Dr. Edward de Bono - Kepentingan AGO dalam Blog

Aims, Goals, Objective
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi budiman.

Alhamdulillah, basmalah. Pertama-tama saya mahu berterima kasih kepada Allah swt kerana memberi peluang dan ruang untuk saya menulis seentri yang baru.

Tidak dilupakan juga kepada peminat Danialde4(Ada ke?) yang tak jemu-jemu menunggu entri terbaru daripada blog ini. Maaf ya ;-)

Baiklah. Anda pernah dengar Dr. Edward de Bono?

Mungkin ya

Mungkin tidak

Tetapi mesti anda tahu, dalam Malaysia juga ada seorang de Bono yang popular lagi dikagumi ramai dalam medan penulisan. Siapakah beliau? Beliau menggelar dirinya Si Nenek Tua.

Tak pernah juga? Kalau belum pernah dengar lagi, jom baca artikel Siapa Mentor Penulisan Aqif Azizan?. Mesti anda akan ingat beliau sampai bila-bila.

Sudah cukup sudah, mari kita ketahui "Apakah Kepentingan AGO dalam Blog?"

Takrif AGO

Sebelum nak menyelam lebih dalam lagi, mari kita baca apakah maksud AGO ini?

A = Aims = Tujuan

G = Goals = Matlamat

O = Objective = Objektif

Aims, Goals dan Objective. Ketiga-tiga mempunyai maksud lebih kurang sama. Tetapi setiap satunya membawa kehebatan masing-masing.

Tujuan, Matlamat dan Objektif adalah visi yang akan membantu kita melihat apakah yang akan terjadi pada masa hadapan blog kita.

Semua orang MESTI ada AGO. Dalam artikel sebelum ini juga saya ada menekankan kita mesti mempunyai matlamat.

Bila ada AGO maka mudahlah kita nak berjaya dan tahukah anda? Blog My Arrazi telah menanam cita-cita untuk mendapat Google PR 2 pada tahun ini. Kini blog beliau telah capai apa beliau inginkan.

Lihat, betapa petingnya mempunyai AGO dalam blog. Sedangkan kita tidak pasti sama ada ia akan tercapai atau tidak. Yang penting kita mesti BERANIkan diri untuk menetapkan AGO kita.

Aims

A = Aims = Tujuan

Setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini MESTI ada tujuan.

Apa tujuan saya datang sekolah? Untuk mengambil ilmu daripada Cikgu.

Apa tujuan saya bisnes? Untuk mendapat duit yang banyak. Salah! Untuk menyelesaikan masalah orang.

Apa tujuan saya berblog? {Isi sendiri :p}.

Mesti ada orang akan tulis. Untuk membuang masa yang terluang. Betul. Tak salah. Apa yang penting adalah kita MESTI ada tujuan berblog. Mesti ada tujuan.

Ada tujuan, perkara yang kita lakukan tidak akan menjadi sia-sia.

Tetapi apakah tujuan saya(Danial Abdul Rahim) berblog?

Untuk membina laman web. Serius, itulah mula-mula tujuan saya membina blog.

Pada awalnya, saya memang nak tahu sangat bagaimana membina laman web dan Alhamdulillah dari situ saya belajar daripada KOSONG sehinggalah ke tahap yang BAGUS.

Goals

G = Goals = Matlamat

Semua orang tahu matlamat adalah sesuatu yang kita boleh capai. Sesuatu yang hebat dan mengambil masa yang lama untuk merialsasikan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk anda mempunyai matlamat dalam blog?

Tanya pada diri sendiri "Apa matlamat yang hendak saya capai?"

Kalau soalannya susah nak jawab memang gelap masa depan blog anda. Kalau ditanyakan pada saya, saya akan menjawab:

"Menjadi jutawan dengan blog"

Saya tahu ia mustahil dan tidak munasabah. Tetapi lagi tinggi matlamat kita, lagi tinggi kita boleh capai.

Misalnya, saya mahu dapat 11A1 dalam SPM nanti lebih baik daripada saya mahu dapat 3A1 dalam SPM nanti.

Kenapa? Semua orang tahu. Bukan? :)

Blogger yang mempunyai matlamat untuk blognya adalah blogger yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat maka tidak mustahil untuk dicapai.

Objective

O = Objective = Objektif

Objektif lebih kurang sama juga dengan aims dan goals. Tetapi objektif ini lebih lain sedikit.

Kenapa?

Ok, pernah tak anda dengar, "Pada akhir bab ini anda akan pelajari..."

Ada bukan? Selalu kita jumpa ayat begitu dalam buku teks.

Mempunyai objektif membina blog adalah penting. Tetapi bagaimana caranya kita nak buat objektif untuk blog?

Tanya soalan ini, "Apa hasil yang kita rancangkan?"

Contoh, saya menulis artikel ini dan apakah hasilnya?

Anda akan tahu bagaimana membina blog dengan lebih jelas dan seterusnya...

Soalan itu agak susah untuk dijawab. Bagaimana pula kalau anda jawab soalan ini.

#1 "Kenapa saya perlu membina blog yang berjaya?"

Atau

#2 "Kenapa anda MESTI membaca blog saya?"

Anda jawab kedua-dua soalan di atas saya BERANI jamin selepas ini blog anda akan cepat naik. 101%!

Soalan #2 itu saya ambil daripada Uncle Corbett Bar

Terima kasih padanya, bukan pada saya ;-)

Daripada Penulis

Alhamdulillah, syukur terhadap Ilahi keranaNya saya masih bernafas untuk memberi nilai yang positif kepada anda.

Harap sejuta ampun dan maaf kerana selama ini saya menghilangkan diri tanpa meninggalkan khabar berita.

Sebenarnya laptop saya iaitu Acer Aspire 4310 telah di ambil kerana sebab-sebab tertentu(Bukan sebab SPM ya).

Tetapi alhamdulillah juga diucapkan kerana Kakak ku Prof(Bakal) Mardhati sudi meminjamkan netbooknya.

Jadi, apa yang anda fikirkan tetang artikel kali ini? Cukup bagus atau biasa-biasa saja?

Saya nak tahu juga bagaimana? Kalau ia membantu anda mohon dikongsikan pada rakan-rakan anda. Jangan cedok seorang diri.

Kalau ada soalan yang anda ingin ajukan. Dipersilakan :D

Saya sudi mendengarnya...

P.S: Mohon isikan AGO di bawah untuk masa depan blog anda.

A:________

G:________

O:________

Sumber gambar

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim