Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi budiman.
Basmallah, Alhamdulillah. Syukur terhadap Ilahi kerana limpah rahmatNya saya masih lagi hidup dan diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini lalu membolehkan saya menulis seentri yang baru lagi segar.
Akhirnya selepas 15 kali fikir saya tetap juga nak tukar template.
Memang pada awalnya saya tidak mahu menukar template baru kerana template lama dah cantik tetapi disebabkan saya masih tetap berdegil nak juga tukar template baru.
Kalau kita selalu tukar template ia akan mendatangkan kesan yang negatif dan positif. Tetapi sebelum saya nak melanjutkan cerita itu saya nak bercerita tentang kisah blog Danialde4 pada 2013 :)
Kalau masih tetap selalu ponteng sekolah memang masa depan gelap gelita. Memang gelap gelita kalau SPM "cukup-cukup makan".
Jadi, dengan ini saya akan merancang tahun 2013 ku dengan sebaik-baik yang mungkin untuk mencapai keputusan cemerlang SPM nanti.
Kesembilan-sembilan guru berkenaan saya akan menuntut ilmu 101% daripadanya. Mohon anda doakan untuk saya ya :)
Ok, itu satu dan yang kedua ialah?
Blog Danialde4 tukar niche. Tukar niche sebelum ini iaitu Tips Berblogging ke Jurnal Inspirasi Hidupku.
Apakah itu?
Jurnal Inspirasi Hidupku ini akan berkisahkan seorang hamba Allah SWT yang akan membuat blognya sebagai medium untuk menulis nota.
Jadi, selepas ini anda akan membaca nota Tingkatan 5 saya. Harap anda tidak kisah ya ;-)
Bukan nota sahaja yang saya akan tulis tetapi tentang kisah kehidupan saya. Selama ini, saya memang banyak berdiam diri dan tidak bercerita tentang segala ilmu yang saya pelajari.
Memang banyak cerita yang belum saya ceritakan kepada anda kerana kekangan masa dan kerana saya pemalu orangnya.
Kesimpulannya, blog ini ialah sebuah jurnal yang akan menginspirasikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Saya akan bercerita dahulu tentang kesan positifnya.
Cuma sedikit sahaja kesan positifnya. Tetapi kalau cerita tentang kesan negatifnya anda jangan pula terkejut.
Jadi, anda dah lihat keburukannya? Anda nampak apa yang negatifnya lebih banyak daripada positif.
Kenapa ianya penting?
Apakah sebabnya?
Sebabnya ialah: Sekiranya kita menggunakan template yang sama untuk jangka masa yang lama pelawat akan lebih mudah kenal dengan tema blog berkenaan.
Misalnya, saya cuma katakan satu jenama kapal terbang yang menawarkan tiket penerbangan yang murah.
Otak kita secara automatik akan terfikir AirAsia.
Faham?
AirAsia adalah satu jenama yang sangat kukuh bagi saya kerana jenama itu tidak mengubah warna temanya iaitu warna merah dan sedikit putih.
Jadi, secara keseluruhannya AirAsia akan dikenali dengan ciri-ciri ini, iaitu:
Elegant. Responsive. Light. HTML5. User friendly dan yang paling penting Nur(cahaya) kasih... =D
Bercahaya templatenya.
Walauapapun, saya ingin mengucakapkan semoga anda sihat sejahtera dan bahagia hendaknya di dunia dan di akhirat.
P.S: Mohon kongsi kalau anda suka dan mohon komen yang membina ya.
P.S.S: Kalau template ini membuatkan anda tidak suka mohon berikan cadangan di ruang komen. Kalau suka tolong kongsikan bersama sahabat anda yang dikasihi ya ;)
Basmallah, Alhamdulillah. Syukur terhadap Ilahi kerana limpah rahmatNya saya masih lagi hidup dan diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini lalu membolehkan saya menulis seentri yang baru lagi segar.
Akhirnya selepas 15 kali fikir saya tetap juga nak tukar template.
Memang pada awalnya saya tidak mahu menukar template baru kerana template lama dah cantik tetapi disebabkan saya masih tetap berdegil nak juga tukar template baru.
Kalau kita selalu tukar template ia akan mendatangkan kesan yang negatif dan positif. Tetapi sebelum saya nak melanjutkan cerita itu saya nak bercerita tentang kisah blog Danialde4 pada 2013 :)
- Kisah Era 2013
Tahun ini tahun terakhir saya bersekolah menengah. Rasanya macam tidak percaya umur nak sampai 17. Sudah tua nampaknya. SPM lagi beberatus hari sahaja.Kalau masih tetap selalu ponteng sekolah memang masa depan gelap gelita. Memang gelap gelita kalau SPM "cukup-cukup makan".
Jadi, dengan ini saya akan merancang tahun 2013 ku dengan sebaik-baik yang mungkin untuk mencapai keputusan cemerlang SPM nanti.
= Rancangannya Ialah...
Saya akan berguru dengan 9 orang Guru yang hebat iaitu:
- Ustazah Normaiza Abdul Rahim. Guru Pendidikan Islam.
- Encik Rosli. Guru Sejarah.
- Puan Hawa. Guru Bahasa Melayu.
- Sir Hashim. Guru Bahasa Inggeris.
- Puan Kaliammah Devi. Guru Sains
- Encik Azmi Tahir. Guru Lukisan Kejuruteraan.
- Encik Azir. Guru Matematik Tambahan.
- Puan Junaidah. Guru Matematik Moden.
- Puan Faridah. Guru Sains Pertanian.
Kesembilan-sembilan guru berkenaan saya akan menuntut ilmu 101% daripadanya. Mohon anda doakan untuk saya ya :)
Ok, itu satu dan yang kedua ialah?
Blog Danialde4 tukar niche. Tukar niche sebelum ini iaitu Tips Berblogging ke Jurnal Inspirasi Hidupku.
Apakah itu?
Jurnal Inspirasi Hidupku ini akan berkisahkan seorang hamba Allah SWT yang akan membuat blognya sebagai medium untuk menulis nota.
Jadi, selepas ini anda akan membaca nota Tingkatan 5 saya. Harap anda tidak kisah ya ;-)
Bukan nota sahaja yang saya akan tulis tetapi tentang kisah kehidupan saya. Selama ini, saya memang banyak berdiam diri dan tidak bercerita tentang segala ilmu yang saya pelajari.
Memang banyak cerita yang belum saya ceritakan kepada anda kerana kekangan masa dan kerana saya pemalu orangnya.
Kesimpulannya, blog ini ialah sebuah jurnal yang akan menginspirasikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
- Kesan Selalu Tukar Template
Baiklah kembali ke cerita asal iaitu cerita kenapa kalau kita selalu tukar template mendatangkan kesan positif dan negatif.Saya akan bercerita dahulu tentang kesan positifnya.
Antara kesan positif ialah:
- Blog mengikuti perkembangan semasa.
- Blog akan lebih segar dengan pakaian baru.
Cuma sedikit sahaja kesan positifnya. Tetapi kalau cerita tentang kesan negatifnya anda jangan pula terkejut.
Antara kesan negatif ialah:
- Melihatkan anda seorang blogger yang masih baru. - Bila seseorang blogger itu selalu tukar template orang akan tahu yang dia seorang blogger baru sebab dia tidak yakin atau selalu ikut orang. Tidak ada pendirian hidup.
- Penjenaam blog tidak kukuh. - Misalnya macam cerita Naruto. Anda tahukan apakah warna tema Naruto iaitu warna oren. Jadi, warna baju Naruto ialah oren. Tetapi kalau Naruto asik tukar baju setiap hari memang orang susah nak ingat. Esok oren, lusa biru dan seterusnya. Jadi, ia tidak kukuh dan orang susah ingat.
- Sukar dikenali. - Samalah juga macam cerita tadi. Kalau orang tersebut selalu tukar template seminggu sekali orang susah sangat nak kenal blog berkenaan.
Jadi, anda dah lihat keburukannya? Anda nampak apa yang negatifnya lebih banyak daripada positif.
- Kepentingan Memlih Template Untuk Jangka Masa Lama
Kenapa kita perlu menggunakan template untuk jangka masa yang lama?Kenapa ianya penting?
Apakah sebabnya?
Sebabnya ialah: Sekiranya kita menggunakan template yang sama untuk jangka masa yang lama pelawat akan lebih mudah kenal dengan tema blog berkenaan.
Misalnya, saya cuma katakan satu jenama kapal terbang yang menawarkan tiket penerbangan yang murah.
Otak kita secara automatik akan terfikir AirAsia.
Faham?
AirAsia adalah satu jenama yang sangat kukuh bagi saya kerana jenama itu tidak mengubah warna temanya iaitu warna merah dan sedikit putih.
Jadi, secara keseluruhannya AirAsia akan dikenali dengan ciri-ciri ini, iaitu:
- Warna merah dan sedikit putih.
- Menawarkan harga tambang kapal terbang yang murah.
Tip tambahan: Pastikan bila nak memilih template, pilihlah template yang mempunyai satu warna yang kuat yakni warna yang terang supaya orang akan lebih mudah nak mengingatinya.
- Kesimpulannya
Blog ini akan tetap dengan template ini iaitu template sensational untuk jangka masa yang lama. Ciri-ciri template inilah membuatkan hati saya tetap setia untuk meggunanya.Elegant. Responsive. Light. HTML5. User friendly dan yang paling penting Nur(cahaya) kasih... =D

Tiada ulasan