4 Teknik Efektif Menulis Artikel 60 Minit!


4 Teknik Efektif Menulis Artikel 60 Minit!
Di kala menaip tiba-tiba terasa bosan lalu meninggalkan komputer anda.

Saya pernah mengalami situasi seperti itu.

Tiada inspirasi, hilang semangat untuk menulis.

Yang sedihnya, "nanti-nanti sambung balik".

Sebenarnya, tidak pernah pun sambung balik menulis dan rasa amat kecewa.

Kenapa jadi begitu? Salah satu faktornya adalah menulis terlalu lama! Dan faktor yang kedua adalah tidak tahu apa yang hendak ditulis!

Jadi, dalam artikel kali, anda akan mempelajari bagaimana menulis dengan pantas dalam 60 minit!

PS: Ada BONUS :)

1. Tetapkan SATU Matlamat

Pertama-tama anda perlu tahu apakah matlamat artikel yang hendak ditulis?

Anda seorang pemandu dan penumpang ingin tahu ke manakah hendak pergi. Sekiranya memandu tanpa arah tuju ia hanyalah membuang masa penumpang sahaja.

Menetapkan Satu Arah Tuju

Anda perlu cari satu topik atau masalah yang hendak diselesaikan.

Contohnya, tentang SEO, blogging, widget, tutorial dan seterusnya.

Ataupun

Pembaca anda ada menyakan "Apakah Maksud SEO?"

Jadi anda mengambil keputusan menulis tentangnya.

Dan untuk membuat artikel anda mendapat trafik mencanak pastikan anda menjawab soalan ini:

Adakah artikel ini dapat menyelesaikan masalah pembaca saya?

Artikel tanpa menyelesaikan masalah pembaca adalah artikel yang sia-sia lalu pembaca akan lari.

Seterusnya anda perlu mencari maklumat tentang artikel yang hendak ditulis.

2. Membuat Kajian dan Mencari Maklumat yang Tepat

“If we knew what it was we were doing, it would not be called research, would it?”

— Albert Einstein

Terdapat 2 kaedah untuk mencari maklumat yang tepat lagi bermanfaat.

Pertama: Online

Anda boleh mencari maklumat di internet. Antaranya ialah di:
  • Blog
  • Forum
  • Dan laman-laman yang berkaitan

Kedua: Offine

Anda boleh mencari maklumat secara offline. Antaranya ialah:
  • Buku
  • Majalah
  • TV
  • Orang yang berkaitan
  • Dan seterusnya

Apabila mencari maklumat pastikan maklumat itu adalah maklumat yang sahih dan untuk mendapat maklumat yang benar-benar tepat pastikan juga mencari daripada sumber yang dipercayai.

Sekarang orang jarang mencari maklumat secara offline kerana lambat. Tetapi maklumat offline lebih dipercayai daripada online kerana sudah ditapis.

Seterusnya menyimpan maklumat anda dengan sebaik-baiknya.

Menyimpan Maklumat

Sekiranya anda mencari maklumat secara online, anda perlu menyimpan maklumat dalam:
  • Notepad
  • Wordpad
  • MS Word
  • Dan sebagainya

Kalau saya, saya suka simpan dalam notepad kerana mudah dan saiznya kecil lalu dapat menjimatkan ruang.

Dan pastikan juga anda ada membuat satu folder khas untuk menyimpan maklumat. Saya punya folder dinamakan "Post Ideas".

Anda pula bagaimana?

3. Merangka Artikel

Artikel tanpa rangka umpama pokok tanpa akar.

Selepas anda dapat segala maklumat, maka langkah kedua ialah merangka. Untuk merangka anda boleh ikut contoh di bawah:

Mukadimah

Subtajuk

Subtajuk

Subtajuk

Penutup

Sebagaimana artikel ini ditulis dalam rangka:

Mukadimah

Tetapkan SATU Matlamat

Merangka Artikel

Menulis Sekarang!

Penutup

Jika anda lihat, rangka sebenar amat mudah, tidak sampai beberapa saat. Tetapi apa yang penting ialah Subtajuk.

Anda perlu pecahkan subtajuk sekurang-kurangnya ada 3 mengikut format Tuan Aqif Azizan.

Maka sambung langkah terakhir...

4. Menulis Sekarang!

Kebiasaannya, saya suka menulis dalam notepad++ sebab ia mudah, kurang gangguan dan selesa ataupun anda boleh guna ZenWriter, DarkRoom, OmmWriter dan seterusnya.

Tambahan pula, cuma perlu isi ayat demi ayat dalam subtajuk yang sudah dirangka tadi. Tidak dilupakan juga mukadimah dan penutup.

Mengikut guru saya, Rahul Kuntala. Beliau lebih selesa menyiapkan subtajuk berbanding menulis mukadimah dan pendahuluan.

Persoalannya ialah kenapa?

Sebab isi lebih penting daripada mukadimah dan penutup walaupun ayat awal dan ayat akhir memainkan peranan yang penting juga.

Sekiranya saya menulis, saya akan menggunaka teknik Pomodoro.

Teknik Pomodoro ialah di mana 25 minit berkerja(menulis) 5 minit berehat. Secara keseluruhannya, 30 minit.

Jadi, saya cuma perlu ulang 2 kali untuk menulis artikel selama 60 minit.

Untuk dapatkan Timer Pomodoro secara PERCUMA, anda boleh layari laman web Tomighty dan memuat turun :)

Cerita Pomodoro: How to Create An 800 Words Article In 25 Minutes [Without Sacrificing the Quality]?

Bonus

 Kredit: SparringMind.com

Sekarang Terpulang Kepada Anda

Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Sekiranya ada penambahan tips yang anda ingin tambah, silalah berikan dalam komen.

Dan jangan lupa untuk kongsikan pada 1 orang rakan anda. Cuma seorang :D

Lebihkan mendengar, kurangkan bercakap. Lebihkan membaca, kurangkan menulis.

Kredit Imej: adventurebaycharters.com.au

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim