Memilih Web Browser Yang Sesuai Untuk Anda

Memilih Web Browser Yang Sesuai Untuk AndaAssalamulaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulilah, Alhamdulilah. Saya bersyukur kepada Allah keranaNya saya dapat cusztomize template saya menjadi yang terbaik. Entri kali ni saya nak membincangkan browser apakah yang sesuai untuk anda semua. Di dalam dunia Internet pelbagai web browser yang telah direka khas untuk anda semua. Tetapi kita nak web browser yang sesuai dan yang terbaik untuk kita. Ok, sebenarnya aku ni saja ja nak tambah post sebab blog aku ni masih baru(redesign). So straight to the point mari kita bincang yang manakah web browser yang sesuai 

1. Google Chrome

Google Chrome
Siapa yang tak mengenali google chrome yang keseluruhan ramai pengguna zaman sekarang memilih google chrome sebagai web browser main bagi mereka. Google Chrome sememang sebuah web browser yang pantas dan bagus tetapi

Google Chrome juga mempunyai beberapa kelemahan seperti:
High Memory Usage
Flash Error(tapi sekarang dah fix)
dan beberapa lagi. Pada pendapat saya kenapa Google Chrome menjadi pilihan utama bagi semua orang kerana google chrome boleh "search" pada bar(Omnibox) yang tersedia dan ia memudahkan pengguna untuk mencari sesuatu benda, Tampak Elegan dan mudah digunakan. 


So, kesimpulan bagi saya mengenai Google Chrome ialah:
  1. Bagus untuk pengguna yang baru mengenali internet keran ia mudah digunakan
  2. Laju dan Elegan
  3. Mempunyai theme dan exstension yang banyak
  4. Dan yang terakhir sekali boleh bersambung(Connect) dengan Google Mail
Itulah kesimpulan saya bagi Google Chrome

2. Mozilla Firefox


Firefox, Firefox sememangnya lebih tua lagi daripada Google Chrome, dan firefox juga merupakan Web Browser pilihan saya kerana ciri-ciri yang sempurna bagi saya. Laju, ringan, selamat, mudah, dan amat bagus untuk web developer kerana Firefox direka khas untuk developer. Itu antara kelebihannya tetapi apakah kekurangannya?


Firefox juga mempunya beberapa kukurangan seperti:
  1. Script Error kadang kala
  2. Tidak mempunyai Omnibox seperti Google Chrome Tetapi, Firefox 14.01 telah mengalahkan Chrome
  3. Tidak boleh login menggunakan Google Email
Jadinya, itulah antara kekurangan bagi firefox. Pada padangan saya Firefox jugak memang amat sesuai untuk pengguna yang suka membuat kerja dan yang sudah biasa dengan internet(belum pakar lagi).

3. Rockmelt

Rockmelt
Rockmelt? korang pernah dengar ke nama rockmelt ni, Mesti pengguna yang baru belum mengetahui apa itu Rockmelt. Rockmelt ialah sebuah Web Browser yang diubahsuai daripada Chromiun iaitu Web Browser Open Source(Open Source = Free to download and edit). Rockmelt sememangnya sesuai untuk remaja kerana Rockmelt diciptakan untuk bersosial. Mempunyai sidebar chat Facebook yang sempurna, membolehkan kita chat dimana-mana website sekalipun. Tetapi Rockmelt juga sama juga seperti Google Chrome cuma ianya diubahsuai menjadi Web Browser Social yang sempurna. Kurangannya tetap sama seperti Google Chrome. So, pada pendapat saya Rockmelt ni hanya bagus bagi orang yang mempunyai laptop peribadi dan ianya merupak Personal Web Browser.

Web Browser Yang Selebihnya

Daripada situ kita tahu mengenai beberapa web browser yang mungkin sesuai untuk anda dan apa beberapa browser yang popular tetapi kita jarang guna seperti:

Setakat ini saya mendapat berita daripada internet ia menyatakan Internet Explorer 10 akan dilepaskan tak lama lagi. IE 10 support HTML 5, dan ianya memudahkan web designer untuk mengedit website mereka dengan lebih mudah. Untuk maklumat lanjut sila layari site ni: http://ie.microsoft.com/testdrive/

۞ Opera:
Opera juga sebuah web browser yang popular sama seperti internet explorer. Opera ada menyediakan web browser Mini untuk pengguna mobile phone iaitu Opera Mini. Saya tak boleh huraikan panjang lagi kerana saya masih belum ada pengalaman dengan Opera, apa yang saya tahu Opera ada bar yang boleh melajukan 3 kali daripada biasa, tapi aku guna tak laju juga.

Kesimpulan

Aku dah cuba banyak web browser Firefox, Google Chrome, Internet Explorer, Opera, Slim Browser, Maxthon, Safari, dan lain-lain. Daripada pengalaman aku, browser yang terbaik dan bagus pada masa "kini" ialah Firefox. Kerana firefox berusaha menjadikan web browser mereka yang terbaik. Itulah pengalaman aku denga web browser.

Salam Danialde4 ^_^


Sumber/Rujukan >> Image - From Google Image

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim