ala.. macam tak tau je gambar amik kat mana
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera pada tetamu yang dihormati. Apa khabar pembaca saya. Sihat ke? Alhamdulillah sihat (Ceh tau2 je). Post kali ini memang agak best sikit kerana meta tags adalah topik yang paling saya minati. Kalau anda nak tahu saya tetap setia dengan blogger pun sebab meta tag. Saya pelajari meta tag mula bulan 6 yang lepas. Memang lama.

Orang selalu kata meta tags itu penting. Penting ke? Tapi saya tak tahu apa maksud meta tags.

Jadi, apakah maksud meta tags?

SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-4: MTUC: Memasang Meta Tags Pada Blogger Dengan Betul Dan Tepat

Definisi Meta Tags

Ialah sebahagian kod daripada HTML blog/site anda yang akan memberitahu tentang maklumat blog/site kepada carian(search engine). Kebiasaannya kod <meta> berada dalam kod <head> dan di-atas kod </head>

Q: Tapi kenapa saya tak nampak meta tags dalam blog?

A: Memey le. Sebab meta tags boleh dilihat pada page source dan meta tags boleh dibaca oleh crawler, spider atau robot.

Q: Oh.... jadi macam mana nak pasang meta tags dalam blog?

A: Senang aja. Untuk pengetahuan anda meta tag dalam blogspot telahpun ada. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang kewujudan meta tag dalam template blog.

Jadi, di manakah kod meta tag dalam blogger?

Mestilah di bawah kod <head>.

Anda mesti jumpa kod ini:
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Ok, dalam kod di-atas tadi banyak maanfaat-nya kalau anda nak tahu. Bukan semua orang tahu apa yang ada disebalik kod tadi.

Kod di-atas mengandungi meta?

Content-Type:

Digunakan untuk mengisytiharkan set aksara.

Contoh Kod HTML:
<meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/>

MSSmartTagsPreventParsing:

Meta MS Smart tag adalah sebahagian daripada ujian beta Internet Explorer dan telah dikeluarkan kerana akhbar negatif dan maklum balas daripada pengguna. Secara ringkas, Microsoft akan menjual frasa kata kunci, maka MS Smart Tags Meta akan membenarkan kata kunci akan ditonjolkan di laman web yang akan membawa pengguna ke laman web pengiklan. Ini bermakna laman web anda boleh mempromosikan laman web pesaing anda tanpa kebenaran anda.

Contoh kod HTML:
<meta content='true' name='MSSmartTagsPreventParsing'/>

generator:

Tag Meta Generator digunakan untuk mengisytiharkan nama dan nombor versi alat penerbitan yang digunakan untuk mewujudkan halaman. Vendor Alat menggunakan Generator Meta tag untuk menilai penembusan pasaran.

Contoh kod HTML:
<meta content='blogger' name='generator'/>

description:

Sedikit maklumat ringkas tentang blog anda. Selalunya meta description ini berada di bawah tajuk blog anda seperti contoh di bawah.


Contoh kod HTML:
<meta content='Diari yang akan memotivasikan untuk berblogging. Sebuah blog tutorial, tips, dan juga perkongsian ilmu di alam maya. Blogger template versi Malaysia' name='description'/>

Ke empat2 meta tag di-atas ialah penting terutama pada meta tag description.

Q: Ok, Saya dah faham. Tapi bagaimana nak pasang meta description pada blog blogspot?

A: Jawapannya senang aja.

1) Pergi ke Blogger dashboard > "Settings" > "Search Preference"

2) Ok, anda akan lihat "Meta tags" pada page tersebut.

3) Jadi, pada bawah meta tags ada "Description".

4) Pada sebelahnya ada tick "Yes" "No"

5) Anda tick "Yes" Akan keluar satu kotak dan dalam kota itu tulislah blog anda tentang apa.

P.S: Kan pada bawah kota itu ada tulis sedikit ayat.

150 Characters Max. Example: "A blog about social networking and web design."

150 characters max = Tidak boleh melebihi 150 huruf + Space. Maca mana nak kira characters? Copy description anda dan paste pada laman wordcounter.net . Understood?

6) Klik "Save". Siap!!!

Contoh saya punya:

Saya punya meta description


Pada meta description ini saya nak tekankan sedikit (ala jangan stress pulak :P). Orang selalunya susah banget nak tulis meta tags ini. Entah pe yang susahnya.

Ok, untuk penyelesaiannya.

Anda cuma ringkaskan blog anda tentang apa? Adakah blog anda tentang masakan? Tentang movie? Tentang software? Ataupun tentang warez?

Tulis secara ringkas(Summary) blog anda mengenai apa?

Like me; blog saya tentang diari motivasi blog.

So, kalau saya tulis dalam summary blog saya ialah:
Diari yang akan memotivasikan untuk berblogging. Sebuah blog tutorial, tips, dan juga perkongsian ilmu di alam maya. Blogger template versi Malaysia

Sebuah blog tutorial: Tentang blogger tutorial

Tips: Tips berblog

Ilmu: Ilmu berkaitan di alam maya.

Blogger template: Blogger template versi Malaysia (Kan saya ada buat satu template Johny SimpleMaster. Awat? Tak download lagi ke?)

!IMPORTANT: Sila ambil perhatian. Kalau dalam template HTML anda tidak ada kod <b:include data='blog' name='all-head-content'/>   "Search preferences" tidak akan berfungsi. Maksudnya meta description yang anda baru sahaja tulis tidak akan papar. Faham ke?

Q: Nak kena letak dot (.) ke pada akhir ayat?

A: Terpulang. Kalau nak letak, letak la. Kalau tak nak pun takpe. Sunat aja :D

Q: Tapikan saya selalu lihat ada tutorial meta tags dia panjang giler.

A: Memang pernah nampak dan pasang meta tag sebegitu pada blog saya yang dulu. Sekarang tak de dah. Sebab saya dah kata tadi. Saya kaji meta tag lebih 5 bulan.

Lebih kurang macam ni meta tags dia

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot; | &quot; + data:blog.title + &quot; | &quot; + data:blog.pageName' name='description'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot; | &quot; + data:blog.title + &quot; | &quot; + data:blog.pageName' name='keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='subject'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='abstract'/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageTitle + &quot; - ISI DENGAN DESKRIPSI BLOG ANDA &quot;' name='description'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot; | &quot; + data:blog.title + &quot; | &quot; + data:blog.pageName' name='keywords'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta content='ISI DENGAN DESKrIPSI BLOG ANDA' name='description'/>
<meta content='ISI DENGAN KATA KUNCI BLOG ANDA' name='keywords'/>
</b:if>
</b:if>
<meta content='Index, Follow' name='robots'/>
<meta content='NAMA ANDA' name='author'/>
<meta content='NAMA BLOG ANDA' name='copyright'/>
<meta content='2 days' name='revisit-after'/>
<meta content='2 days' name='revisit'/>
<meta content='never' name='expires'/>
<meta content='always' name='revisit'/>
<meta content='Indonesia' name='geo.placename'/>
<meta content='id' name='language'/>
<meta content='id' name='geo.country'/>
<meta content='All-Language' http-equiv='Content-Language'/>
<meta content='global' name='distribution'/>
<meta content='blogger' name='generator'/>
<meta content='general' name='rating'/>
<meta content='global' name='target'/>
<meta content='true' name='MSSmartTagsPreventParsing'/>
<meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/>
<meta content='index, follow' name='googlebot'/>
<meta content='follow, all' name='Googlebot-Image'/>
<meta content='follow, all' name='msnbot'/>
<meta content='follow, all' name='Slurp'/>
<meta content='follow, all' name='ZyBorg'/>
<meta content='follow, all' name='Scooter'/>
<meta content='all' name='spiders'/>
<meta content='all' name='WEBCRAWLERS'/>
<meta content='aeiwi, alexa, alltheWeb, altavista, aol netfind, anzwers, canada, directhit, euroseek, excite, overture, go, google, hotbot. infomak, kanoodle, lycos, mastersite, national directory, northern light, searchit, simplesearch, Websmostlinked, webtop, what-u-seek, aol, yahoo, webcrawler, infoseek, excite, magellan, looksmart, bing, cnet, googlebot' name='search engines'/>

Anda tahu apa keburukan meta tag sebegitu?

Meta tag itu hanya akan memeningkan crawler saja. Bahkan saya sendiri pun pening nak baca apa tah lagi robot hanya ciptaan manusia.

Berhati-hatilah di jalan raya :)

Kesimpulannya

Alhamdulillah. Panjang bebenor postnya. Huhu... entah orang baca ke tidak. Tapi saya tetap percaya pada anda kerana anda ialah seorang yang setia bersama saya.

Well, in summary.

Meta tags sebenarnya tidaklah penting sangat pun. Hanya sekadar pasang kod meta description pun dah cukup.

Tapi yang selainnya buat syarat. Tak penting. Yang penting description-nya. Ingat tu!

Kalau anda mengikuti siri ini banyak yang anda pelajari. Alhamdulillah kepada ilmu yang Allah berikan kepada saya dan saya kongsikan bersama anda. Dapat pahala kedua-duanya. Yang memberi dan yang menuntut :)

Ok, kod dibawah nanti ialah kod yang saya susun dan anda perlu ikut susunannya, kalau; anda mengikut siri ini.

Just simple:

<head><b:include data='blog' name='all-head-content'/>

<!-- START: Meta tags zone -->
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageTitle + &quot;, blogger, technology, blogspot, post, article, blog, blogging, wikipedia&quot;' name='keywords'/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;error_page&quot;'>
<title>Page Not Found. 404 Page</title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, blogger, technology, blogspot, post, article, blog, blogging, wikipedia&quot;' name='keywords'/>
</b:if>
</b:if>

Ingat cuma gantikan kod <head> :)

Dah habis pun post ini, tapi episod tetap bersambung. Nantikan episod yang seterusnya.

P.S: Kalau tak pahe komen le di bawah. Komen saya dah dofollow... boleh increase traffik blog. Rugi kalau tak komen.

Membuat Tajuk Halaman Blogger Mesra Carian
Image from Google Image
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Alhamdulillah, bersambung juga siri ini. Sebelum ini saya dah menerangkan bagaimana nak membuat template blogspot menjadi HTML5 dan keistimewaan HTML5. Untuk post kali ini pula saya akan mengajar anda tentang halaman tajuk blogger.




SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-3: MTUC: Membuat Tajuk Halaman Blogger Mesra Carian

Memahami Tajuk Blog Yang Belum Mesra Carian

Kebiasaannya, Blogger Template yang belum di optimumkan akan akan memaparkan nama blog dahulu dan selepas tajuk blog akan memaparkan tajuk page semasa.

Contoh, tajuk blog yang belum di-optimizekan

Danialde4: MTUC: Membuat Tajuk Halaman Mesra Carian

Kalau anda lihat pada HTML template anda, dia akan tulis macam ini.

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Dalam blog OMG! Hackers? saya dah menerangkan apa maksud data:blog.pageTitle, tapi kalau anda belum membacanya tidak mengapa. Di sini saya akan menerangkan.

data:blog.pageTitle adalah salah satu kod khas untuk blogger sahaja.

pageTitle = Ialah > Nama Blog: Tajuk Page Semasa

Q: Kenapa Perlu Optimize Tajuk Blog?

A: Sebab Carian selalunya hanya akan memaparkan 65 huruf+Space (Kira dengan WordCounter.net)

Jadi, Kalau tajuk anda begini:

Danialde4: MTUC: Ketahuilah Bagaimana Nak Membuat blogspot Anda menjadi HTML5

Kalau orang search HTML5 memang tak nampak.

Di carian akan memaparkan

Danialde4: MTUC: Ketahuilah Bagaimana Nak Membuat blogspot Anda...
Yang HTML5 itu digantikan dengan ... sedih :(

Tak ada HTML5

Maka trafik organik anda tiada. Rugi besar kot. Sebab keyword telah di-potong steam dengan carian.

Cara Untuk Membuat Tajuk Halaman Blogger Mesra Carian

Ha, masuk juga cara penyelesaiannya. Nasib baik nak selesaikannya senang ;)

1) Ok, seperti biasa pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik "Edit HTML" > Klik "Proceed"

2) Cari kod ni

<title><data:blog.pageTitle/></title>
3) Gantikan kod di-atas dengan kod ni

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageTitle + &quot;, blogger, technology, blogspot, post, article, blog, blogging, wikipedia&quot;' name='keywords'/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;error_page&quot;'>
<title>Page Not Found. 404 Page</title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;, blogger, technology, blogspot, post, article, blog, blogging, wikipedia&quot;' name='keywords'/>
</b:if>
</b:if>
4) Preview dahulu.

5) Kalau tiada error SAVE!
  • pageTitle - Tajuk page semasa dan tajuk blog. Kalau di homepage? Dia akan paparkan tajuk blog.
  • keywords - Untuk kod ini saya saja tambah keyword yang automatik kerana keyword ini dapat membantu anda dalam carian.
  •  error_page - Error page bermaksud "Page Not Found" atau page 404.
  • pageName - Blog Post Title
  • data:blog.title - Nama Blog anda
Itu cuma sedikit penerangan yang anda perlu tahu tapi kalau anda ingin tahu lebih banyak tentang kod blogger ini bolehlah pergi ke page "Layouts Data Tags"

Kalau anda nak cepat boleh rujuk infographic yang saya jumpa (Lebih kurang).

Item Page Type Matrix

Q: Tapi, Apa Yang Akan Jadi Selepas Anda Memasang Kod Ini?

A: Kalau anda menggunakan kod yang saya berikan Insya Allah lepas ini blog anda antara Top 5 dalam carian kerana Tajuk blog anda selepes ini akan menjadi begini.

MTUC: Ketahuilah Bagaimana Nak Membuat blogspot Anda menjadi HTML5 | Danialde4
 Jap2. Kenapa ada  tajuk blog saya kat belakang? Saya nak buang. Senang je.

Anda cari kod ni:
| <data:blog.title/>

Dan buang :)

Jadi kod title yang di-atas akan menjadi begini.

<title><data:blog.pageName/></title>
Maka di carian anda memaparkan begini

MTUC: Ketahuilah Bagaimana Nak Membuat blogspot Anda menjadi HTML5

Kesimpulannya

Membuat title blog mesra SEO sememangnya mudah. Nak mempelajari dan mencari itu yang susah. Kod di atas ialah kod yang diubahsuai oleh saya sendiri.

Bagaimana anda merasakan post ini? Adakah ianya bagus atau tidak bagus? Anda yang tentukannya.

P.S: Tolong share di facebook dan like ye :)

(Pssst... aku rasa post aku makin lama macam tak ok je... apa anda rasa? ok ke? Mohon luahkan pendapat anda di comment)

HTML 5
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Alhamdulillah, sebelum ini anda telah pun membaca pengelan dalam siri "Mengoptimumkan Template Untuk Carian" dan episod kali ini akan menerangkan kelebihan menggunakan template versi baru iaitu template versi HML 5 dan cara membuat template blogger menjadi HTML 5.



SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-2: MTUC: Kehebatan HTML5 Dan Cara Pemasang Dalam Theme Blogger

Apakah HTML 5 Sebenarnya?

HTML 5.

H = Hyper
T = Text
M = Markup
L = Languange
5 = Five

HTML 5? = HTML versi terbaru yang mempunyai ciri-ciri yang teristimewa. Tetapi masih dalam pembangunan(Beta). Walaupun masih beta kebanyakkan brower dah boleh support HTML 5.

Kelebihan Blog Yang Menggunakan HTML 5

Setiap yang baru mesti ada perubahan dan perubahan itu mestilah ada kelebihan.

Jadi, Apakah Kelebihan Blog HTMl 5 Ini?
  • Search engine lebih suka pada blog anda kerana? Blog anda mengikuti perkembangan terkini.
  • Membolehkan post anda di dalam SERP dapat tempat yang pertama.
  • Apabila di tempat pertama dalam SERP. Maka CTR akan lebih tinggi.
  • Lalu dapat meningkatkan trafik organik.

( CTR = Click Through Ratio / Klik Melalui Nisbah )

Cara Pemasangan HTML Pada Blogspot

Nak memasang pada blog amat senang. Memang senang. Orang yang baru belajar Blog pon boleh buat.

Ikuti 4 Langkah mudah ini.

1) Pergi ke Blogger Dashboard > "Template" > Klik "Edit HTML" > Klik "Proceed"

2) Cari Kod di-bawah

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">

Atau lebih kurang begitulah

Nota: Selalunya kod tadi berada di-bawah kod <?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>

3) Gantikan kod #2 dengan kod di-bawah

<!DOCTYPE html>

4) Save N Done!

Nak lebih jelas saya telah save satu gambar rajah untuk

demo:

HTML 5 Template
Klik Untuk Gambaran Jelas


Mengenal Pasti Blog anda HTMl 5 Atau Tidak?

1) Pergi Ke > Markup Validation Service

2) Letak URL Blog anda dalam kotak "Address"

3) Klik pada Button "Check"

4) Saksikan keputusannya.

Lihat saya punya keputusan :D

Danialde4 - Diari Motivasi Blog
Klik Untuk Gambaran Jelas


Ciri-ciri HTML 5

Dalam HTML 5 ini boleh dikatakan banyak ciri-ciri yang baru, antaranya:
  • HTML 5 dapat mengurangkan flash memory usage.
  • Dapat mengurangkan validator error.
  • Boleh play video atau audio tanpa flash (Inilah ciri istimewanya).
  • Versi YouTube yang seterusnya menggunakan HTML 5.
  • Nak lebih lagi maklumat tentang HTMl 5 di HTML 5 Introduction.

Untuk masa sekarang HTML 5 cuma sunat. Tidak wajib cuma syorkan guna :)

Kesimpulannya

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Anda telah berjaya membuat blog anda menjadi HTML 5. Walaupun masih dalam percubaan, tetapi ramai blog atau website yang menggunkan HTML 5 kerana ciri-ciri yang ter"istimewa seperti mana yang saya katakan tadi.

Baru Episod Pertama. Belum lagi episod 2 iaitu:
_MTUC: Optimize Title untuk SEO

P.S: Takkan tengok je? Share le... Kalau tak keberatan comment le... :D

PengenalanAssalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Alhamdulillah, episod yang lepas saya menerangkan bagaimana nak membuat blog anda Top Ten dalam search engine. Itu cuma baru Top Ten dalam carian, belum lagi tempat pertama dalam carian.

Ok. Kalau nak buat satu post tentang SEO untuk blogger sampai habis, saya rasa memang panjang "bebenor". Tak larat orang nak membacanya apatah lagi orang yang nak menulisnya.

Oleh itu post ini sekadar pengenalan dalam siri MTUC.

SIRI: Mengoptimumkan Template Untuk Carian(MTUC) 2012

Episod-1: Mengoptimumkan Template Untuk Carian - Pengenalan

Q: Jap, Perlukah Saya Mengikuti Siri Ini?

A: Perlu, kalau anda nak membuat blog anda menjadi thesis theme atau lebih dikenali "Template Mesra SEO"

Q: Jadi, Kalau Saya Ikut Siri Ini Apa Yang Saya Dapat?

A: Seperti mana yang saya katakan tadi. Kalau anda nak membuat template anda mesa SEO anda mestilah mengikuti siri ini.

Nak lebih jelas saya dah senaraikan apakah yang anda akan pelajari dalam siri ini nanti:
  1. Bagaimana nak membuat template menjadi HTML5.
  2. Bagaimana nak membuat title blog menjadi Mesra SEO.
  3. Bagaimana nak memasang meta tags dengan betul dan tepat.
  4. Bagaimana nak memasang open graph meta tags.
  5. Bagaimana nak mengurangkan crawl error dalam template.
  6. Best ke guna star review dalam carian?
  7. Kebenaran tentang rdf breadcrumb.

Q: Saya Nak Mengikut Siri Ini. Ada Syarat Tak?

A: Mestilah ada syaratnya mudah sahaja. Anda cuma perlu ada

  1. Notepad++
  2. Sedikit kemahiran HTML

Ada 2 itu maksudnya anda adalah pelajar saya yang paling terbaik! (masa bila aku jadi guru ni? hehe ;)

Q: Kenapa Guna Notepad++? Kenapa Tak Menggunakan Notepad Biasa Je?

A: Sebab notepad++ ada syntax.

Ok, macam inilah saya bagi satu demo.

Anda download template saya iaitu Johny SimpleMaster dalam post sebelum ini.

Extract, dan anda akan lihat Johny_simplemaster. Itu adalah templatenya.

So, kalau saya nak edit. Saya akan "right click" pada Johny_simplemaster tadi

Dan

Saya klik pada "Edit with notepad++" (Lihat gambar di bawah)

Edit with notepad++

Dah klik anda keluar macam dibawah

Johny-SimpleMaster


Cantik kan? Ada color2. Yang color2 itu sebenarnya memudahkan kerja kita.

Dan Notepad++ amat memudahkan kerja kita kerana dia secara automatik akan mencari end-tag (Lihat gambar di-bawah)

End-tag


Nombor 7: Permulaan kod <b:if
dan
Nombor 17: End-tag kod </b:if

P.S: Kena klick pada nombor 7 dulu baru nampak end-tag.

Maka, Notepad++ adalah tools yang paling wajib untuk anda memiliki jikalau anda mahu membuat template anda menjadi Mesra SEO atau anda seorang yang pakar coding.

Q; Bila Akan Mula Siri Ini?

A: Insya Allah secepat yang mungkin. 1 post a day.

Daripada Penulis

Alhamdulillah, kerana anda sudi bersama saya sehingga ke hari ni. Walaupun saya tidak beberapa kenal dengan pembaca saya, saya tahu yang anda seorang yang penyabar kerana sanggup meluangkan masa di dalam blog saya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima-kasih kepada anda :)

P.S: Untuk memudahkan saya menulis tajuk yang panjang, "Mengoptimumkan Template Untuk Carian". Saya akan ringkaskan menjadi; MTUC.

Jadi, episod yang akan datang ialah:
MTUC: Kehebatan HTML5 Dan Cara Pemasang Dalam Theme Blogger

Stay Tuned :D

Mengoptimumkan Blog Untuk Carian
Sumber daripada google image
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Sambungan tetap diteruskan. Sebelum ini anda diterangkan maksud SEO tetapi disebabkan kekangan masa saya tak sempat memberi tutorial bagaimana nak mengoptimumkan blog anda untuk carian.
Anda terbaca-baca post sebelum ini tentang Sitemap. Apakah dia sitemap ini?


Maksud Sitemap

Sitemap adalah list page blog/site yang boleh diekses oleh crawler atau pengguna.

Crawler Bermaksud?

Crawler/Robot/Spider yang akan crawl/scan blog atau post anda dan akhirnya akan indeks blog anda.

Tetapi crawler tidak akan crawl blog anda dengan sendirinya kita perlu?

Submit sitemap untuk membuatkan crawler dapat crawl dan indeks post dengan cepat.

Disitu, saya selalu bengang dengan crawler sebab selalu lambat crawl post saya yang terbaru. Memang slow. Memerlukan 3 hari baru indeks dalam carian.

Jadi bagaimana nak mengindeks blog dengan cepat dan berkesan?

1) Submit Sitemap Pada Google Webmaster

Sitemap adalah asas untuk mendapat tempat yang pertama dalam search engine.

No sitemap. No organic traffick.

Itulah pepatah saya :p

Blogspot dah ada sitemap sebenarnya, tapi sitemap tersebut hanya di-hadkan pada 26-post sahaja.

Kalau blog anda ada 1000 post tetapi google hanya submit post anda cuma 26. Tak ke sia-sia je?

Tetapi nasib baiklah ada otai-otai blogger boleh buat sitemap.

Now let's submit sitemap on Google search.

The Step By Step Guide

1. Pergi ke www.google.com/webmasters/tools/

2. Log in Gmail anda yang mana anda menggunakan untuk blogger.

3. Sekarang klik pada "ADD A SITE" (Lihat gambar rajah di bawah)

Add a site

4. Akan keluar satu kotak. Dalam kotak tersebut letak URL blog anda. Contoh dibawah

URL blog anda

5. Klik "Continue"

6. Dia akan keluar page lebih kurang macam di bawah

Dashboard

7. Sekarang kita klik pada "Sitemaps" (Rujuk gambar di bawah)


8. Bila dah klik akan keluar satu page lain. Macam page di bawah

Sitemap page

9. Klik pada "ADD/TEST SITEMAP"

10. Dalam kotak anda letak url di bawah

feeds/posts/default?redirect=false

11. Dan klik "Submit Sitemap"

12. Klik pada "Refresh the page"

13. Kalau berjaya dia tak kata error, kalau tak berjaya? Kena copy code di atas tadi dan pastikan tiada space-bar.

14. Baru submit sikit je, baru 26. Untuk blog yang banyak post kita boleh submit sitemap URL lain lagi. Klik pada "ADD/TEST SITEMAP" tadi.

Dalam kotak tersebut letak URL di-bawah.

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

15. Klik "Submit Sitemap". Refresh the page. Itu baru blog yang mempunyai 500 post. Tapi bagaimana pula kalau blog yang ada 1000 post?

16. "ADD/TEST SITEMAP" lagi dengan URL di-bawah

atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500

17. Kalau lebih 1000 post?

18. Tambah lagi URL

atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500

19. Jadi keputusannya jadi seperti gambar rajah di bawah

Keputusan

Kalau anda perhatikan betul-betul nombor dia tersusun.

Macam ni:
  • atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
  • atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
  • atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500

Kan? Nampak tak yang saya highlight tu?

  • 1
  • 501
  • 1001

So, kalau post yang melebihi 1500. Boleh tambah 1001 + 500 = 1501

URL sitemapnya akan jadi begini:
atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500

Faham tak?

Kalau tak faham kena tanya pak cik google.

Lihat sumber lain:

Sitemap ini dah masuk bab Webmaster. Kalau anda berjaya submit sitemap dalam google webmaster bermaksud anda adalah Webmaster :D

Tambahan. Bagaimana nak check google dah submit sitemap kita?

1. Pergi ke Google.com

2. Tulis dalam kotak tersebut begini

site:danialde4.blogspot.com

3. Gantikan danialde4 itu dengan URL/Nama blog anda.

Nota: Tak boleh copy dan paste kena tulis satu per satu

4. Kalau lebih 26 post maksudnya google dah indeks sitemap blog anda.

2) Submit Post Di Sosial Boomarking

Sosial bookmarking lain daripada facebook dan twitter. FB dan Twitter ialah laman sosial(Sosial site) bukan laman bookmarking.

Laman sosial bookmarking seperti

Itu adalah laman sosial bookmarking antarabangsa. Tetapi bukan tempatan.

Q: Ada ke tempatan punya?

A: Ada, jawapannya ialah ping aggregator.

Jadi, ping aggregator yang popular di Malaysia ialah

Yang lain pun power tapi tak cuba lagi :)

3) Ping Post dan Sitemap Anda

Selepas sahaja anda submit post anda di laman sosial bookmarking anda perlu ping post dan sitemap anda supaya google cepat indeks post anda.

Apakah laman ping yang popular?

4) Memperbanyakkan Posting

Cara yang terakhir untuk mempercepatkan search engine indeks blog anda ialah dengan memperbanyakkan post.

Sekarang saya tengah focus untuk sehari satu post. Kena buat sehari satu post barulah crawler rajin singgah rumah(blog) saya.

Kalau tak singgah juga maknanya kena ban(blacklist) dengan google.

Bagaimana nak check blog kita kena ban ke belum? Pak Cik Google kan ada. Don't be lazy.

Kesimpulan

Kalau anda ikut semua yang saya ajarin memang blog anda lepas ni top ten dalam SERP. Trust me, I follow this tips. Keputusannya memberasangkan.

Tapi kalau anda malas. Maksudnya Crawler pon malas la nak indeks blog anda.

P/S: Kalau anda merasakan post ini sangat berguna untuk anda tolong share di Facebook dan like.

Kalau tak??? Komen di bawah ^_^

P/S/S: Ada sambungan lagi.

search engine optimzation
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati :)

Ramai rakan semuka buku tanya saya apakah dia SEO ini? Adakah ianya penting atau tidak atau sekadar sesuatu yang merumitkan keadaaan?

SEO sebenarnya sangat penting. Teramat penting untuk mendominasikan carian. Kita guna carian untuk mencari maklumat dah informasi. Tetapi blog kita sudah ada informasi tersebut tetapi tidak ada dalam carian.

Maksudnya blog anda belum di optimizekan lagi untuk search engine.

So, apakah si dia SEO ini?

Maksud SEO

S-E-O Bermaksud?

S = Search (Cari)

E = Engine (Enjin)

O = Optimization (Mengoptimumkan)

Jadi,

bila digabungkan menjadi?

"Search engine optimzation"

atau di dalam Bahasa Melayu di panggil

"Mengoptimumkan untuk carian"

Itulah dia SEO.

Jap2, nak mengoptimumkan apa untuk carian?

That's good question.

Itulah saya perlu terangkan. Kita nak optimize apa untuk carian?

Jawapannya = Mestilah blog kita. Tapi sebelum itu saya nak bagi satu contoh dulu.

Ok, macam ni lah.

Saya bagi satu contoh.

Ada dua buah blog. Satu blog Mat Kyle dan satu lagi blog Mat XY (Kyle XY ea? Hehe :P)

Blog Kyle dan blog XY ialah sebuah blog tentang Hand phone Nokia.

Kedua-dua blog ialah blog yang sama kategorinya. Iaitu tentang hand phone. Kedua-dua blog tersebut dah submit sitemap dalam carian Google dan Bing.

Ada seorang Mat Phine ni. Dia nak cari info tentang hand phone nokia 5800 XpressMusic. Dia search la pada laman google macam ni.

nokia xpressmusic 5800

Keluar banyak result. (Ok, saya nak tanya. Lepas kita search kat google dan dia akan keluar satu result page. Apa nama Page itu? Nama page itu ialah "Search Engine Result Page" atau dalam singkatannya ialah "SERP" atau "SERPs")

Jadi, Blog Mat XY dapat tempat pertama dalam SERP dan Blog Mat Kyle dapat tempat ke-2.

Yang Mat Phine pon klik pada blog XY.

Untung la blog XY sebab dapat tempat yang pertama dalam SERP.

Persoalannya ialah. Kenapa Blog XY dapat tempat yang PERTAMA dan blog Klye dapat tempat yang KEDUA?

Adakah google saja je letak blog XY tempat pertama? Mestilah tidak.

Jadi, bagaimana google tahu blog XY lebih bagus.

Jawapannya. Blog XY dah mengoptimumkan untuk carian.

Persoalannya datang lagi. Bagaimana kita nak mengoptimumkan blog kita untuk carian?

Ha. Nak tahu lebih dalam? Menarik cerita SEO ini? Kita akan lihat episod sambungannya nanti. Insya Allah :)

Wallahualam.

P/S: Harap Maaf, sebab saya buat post ni pagi tak habis sebab kakak saya ada konvokesyen di UiTM Shah Alam. Memang cadang nak habiskan post ini. Maaf ye :)

Apa dan Kenapa Backlink itu Penting
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati =). Malam yang indah ini yang ku rasakan sungguh tenang dan  aman, maka saya berpeluang untuk menulis post yang baru dan yang lebih baik. Tajuk kali lebih ialah Jiran Tertangga. Ni mesti link exchange, agaknya la. Itulah pada pendapatkan anda, tapi bagi saya bila saya tulis tajuk jiran tertangga, tidak semestinya merujuk kepada link exchange. Hari ini sedikit sebanyak kita akan mempelajari ilmu berkaitan agama(Pendidikan Islam) dan juga pemahaman mengenai Backlink.


Sudah cukup sudah kita bersembang, mari kita terus menuju kepada pembelajaran kita.

1. Apakah Maksud Jiran?

Jiran ialah = Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas, dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru.

Nota: Itu maksud bersadarkan Pendidikan Islam - Akhlak@Adab Tingkatan 2.

Okey? Saya saja masukkan unsur Islam dalam blogging(sharing is caring ^_^). So setakat ini saya cuma terangkan maksud jiran... awat(kenapa) lama sangat nak pergi ke bab link exchange? Sebab sebelum tu saya nak terangkan maksud Backlink dahulu. Harap bersabar ye :)

2. Apa dan Kenapa Backlink itu Penting? Betul ke?

Backlink juga dikenali sebagai = incoming link, inbound links, dan juga inward links.

Maksud lebih mendalam:
Link inbound asalnya penting (sebelum kemunculan enjin carian) sebagai cara utama pelayaran web, hari ini, kepentingan mereka terletak dalam pengoptimuman enjin carian (SEO). Bilangan backlinks adalah satu petunjuk populariti atau kepentingan laman web atau muka surat (sebagai contoh, ini digunakan oleh Google untuk menentukan PageRank laman web). Luar SEO, backlink laman web mungkin mempunyai kepentingan peribadi, budaya atau semantik: mereka menunjukkan yang membayar perhatian ke halaman tersebut.

Sumber: Wikipedia.org

Kenapa Backlink Penting?

Kerana backlink banyak manfaatnya.

Antara manfaat berbacklink ialah:

  1. Increase PageRank(Google PR)
  2. Increase SERP(Search Engine Result Page)
  3. Increase Traffic.
Sedikit Penerangan.

Apa benda tu Google Page Rank?

Page Rank Ialah = Algoritma pautan analisis, dinamakan selepas Larry Page dan digunakan oleh enjin carian Internet Google, yang menyerahkan wajaran berangka untuk setiap elemen set hiperpautan dokumen, seperti World Wide Web, dengan tujuan untuk "mengukur"kepentingan relatif dalam set. Algoritma boleh digunakan untuk mana-mana koleksi entiti dengan petikan rujukan dan timbal balik.Berat berangka bahawa ia menyerah hak kepada mana-mana unsur E diberikan dirujuk sebagai PageRank E dan ditandakan oleh PR (E)


Oh.. gitu rupanya... so penting la Backlink ni... mesti le... kalau tidak site tak famous le. Tapi macam mana nak tambah(increase) backlink ni?

3. Teknik untuk Menambahkan Backlink yang Mantab!

A) Umpan Link(Link Bait)

Umpan Link(Link Bait) apa-apa kandungan atau ciri, dalam sebuah laman web, yang direka khusus untuk menarik perhatian atau menggalakkan orang lain untuk menghubungkan kepada laman web ini. Matt Cutts mentakrifkan pautan umpan(link bait) sebagai sesuatu yang "cukup menarik untuk menangkap perhatian orang ramai." umpan Link(Link Bait) boleh menjadi satu bentuk yang sangat berkuasa pemasaran kerana ia adalah virus dalam alam semula jadi. Istilah ini sering mempunyai konotasi negatif atau mengetepikan. Kandungan untuk perangkap pautan ialah klip teks, imej, audio atau video dan ia cukup menarik untuk menarik perhatian rakyat/pembaca.

Itu baru satu teknik.. huhu dah sejam aku karang... huh.... Tarik nafas jap n take 5(Bananana... TV3 ^_^)

B) Pos Tetamu(Guest Post)


Tetamu Dihormati: Apa benda lagi ni? saya dah pening ni. Tadi link bait sekarang guest post.

Admin: Guset post atau dalam bahasa melayunya ialah pos tetamu ialah satu cara untuk menambahkan baklink yang paling terbaik dan bagus pada masa kini. Teknik ini selalu digunakan dalam pelbagai website English yang popular seperti MakeUseOf, Squidoo, dan sebaginya.

Tetamu Dihormati: Soalan saya ialah: saya pos dalam  Bahasa Melayu , tetapi masih ada blogger Malaysia yang menerima guest post?

Admin: Masih ada, setakat ini(just berdasarkan pengalaman/pengetahuan saya) cuma OMG! Hackers? yang menerima guest posting dalam Bahasa Melayu. Saya masih ada satu lagi website yang boleh menambahkan satu free backlink yang bagus iaitu Busuk.org. Kenapa saya pilih Busuk? sebab busuk mempunyai alexa rank yang tinggi dan juga Google PR 3/10(15/9/2012).

Tetamu Dihormati: Apa kena mengena dengan alexa dan pagerank yang tinggi?

Admin: Sebab. Bila kita berbacklink dengan site/blog yang mempunyai alexa/pagerank yang tinggi, maka kita memperoleh Page Rank yang tinggi juga tambahan pula traffik site/blog kita meningkat.

Itu adalah diantara teknik yang selalu dilakukan oleh website yang diluar sana.
Saya masih tak boleh la nak buat macam tu ada cara lain tak?

Ada. Teknik yang lain ialah:

C) Komen di Blog/Site Lain(Blog Commenting)

Teknik ini memerlukan seorang blogger yang rajin melawat jiran tertangga mereka dan juga kerajinan kita untuk komen pada blog yang tertentu.

Kenapa dalam blog tertentu?
Kerana bukan semua blog ialah dofollow. Blog saya juga ialah NoFollow Blog.

Apa benda lagi dofollow ni?
DoFollow ialah = Sebuah link yang mempunyai Markup HTML khas di dalam, untuk memberi tahu kepada search engines seperti Google untuk follow destinasi di dalam link tersebut.

Mestilah anda tak faham, saya lagi tak faham....huhu. Okey sekarang saya akan menerangkan lebih mendalam apa itu dofollow link

CONTOH - Untuk Link Biasa/Normal:

<a href="http://www.google.com/" target="_blank">Google Website</a>
Untuk pemahaman anda semua itu adalah link biasa yang kita buat dan juga target="_blank" bermaksud link itu akan membuka Google.com kepada New Tab. Untuk link biasa ini, ialah DoFollow link.

