Review Terkini: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Pertama kali dalam sejarah, inilah eBook pertama di Malaysia yang membongkarkan rahsia-rahsia pelajar cemerlang yang berjaya memikat hati saya.

Saya suka membeli, memuat turun dan membaca eBook. Tetapi, bukan semua ebook adalah bagus dan berautoriti. Walau ia berbayar, tidak pasti sama ada ia bagus atau tidak.

Penulis eBook-nya iaitu Tuan Firdaus adalah seorang usahawan yang merupakan bekas pelajar terbaik di United Kingdom. Beliau bukanlah seorang penulis yang jenis omong kosong tentang kejayaannya menjadi seorang pelajar terbaik. Namun seorang penulis yang 'Walk The Talk.'

Kesan Selepas Membaca Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Ebook-nya ada tiga:

Pertama: Ebook Dari Kampung Kedah ke United Kingdom 

Dalam eBook pertama, penulis memceritakan kisah beliau bagaimana dahulunya beliau seorang yang jenis main-main dalam pelajaran sehinggakan suatu ketika beliau tersedar akan kesilapannya.

Lantas, beliau berazam ingin berubah untuk menjadi pelajar cemerlang. Walaupun di kala itu beliau masih lagi berada di tingkatan 1.

Apa yang membuatkan beliau berubah adalah kerana teguran ayahnya yang secara halus menyentap perasaannya.

Teringat kisah rakan saya. Dahulu, semasa beliau baru sahaja dapat keputusan UPSR dan keputusannya agar teruk. Apabila rakan ku memberi tahu keputusan UPSR kepada ayahnya, ayahnya memberi ayat-ayat yang keramat sehinggakan rakan ku berubah 360 darjah.

Siapa sangka, teguran ayah boleh memberi impak yang mendalam kepada anaknya.

... Dan seterusnya, penulis komited dalam pelajaran sesampaikan menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield.

Apa yang saya pelajari dalam eBook pertama adalah kejayaan memerlukan KEINGINAN yang membara. Seseorang itu berjaya kerana dia memilih untuk berjaya. Memang benar apa yang tertulis di dalam buku Think and Grow Rich oleh Napoleon hill.

Keinginan adalah titik perubahan seseorang itu berjaya atau tidak. Andai keinginan nak berjaya lemah longlai, maka tiada siapa yang boleh bantu diri kita untuk berjaya.

Jumlah muka surat: 60.

Kedua: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Di dalam ebook kedua, dibongkar 25 rahsia bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat. Tiap-tiap rahsia yang beliau tulis adalah benar dan saya tidak meraguinya.

Rahsia pertama dan kedua adalah rahsia yang paling penting untuk kita jaga dan amalkan sepenuhnya.

Tetapi... Ada beberapa tips yang saya rasa kurang jelas. Mungkin juga kerana saya tidak membaca dengan teliti.

Walau apapun, dalam eBook yang kedua saya memang sokong 99% rahsia-rahsianya. Sesungguhnya, tip-tip yang dikongsikan sangat simpel, tetapi tetap benar-benar efektif.

Apa yang saya pelajari dalam eBook yang kedua adalah, kenapa kita perlu menjadi seorang pelajar cemerlang. Walau saya sukar untuk mengakuinya.

Jumlah muka surat: 158.

Ketiga: Ebook Rahsia Pelajar Luar Biasa

Diceritakan 11 rahsia pelajar luar biasa. Ebook ketiga sebenarnya lebih fokus kepada kehidupan. Tidak kiralah sama ada kita seorang pelajar ataupun tidak.

11 rahsia yang dikongsikan memang menyentap jiwa saya untuk berubah jadi kaya dan berjaya. Kaya di dunia dan di akhirat.

Setiap satu rahsia yang dikongsikan membuat saya terfikir sejenak tentang kehidupan. Apakah yang saya benar-benar mahu dalam kehidupan ini?

Dan syukur alhamdulillah, saya kini berani berimpian walaupun impian saya itu tersilap tulis, sedikit. Tidak spesifik.

Jumlah muka surat: 68.

Kebenaran Tentang Set Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Mudah dibaca, mudah dihadam. Setiap isi yang disampai tepat lagi berkat. Sesampaikan hari ini, penulis eBook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang tidak sanggup menaikkan harga eBook-nya.

Hanya RM 30 sahaja.

Saya fikir, harganya SANGAT tidak padan dengan set Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang kerana ilmu yang ada di dalamnya lebih mahal daripada itu.

Sekurang-kurangnya, harga eBook itu dijual pada harga RM 50. Namun, keuntungan bukanlah tujuan utama kenapa beliau menulis eBook itu.

Tujuan beliau adalah mahu melihat lebih ramai lagi anak bangsanya cemerlang di dalam pelajaran.

Dan jangan beli eBook ini sekiranya anda seorang pelajar cemerlang Harvard University. :P


Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim