Sumber |
-----------------------------------------------
Ilham datang dari Allah SWT. Alhamdulillah, Sujud Syukur =)
-----------------------------------------------
Esok Kakak ku @Lia Ameera bersama Kak @Naive Ran nak berniaga.
Tapi, saya fikir. Macam mana nak tingkatkan jualan.
Macam mana bagi orang beli akan produk kita.
Tapi sebelum itu saya teringat.
Di saat pergi Mydin petang tadi bersama Kakak ku yang manis belaka.
Ketika hendak pulang ada orang menegur.
Nak Beli Insuran tak Kak.
Kak ku membalas: Takpe-takpe.
Beliau bertanya lagi: Sebelum ini dah ada insuran ke?
Kakak ku dengan selambanya tidak layan.
Bila dah jadi macam itu. Saya bawak balik kes tadi. Iaitu Orang nak menjual insuran tetapi tidak dapat menarik perhatian kita.
Jadi, disini saya akan membincangkan bagaimana nak menarik perhatian pelanggan di depan mata kita.
Tarik Perhatian Dengan Ucapan Yang Sehat
Teringat di saat sekolah dahulu. Ustazah ku,iaitu Ustazah Normaiza Berkata: Apabila diantara rakan kamu sedang berpaling muka antara satu sama lain. Cara yang terbaik untuk menyambung balik silaturrahim yang telah putus sebentar tadi. Seseorang yang berpaling muka itu haruslah memberi salam.
Saya ambil itu dan bawa dalam perniagaan.
Jadi, Kalau orang yang lalu lalang di depan kita itu ialah orang Islam, maka kita haruslah memberi Assalamualaikum kerana. Menjawab salam adalah wajib. Kalau orang yang didepan kita itu menjawab salam. Maka apa lagi. Umpan dah terkena :D
Meminta Pertolongan
Selepas sahaja pelanggang kita menjawab salam,Maka kita haruslah meminta pertolongan sebegini.
Maaf menganggu Tuan / Cik Puan. Bolehkan berikan saya masa sebentar untuk menerangkan produk yang saya ingin jual.
Cakap dengan lemah lembut dan sopan santun. Jangan cakap macam dalam WWE. Memang lari le.
Kalau produk itu ialah makanan bagilah rasa. Jangan kedekut. Beri pelanggan rasa dahulu. Memberi lebih baik daripada meminta :)
Dan Anda Tahu Nak Buat Apa
Ikan dah dapat. Masuk dalam peti duit. Rezeki turun dari langit. Ucapkan syukur Alhamdulillah, kerana Hukum Allah menyuruh kita menjawab salam adalah wajib.Secara keseluruhannya. Artikel ini tidaklah berdasarkan fakta yang kukuh. Kerana kesemua yang ada di dalam artikel ini adalah daripada pengalaman situasi.
Kalau gitu. Saya juga ingin mengucapkan Assalamualaikum WBT. Semoga Anda sihat selalu dan tidak dilupakan juga selamat berniaga =D
Tiada ulasan