CONTOH - Untuk NoFollow Link:

<a href="http://www.google.com/" target="_blank" rel="nofollow">Google Website</a>
Bila link nofollow macam mana nak buat tambah backlink. So, kita kena pandai cari blog/site yang dofollow la :)

Tetamu Dihormati: Saya masih tidak faham lagi la. kata terangkan lebih mendalam. Tetapi kenapa yang link biasa tu ialah DoFollow link dan kenapa untuk Nofollow link kita terpaksa letak rel="nofollow" ? Kenapa link biasa tak tambah rel="dofollow" ?

Admin: Untuk pengatahuan tetamu yang dihormati. Link biasa ialah DoFollow link. Untuk Nofollow link, kita terpaksa edit html dan tambah ref="nofollow" kepada HTML/Link tersebut.

D). Penaja Link/Banner(Link/Banner Sponsor)

Teknik ini bukanlah free, tapi berbayar(penaja). Keadah ini selalu dilakukan oleh marketing internet yang ingin site/blog mereka popular. Selalunya la, just pengalaman saya. Teknik ini memang kena bayar tapi dia punya manfaat banyak. Boleh increase traffic up to 200% kalau taja(Sponsor) site yang betul-betul popular. Caranya bagaiman nak mengetahui site/blog itu popuar? Senang je.

Gantikan danialde4.blogspot.com itu dengan laman web anda ingin taja.
Sekarang blog saya dalam alexa ranking ke 1.6M masih jauh lagi.

CONTOH:
http://www.alexa.com/siteinfo/www.google.com

Itu Google. Tapi sekarang alexa Rank Google sudah drop. daripada 1 ke 2. Facebook telah mengambil tempat yang pertama. Saya amat sedih dengar berita ini.

Kesimpulannya:
Lagi tinggi alexa rank, lagi bagus atau banyak traffic yang dimiliki.

Di Malaysia banyak je site/blog yang menerima iklan berbayar. Macam http://jieazzmovie.net/ dan sebagainya.

Untuk bab Backlink sudah habis. Maka saya akan meneruskan dengan Link Exchange.

4. Link Exchange(Tukaran link)

Yay! Akhirnya sampai juga perjalanan kita selepas mempejari ilmu backlink tadi. So dibawah nanti adalah adalah jiran tertangga saya yang saya kenal selama ini.

1. Stylify Your Blog(SYB)

Stylify Your Blog | Blogger Tips Tutorials and Templates

Stylify Your Blog ialah Blog yang pertama saya suka dan saya kenal. Kerana blog tersebut telah mengubah hidup saya. Walaupun tuan blog tidak mengajar saya apa-apa, tetapi code yang ada di dalam blog tersebut yang mengajar saya :)

Siapakah orang di sebalik Stylify Your Blog?
Ialah: Prayang Verma
Network: SYB @ FB Group

2. Malaya Hackerz Crewz(MHC)

Malaya Hackerz Crewz

Walaupun saya sudah berhenti untuk menjadi hacker, tetapi jasa tetap dikenang ^_^.

Siapakah orang di sebalik Malaya Hackerz Crewz?
Ialah: Sandeep Sandz Sidhu
Network: MHC @ FB Group


3. Sedut Software Sampai Lebam(SSL)

SSSL - Sedut Software Sampai Lebam

SSSL ialah orang Malaysia yang pertama post pasal software warez ^_^

Siapakah orang di sebalik SSSL?
Network: SSSL @ FB Group

4. Rileks Community

Rileks Community

Community paling rileks di Malaysia :D

Siapakah orang di sebalik RC?
Ialah: Pen Returns
Network: RC @ FB Group

5. Oh Information

Sudah tak update lagi. Tapi kenagan tetap ada bersama Abg Hamba Kerdil. Dia telah mengajar saya banyak perkara. Tentang agama, hidup dan sebagainya(ikut bahasa melayu dah salah ni).

Siapakah orang di sebalik Oh Information?
Ialah: Hamba Kerdil

6. InXan

InXan Blogspot

Blog masih baru, tapi tetap di hati =)

Siapakah orang di sebalik InXan?
Ialah: Insan Serdehana

7. AMSMuvee

AMSMuvee - Tonton movie secara online

Blog tonton movie secara online :)

Siapakah orang di sebalik AMSMuvee?
Ialah: Zaki Amzar
Network: AMS @ FB Group

8. Hardin Hijrah

Hardin Hijrah - Mnejual Barangan Islamic dan Kelengkapan Ibadah

Lihat banner pun kita dah tahu yang Hardin Hijrah Menjual dan Membekal Barangan Islamik, Kelengkapan Ibadah, Majalah Agama Solusi/GEN Q, Sejadah, Telekung, CD Kuliah, CD Ceramah dan Buku-buku Agama. Ha, baguskan. Banyak benda kita boleh beli kat Hardin Hijrah ni.

Siapakah orang di sebalik Hardin Hijrah?
Ialah: Muhammad Izzul Akmal Othman

Maka berakhirlah post saya kali ini.... panjang bebenor post nya.. tak larat nak baca.. itu nak baca. Tapi orang yang buat lagi tak larat... 2 jam lebih baru siap... huhu.. tapi takpa.. ini disebabkan saya jarang update blog.. maka saya mesti membuat post yang panjang untuk cover balik traffic saya.. semoga bermanfaat ilmu yang saya beri. Sebelum kita sampai ke penghujung saya dengan merendah diri meminta maaf sekiranya saya tersalah tulis atau terlupa untuk member kredit kepada sesiapa yang ada kaitan dengan post ini. Saya juga seorang manusia yang tidak terlepas daripada melukan kesilapan......

Wallahualam
Wasalam ^_^

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim