Sedut Software Sampai Lebam
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati.

Sudah lama saya tidak mengupdate.

Menghilang ka? Tidak. Saya dapat projek besar iaitu Projek SSSL

SSSL ialah sebuah blog warez juga. Sama juga dengan projek saya yang sebelum ini iaitu Projek Inxan. Tapi projek kali ini lebih hebat dan lebih dahsyat kerana SSSL ialah sebuah blog yang besar.

SSSL ialah?

S = Sedut
S = Software
S = Sampai
L = Lebam

Kalau anda belum join lagi Group SSSL silalah join kerana Group SSSL adalah group yang gempak :D

Dan jangan lupa nak like fan page nanti.

Lol... banyak nya nak buat. Tapi itu baru sikit kalau nak dibandinkan dengan saya mendesign blog SSSL V2 yang agak lama dan susah.

Ok, tanpa membuang masa mari kita telusuri bagaimana saya mendesign blog SSSL V2 dengan cepat(tak de la cepat sangat pon ;).

Kalau nak design template blogspot terbahagi kepada 3 bahagian


Design

Dalam design dia terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:

#1: Color

Warna. Tema warna SSSL?

Tema warna SSSL ialah putih merah sebenarnya, tetapi tidak jumpa template yang sesuai dan padan dengan merah putih. Jadi terpakslah buat color dia warna merah hitam.

Color = Red + Dark

Cun dah tu. Memang padan color dia dengan blog Software.

Ok, yang lain?

#2: Font

Font juga memainkan peranan yang penting untuk melihat blog tersebut cantik atau tidak. Selalunya orang akan guna font yang biasa iaitu?
  • Arial
  • Verdana
  • Georgia
  • Times new roman
  • dan selebihnya

Itu ialah diantara font biasa yang menjadi pilihan sekarang. Tapi font diatas tidaklah cantik dan menawan untuk dibaca. Justeru itu, saya terpaksa menukar font kepada yang lebih cantik. Iaitu font yang mudah dan senang nak dibaca apabila digunakan, ialah?

Droid Sans

Font tersebut memang popular di kalangan website yang hebat. Seperti blog Wordpress, Blogger dan sebagainya. Font Droid Sans juga adalah adik beradik sans-serif.

Nak lihat demo? Lihatlah di bawah

Droid Sans Web Font

Kebanyakkannya font droid sans ini selalu digunakan di negara barat seperti Amerika dan satu lagi negara yang saya tidak tahu(Cer tgk map kat bawah. Negara apa tu?).

Droid Sans

Nota: Lagi pekat warna hijaunya lagi tinggilah orang yang menggunanya

#3: Layout

Katakanlah anda nak buat satu laman web tentang review movie. Takkanlah anda nak menggunakan layout seperti laman biasa, mestilah nak layout yang bergambar kan?

Jadi samalah juga dengan blog untuk Software. Perlu menggunakan layout seperti blog Movie tetapi yang software berbeza sedikit.

Demo Layout:

Layout
Klik Pada Gambar Untuk Gambaran Jelas


Mesra SEO

Kalau anda belum tahu apa itu SEO, saya rasa lebih baik kalau anda baca; Rahsia Disebalik Nama "SEO".

Template yang Mesra SEO memudahkan carian untuk crawer blog tersebut dan meletakkannya pada ranking pertama dalam SERP.

Saya sudah mengoptimumkan template tersebut dengan?

Itu adalah ciri-ciri  template yang mesra carian. Lagi-lagi kalau template tersebut HTML5 memang bagus.

Yang bahagian Title pula, ditambah dengan meta tags keyword yang akan membuatkan post tersebut top-ten dalam SERP.

Open Graph meta tags sebenarnya tidak digunakan untuk carian tetapi digunakan untuk laman sosial

Meta tags tiada apa-apa sangat. Cuma yang penting meta description.

Bahagian Star Rating inilah yang saya sangat suka, kerana dia akan memaparkan rating di dalam carian.

Menjadikan template "reducre crawl error" sangat penting apabila robots nak crawl blog kita.


Itulah di antara ciri template yang mesra SEO untuk blog SSSL. ;)

Widgets

Huh.... terus terang saya cakap. Bahagian widgetlah yang paling banyak kami pasang.

Saya dan admin SSSL telah bergabung tenaga untuk memasang widget yang terbaik untuk SSSL

Antara widget kami pasang:
  • Drop Down menu - Memang susah pada mula-mulanya kerana kodnya susah nak difahami
  • Depositfiles - Untuk memudahkan uploader SSSL dan pengguna upload file.
  • 3 post sebaris - Widget yang selepas post biasa(ala yang bahagian Android, Games dan semua 2).
  • Translate - Memudahkan user untuk translate kepada bahasa yang mereka tahu
  • Button Donate - Ini bahagian button donate ala-ala says.my(maksud saya, kalau anda klik pada button donate tersebut akan ke new-tab says).
  • Radio RcFM - Dengar lagu yang best-best belaka
  • Facebook Pop Up - Menyuruh user like fan page kami ;)
  • Share button - Memudahkan user share post kepada laman yang mereka suka.
  • Related post - Di bahagian post page sahaja. Widget keluaran Soratemplate dan diubahsuai oleh Danialde4.
  • Sitemap - Inilah bahagian widget yang terakhir sekali. Widget yang penting dan bagus kerana akan memudahkan user nak mencari software yang mereka suka.

Jadi, memang banyaklah widget yang ada di dalam blog SSSL.


Daripada Penulis

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada hambanya untuk menguruskan Projek kali ke-2. Kesemua itu kalau tak kerana berkat orang di sekeliling saya sebernarnya tidak siap projek SSSL ini.

Jadi, bagaimana anda merasakan projek SSSL saya ini? Adakah bagus atau tidak?

Atau, anda tidak percaya usia saya 16 tahun berjaya menguruskan Projek SSSL?

Tepuk dada, komen dibawah :D

P,S: Jangan lupa nak follow blog saya tau ;)

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim