YES! YES!! YES!!!
~ Audiens BERANI 2013
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi kaya dan berjaya ^_^
TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN! |
Untuk pengetahuan anda seminar ini dianjurkan oleh syarikat gergasi iaitu Richworks dan orang yang telah mengajar saya ialah Dr. Azizan Osman.
Seminar ini ialah seminar apa sebenarnya?
Bagi saya seminar BERANI 2013 ialah satu langkah "besar punya" yang mengubah kehidupan anda untuk jadi lebih berjaya dan kaya.
Pengalaman Kali Pertama
Pada awalnya saya memang tidak mengenali beliau dengan lebih jelas.Tetapi adanya satu platfom majalah keusahawanan iaitu Majalah Niaga yang telah membuat satu temu bual eksklusif. Temu bual itu adalah Dr. Azizan Osman.
Jadi, dari situlah saya mula mengenali Dr. Azizan Osman dengan membaca Majalah Niaga Edisi Khas.
Lama kelamaan minat saya terhadap keusahawanan makin mendalam dan makin cinta.
Itu baru permulaan. Kalau saya cerita macam mana saya jumpa itu ini memang panjang. Jadi, saya fikir lebih baik saya teruskan dengan pengalaman saya :D
Ok?
Selepas itu saya telah cari siapakah Dr. Azizan Osman ini sebenarnya? Cari, gali dan kaji siapakah beliau.
Siapakah beliau yang sungguh berjaya mengubah hidup orang?
Cari, cari, cari. Akhirnya, alhamdulillah. Terjumpa laman web beliau. Dari situlah saya mula kenal dengan Dr. Azizan Osman lebih dalam.
Menghantar emel kepada saya setiap malam. Beri macam-macam tip untuk hidup lebih berjaya dan kaya. Beliau tidak pernah lupa untuk mendoakan senerai melnya.
Alhamdulillah :)
Dan, pada suatu hari beliau menghantar emel BERANI 2013 pada bulan 12 akhir tahun 2012 kalau tidak silap saya.
Ok. Masuk laman BERANI2013.com dan daftar.
Tidak lama selepas itu terima emel darinya.
Dapat tahu yang seminarnya ialah pada bulan 16 Januari 2013 hari rabu.
Tunggu dan bersabar.
Dan akhirnya tiba juga harinya. Hujan lebat pada waktu petang. Lebat sungguh. Tetapi harsat saya tetap diteruskan. Nak juga pergi seminar BERANI. BERANIkan diri!
Kakak saya Siti Samirah yang tolong hantarkan ke tempat seminar di Hotel Riverfront. Dah nama River(Sungai) Front(Depan). Memang hotelnya depan sungai ;)
Sampai juga ke tempatnya. Terkejut dibuatnya kerana ramai sungguh hamba Allah yang hadir ke seminar ini.
Sungguh tidak percaya pengaruh Dr. Azizan Osman sungguh holistik.
Daftar. Masuk. Duduk di tepi bahagian kiri. Alhamdulillah dapat juga duduk dan boleh dikatakan dekat juga dengan pentas itu.
Tidak lama selepas itu. Mulalah seminarnya.
Permulaan dia saya cuma katakan "WOW!"
Hebat sungguh.
Penuh energi. Kuasanya dapat dirasakan hingga kini!
YES! YES!! YES!!!
Bergegar hotel dibuatnya.
YES! YES!! YES!!!
Aku kaya dan berjaya!
Seluruh anggota badan saya kembali segar walapun selapas hujan.
Maka Dr. Azizan memulakan perbicaraan beliau.
Mula-mula sekali beliau nak audiens bersuyukur terhadap Ilahi kerana masih hidup. Kerana masih lagi boleh bernafas di muka bumi ini.
Kedua beliau menceritakan formula M.E.S.T.I
Masih ingat lagi kah anda? Dalam entri sebelum ini saya pernah menceritakan iaitu pada entri "33 Langkah Bina Blog Yang Berjaya".
M = Matlamat = Mentor
Matlamat
Sebelum nak mulakan sesuatu kerja mesti kita kena tahu apakah matlamatnya? Apakah tujuannya? Cuba tanyakan pada diri anda sendiri.Kenapa anda perlu jadi Jutawan?
Sebab nak jadi kaya? Tidak. Beliau sama sekali tidak mahu kita berfikiran sebegitu. Beliau mahu kita kaya sebab banyak menyelesaikan masalah orang.
Maka duitpun secara tidak langsung akan banyak kaw-kaw.
Mentor
Nak cepat berjaya dan kaya mesti kena ada mentor. Wajib. Kita wajib berguru dengan orang yang telah berjaya.Kita mesti berguru dengan orang yang telah bergelar jutawan.
Barulah jadi jutawan. Jelas?
Misalnya, kalau kita nak jadi pakar buat kek kita kena berguru dengan orang yang telah berjaya buat kek yang sedap.
Tidak ke begitu?
Selepas itu saya tidak mahu cerita lebih banyak sangat kerana anda perlu rasai sendiri. Barulah tahu nikmat sebenar Seminar Dr. Azizan Osman!
Matlamat Saya
Dalam seminar BERANI. Beliau nak audiens tulis apakah matlamat diri sendiri. Beliau audiens tetapkan matlamat dan rasai dihati.Dan saya telah pun tetapkan satu matlamat yang jelas lagi benar. Matlamat saya ini bukan saya seorang sahaja yang akan terima tempias jadi berjaya.
Malah keluarga saya sendiri juga secara tidak sengaja akan ubah nasib jadi kaya dan berjaya
Jadi dengan ini saya bersungguh-sungguh telah jadi "Jutawan Pro Blogger Bertaqwa" pada usia 25 tahun!
Aamiin ya Rabb. Terima kasih kerana sudi mendoakan saya =D |
Persoalannya Bagaimana Nak Ada Matlamat Yang Bagus?
Cuba anda fikir. "Jutawan".Adakah anda nak jadi jutawan? Sudah semestinya. Semua orang dalam dunia ini nak jadi jutawan. Siapa yang tidak mahu?
Nak Jadi Jutawan Dengan Apa?
Ya, anda nak jadi jutawan dengan apa? Jadi seorang usahawan ke? Jadi seorang pakar masakan cina ke? Atau nak jadi jutawan dengan jual ais krim?Memang perlu ada jalan yang jelas. Nak jadi jutawan dengan apa?
Jawapannya ialah dengan minat anda. Apa yang anda minat? Jadikan ia jalan untuk jadi jutawan.
Contohnya. Saya memang minat (bukan minat tetapi sudah sampai ke tahap obses dengan blog). Jadi saya jadikan minat pada blog sebagai jalan untuk saya jadi jutawan. Anda pula bagaimana?
Mohon difikirkan kerana ia teramat penting sekiranya anda nak jadi jutawan yang kaya, berjaya lagi beriman kepada Allah S.W.T.
Bila Tarih Akhirnya?
Anda nak bergelar jutawan pada usia berapa tahun? 25? 30? 35? Ataupun di Syurga nanti?Kenapa tidak di dunia?
Anda yang tentukan. Tetapi yang pasti. Sebaik-baiknya ialah tetapkan matlamat nak jadi jutawan pada 10 tahun yang akan datang. Kiralah dengan umur anda sendiri.
YES! YES!! YES!!!
Alhamdulillah hari ini saya hidup dengan lebih segar dan berani.YES! YES!! YES!!!
Hari ini saya telah tahu erti kehidupan yang sebenar.
YES! YES!! YES!!!
Hari ini saya lebih ceria kerana Seminar BERANI 2013.
YES! YES!! YES!!!
Hari ini saya lebih bertenaga dan bersemangat!
YES! YES!! YES!!!
Hari ini sikap dan minda saya lebih positif!
YES! YES!! YES!!!
Hari ini saya telah berjaya sekolah 5 hari berturut-turut!
YES! YES!! YES!!!
Hari ini saya berjaya membaca doa di depan 700 pelajar sekolah menengah tanpa rasa gementar!
YES! YES!! YES!!!
Saya teramat syukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Dr. Azizan Osman kerana telah menginsparasikan hidup saya. Kerana beliau telah membuka pintu hati saya.
YES!
YES!!
YES!!!
Semua ini berlaku kerana orang banyak memberi. Semua ini berlaku kerana Allah suka kepada orang yang banyak bersedekah.
Kepada sahabat ku yang terlepas seminar ini mungkin Allah beri rezeki di tempat lain.
Teruslah percaya kepada Yang Maha Esa. Teruslah banyak memberi dan menderma. Insya-Allah(Gaya MyArrazi.com ;) anda boleh berjaya dan kaya.
Insya-Allah hidup anda lebih diberkati.
Insya-Allah anda lebih ceria dan bahagia.
Segala-gala tindak tanduk diri saya lebih positif seperti jutawan!
Sepatah dua kata yang telah membuka hati saya:
"Massive action, massive result!"
"Orang yang was-was memang tidak akan khusuk solat."
"Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat semuanya adalah doa."
"Kita boleh design hidup kita."
Kerja Sekolah
Apa ini Danial? Kenapa ada kerja sekolah?Sebenarnya tugasan ini amat penting bagi anda. Sekiranya anda nak jadi jutawan yang berjaya dan diredhai Allah S.W.T, anda MESTI buat tuagasan ini.
Baiklah, tuagasan ini apakah dia?
Saya nak anda cari dan tulis satu MATLAMAT yang terakhir lagi jelas.
Satu matlamat yang akan boleh dibacapai dalam masa 10 tahun akan datang.
Buat mesti kena buat.
Kalau sudah buat maka anda kongsikan matlamat anda di ruangkan komen. Mohon BERANIkan diri kongsikan matlamat anda.
Untuk hidup sedar dan berani, bergema dengan kasih sayang dan belas kasihan, untuk menyedarkan semangat yang besar dalam orang lain, dan untuk meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman damai.
Tiada ulasan