"Kunci untuk kuasai dunia pada hari ini ialah siapa tahu lebih."
- Dr. Azizan Osman
Pertama-tama, saya mahu memberi sedikit gambaran tentang autoriti agar anda lebih faham sedikit mengenai autoriti.

Kita akan lebih percaya kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Sebagai contoh, Pak Mat Tempe mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang membuat tempe. Beliau sendiri mampu menghasilkan 10kg tempe berkualiti sehari. Kejayaan beliau selalu dikongsikan di dalam kampungnya mahupun di profil Facebook-nya.

Dan lama-kelamaan penduduk kampung mula menggelar beliau sebagai pakar dalam membuat tempe.

Setiap kali ada orang baru mahu belajar buat tempe dalam kampung Pak Mat Tempe, pasti Pak Mat Tempe menjadi pilihan untuk dijadikan guru.

Persoalannya ialah kenapa?

Sebab Pak Mat Tempe mempunyai autoriti dalam industri penghasilan tempe.

Sekarang persoalannya ialah, apa itu autoriti?

Baca lagi...

Pengertian Autoriti Dari Segi Bahasa dan Istilah

Eh, seperti belajar Pendidikan Islam pula. Biarlah, asal kita jelas dan faham makna autoriti yang sebenar.

Maksud Dari Segi Bahasa:

Autoriti = Pihak Berkuasa

Atau autoriti juga boleh ditakrifkan sebagai pangkat. Ya, pangkat. Yakni orang yang mempunyai gelaran.

Maksud Dari Segi Istilah:

Autoriti = Kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku.

Sebagai contoh, Pengetua sekolah menengah mengadakan mesyuarat bersama guru-guru di kala waktu balik sekolah. Yakni selepas pukul 2 petang.

Dalam mesyuarat tersebut, Pengetua meminta pandangan dan pendapat kenapa dan bagaimana untuk mengatasi masalah disiplin pelajar.

Lalu, Pengetua dapat bertalu-talu idea daripada guru-guru yang ada dalam bilik mesyuarat itu.

Tetapi, semua idea yang diberikan dibantah sama sekali oleh Pengetua. Semua idea yang dikongsikan tidak diterima oleh Pengetua. Bak kata Ustazah Normaiza saya,

"Buang garan je."

Lantas, guru-guru dalam bilik mesyuarat itu diam. Oleh kerana, mereka sendiri tidak boleh melawan keputusan daripada Pengetua.

Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah autoriti.

Sebabnya pengetua mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku guru-guru.

Sekarang, saya mahu tanya anda: Jelas lagi faham makna sebenar autoriti?

Jika, *YA*.

Bagus dan tahniah diucapkan. Anda maju selangkah kehadapan.

Kenapa Kita Perlu Autoriti?

Saya selalu sebut, "Berautoriti Disayangi Google".

Adakah autoriti ada kaitan dengan membuat blog kita disayangi Google?

Ya, ada kaitan.

Maka baca kata-kata Matt Cutts,

"To rank well, build a site so fantastic that it makes you an authority in your niche."

Ditukar dalam bahasa Melayu,

"Untuk mendapat kedudukan yang baik (dalam SERP), bina sebuah laman yang sangat menarik yang membuatkan anda seorang berautoriti dalam bidang anda."

(Berautoriti = Mempunyai autoriti)

Lalu persoalan baru timbul lagi,

"Bagaimana kita mahu bina laman yang sangat menarik?"

Oh tidak. Soalan itu terlalu panjang untuk dijawab. Tetapi, kata-kata dari Copyblogger dapat membantu kita memahami bagaimana membina blog yang berautoriti,

"The key to becoming an authority in any area is to learn all you can, and share all you can."

Belajar segala-galanya yang kita mampu, dan kongsi segala-galanya yang kita mampu. Dan untuk membina blog berautoriti, kongsi segala-galanya dalam blog kita tentang niche (bidang) blog yang tersendiri.

Sebagai contoh, Paman Jiji mempunyai blog tentang Pemasaran Emel. Itu adalah niche blog beliau. Lalu dikongsikan segala teknik-teknik tersembunyi yang dipelajari oleh beliau seperti Autoresponder Madness, Soap Opera Sequences dan banyak lagi tentang strategi sulit pemasaran emel yang berkesan.

Lama-kelamaan, beliau dapat autoriti dalam industri pemasaran emel.

Lama-kelamaan, ramai orang menggelar beliau pakar pemasaran emel. Gelaran itu dapat daripada audiens yang beliau sendiri bina. Dan sudah tentu apa orang kata tentang kita lebih penting daripada apa yang kita kata tentang diri kita sendiri.

Bak kata Google,

"What other people say about you is more important than what you say about yourself."

Daripada Penulis

Autoriti adalah ganjaran daripada hasil usaha yang kita lakukan selama ini. Seperti Abang Hensem (Pakar Hartanah), Encik Titan (Pakar Buat Duit Blog), Denai Hati (Pakar WordPress) dan banyak lagi Blogger-blogger Malaysia yang berautoriti.

Mereka belajar segala-galanya, dan berkongsi segala-galanya tentang niche mereka yang tersendiri. Mereka memperoleh brand equity dan autoriti.

Namun ingat, jangan salah guna autoriti demi kejahatan. Ia boleh jadi baik seandainya digunakan dengan baik. Dan ia juga boleh jadi sebaliknya.

Perkara terakhir yang saya mahu anda lakukan ialah mula berkongsi segala-gala ilmu yang anda tahu. Tidak kira berkongsi di Facebook, Twitter, blog mahupun di forum.

Mula membina: "Know, Like and Trust factor" dalam tribe kita sendiri.

Nescaya kejayaan milik kita.

"Kuasa yang besar lahirnya ganjaran yang besar"
- Ultimate Spider-Man Animation

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim