Projek Ke-17: UmmiComel4U

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mengusahakan projek Blogspot yang ke-17. Sikit lagi nak sampai 20.

Projek kali ini tentang seorang kakak Ina muda sikit (jangan marah) yang nak buat duit dengan blognya. Itulah plan asal beliau buat blog. Sebelum ini beliau pernah buat blog pada tahun 2008.

Namun, ada sebab-sebab yang tertentu beliau tidak dapat meneruskan usahanya untuk berblog.

Maka, akhir tahun 2013 beliau berusaha untuk memulakan blog baru.

Plan beliau, bina follower (tribe) sendiri selama 2 atau 3 tahun. Lalu mula berbisnes dengan blognya.

Bagaimana Saya Mengusahakan Blog UmmiComel4U

Saya pecahkan kerja pada 3 bahagian:

#1 Design

Dalam design saya akan lihat warna tema utama apa yang beliau mahu. Kak Ina suka warna biru sebagai warna tema utama.

Seterusnya, apakah warna background yang beliau suka. Beliau memilih untuk menggunakan background putih.

Memang gabungan yang sangat menarik. Selepas itu, beliau mahu text tajuk blogmya jadi menawan sedikit.

Maka, saya berjaya cantikkan dengan menggunakan web font Lobster serta text-shadow untuk kejelitaan yang lebih jelas.

Dan dalam design, yang paling penting kita harus pakar dalam typography. Oleh kerana typography yang menentukan sama ada blog kita disukai pembaca atau tidak.

Typography ialah hal-hal yang berkaitan saiz font, line heigt dah tema warna. Saiz font yang paling sesuai untuk blog beliau ialah 15px. Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Orang Perak kata "Just Nice".

#2 Widget

Dalam widget, saya tambah social sharing widget versi Megpite, linkwithin dan  Google+ badges. Dan baru-baru ini saya terkejut dengan berita SEO rangking factor yang terbaru.

Jika dahulu, backlink adalah ranking factor #1 untuk mendapatkan kedudukan nombor 1 dalam SERP. Namun tidak pada masa kini. Sekarang ranking facktor nombor 1 dalam SERP ialah Google+.

Tidak widget yang boleh saya pasang untuk blog beliau. Oleh kerana blognya masih baru. Tetapi, saya akan sentiasa bersedia untuk bantu beliau sekiranya ada apa-apa widget yang mahu pasang.

#3 SEO

Dalam SEO pula, saya optimasi template beliau dari atas sampai bawah. Bermula dengan HTML5 sehinggalah schema.org.

Daftar blog beliau dalam Google Webmaster, Google+ authorship dan lain-lain.

Daripada Penulis


Memang buat duit dengan blog adalah mudah sekiranya kita tahu caranya. Dalam artikel sebelum ini iaitu Panduan Minimalis Buat Duit Berblog, saya sudah terangkan apakah fundamentalnya.

Walau apapun, saya doakan kak Ina sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Tidak dilupakan juga, saya doakan untuk pembaca Seni Bina Blog kaya dan berjaya.

Terima kasih sudi menyokong saya sehingga kini. Saya sangat hargainya.

Jom jenguk blog UmmiComel4U.blogspot.com.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim