
Beliau baru sahaja membina blog Blogspot yang pertama dan diberi nama Masakan Qyra Qalisha. URL blognya ialah MasakanQyra.blogspot.com.
Akan tetapi, ada beberapa masalah yang beliau hadapi. Beliau tidak tahu nak memilih Blogger template yang sesuai untuk blognya.
Jadi, beliau mengambil keputusan untuk mencari template yang sesuai untuk blognya. Sebelum itu, beliau rujuk 5 syarat dalam memilih template yang disukai pembaca dan disayangi Google.
Syarat #1: Kurang 3 Warna
Hitam sudah satu warna. Putih sudah dua. Jadi tinggal satu kekosongan untuk warna blog kita yang khas.Andai template X ada warna kelabu, ia masih dalam kelompok warna putih. Untuk blog saya, saya suka warna kuning kerana ia melambangkan pemikiran positif mengikut mazhab Edward de Bono.
... Lalu warna biru adalah pilihan Qyra Qalisha.
Syarat #2: Lebih 2 Column
Dalam pada masa yang sama, kita perlu memilih template yang mempunyai 2 colum ke atas. Blog saya adalah 2 column, yakni 1 column untuk post dan 1 column lagi untuk sidebar.Walaupun begitu, andai blog kita digunakan untuk jurnal harian, lebih sesuai guna template 1 column seperti blog peribadi saya iaitu Danial AR. Oleh kerana template 1 column memberi tumpuan 100% kepada pembacaan, seperti blog Zen Habits.
... Kemudian, template 3 column menjadi pilihan Qyra Qalisha, yakni sidebar kiri untuk column 1, post di tengah untuk column 2 dan sidebar kanan untuk column 3.
Secara tidak langsung kita dapat membayangkan bagaimana template Qyra Qalisha yang akan digunakan nanti.
Syarat #3: Loading kurang 5 saat
Mengikut pakar-pakar SEO, laman yang loading lebih 10 saat adalah kurang mesra SEO.Kenapa?
Oleh kerana, laman yang loading lambat, maka laman X itu akan lambat di-index dalam carian. Tambahan lagi, laman yang loading lambat juga sukar dibaca oleh pembaca kerana pembaca online kurang penyabar.
Sejujurnya, kita juga tidak suka sesuatu laman itu sekiranya loading lambat. Walaupun sesuatu laman itu mempunyai kandungan yang bagus lagi berkualiti.
"Tetapi Danial, kenapa kamu kata kurang 5 saat."
Sebab lagi cepat blog kita loading, maka lebih bagus.
Untuk memastikan template yang bakal kita guna nanti loading dengan pantasnya, kita boleh tahu kepantasan sesebuah template X itu dengan hantar (submit) URL di laman Pingdom.
.... Seterusnya, Qyra Qalisha cuba satu per satu template yang beliau suka. Akhirnya, selepas ditapis dapat 2 template yang sesuai.
Syarat #4: Saiz Font dan Font Family yang Selesa Dibaca
Suka saya tekankan syarat ini teramat penting. Bahkan kalau kita sengaja buat tidak endah syarat ini, menyebabkan blog kita dalam keadaan dibenci pembaca.Kenapa?
Lagi kecil saiz font sesuatu blog itu, lagi sukar orang nak membacanya.
Untuk memilih saiz font yang sesuai adalah dalam lingkungan 14px hingga 16px atau lebih lagi bagus. (Serius, baca balik ayat tadi.)
Untuk font family, guna font dalam keluarga Serif atau Sans Serif. Tidak dilupakan line-height juga penting. Saiz line-height yang bagus adalah 28px, 1.5em, 1.6em atau 1.7em.
Blog Seni Bina Blog guna saiz font 16px, font family Open Sans dan line-height 28px.
Bagaimana nak semak saiz font, font family dan line-height?
Kebiasaanya, dalam template dan dari cari kod .post-body. Nescaya, di situ ada tulis jawapannya.
Atau kita boleh inspect element sahaja untuk semak semuanya.
... Maka, Qyra Qalisha Memilih template yang saiz font 16px, font family Arial dan line-height 26px.
Syarat #5: Mesra SEO
"Ya saya tahulah pilih template yang mesra SEO, tetapi bagaimana nak tahu sama ada ia mesra SEO atau tidak?"Semak sama ada template yang akan kita guna nanti ada meta description dan title-tag yang mesra SEO atau tidak?
Selalunya, kita boleh tahu dengan semak kod-kod di bawah ada atapun tidak:
<meta expr:content='data:blog.metaDescription' name='description'/>
... Dan,
<b:if cond='data:blog.pageType == "index"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
Kebiasaannya, kod-kod di atas berada dalam <head> kod-kod meta tag </head>.
Aspek lain juga penting seperti H-tag, rich snippet, open graph meta tag dan lain-lain. Namun, meta-tag dan title-tag adalah yang paling penting sekali untuk SEO.
... Sesungguhnya, Qyra Qalisha sudah jumpa template yang hampir sempurna untuk blognya. Lalu, beliau menghantar 'surat' cinta kepada Danial Abdul Rahim. (Hehe.)
Lubuk Template-Template Blogger yang Mengguirkan
Demi memudahkan saya dan anda untuk mencari template-template Blogger yang berkualiti. Maka saya sudahpun mengumpul senarai laman yang menyediakan template yang kita mahukan.- SoraTemplates.com
- Templateism.com
- IVYThemes.com
- BlogTipsNtricks.com
- Templateify.com
- MasTemplate.com
- BloggerItems.com
- BloggerTemplateStore.com
- BloggerTheme9.com
- ZoomTemplate.com
- TemplateResponsiveDesign.com
Mahu Tambah Lagi Laman yang Menyediakan Template Blogger yang Bagus?
Saya amat alu-alukan.Dan jangan lupa beri salam kepada Cik Qyra Qalisha. Insya-Allah beliau balas. :P
[Promosi Terhad] Andai anda berminat untuk dapatkan Servis Mesra SEO Disayangi Google yakni servis optimasi template Blogspot agar mesra SEO dengan harga promosi iaitu hanya RM20 (Harga asal RM50).
PM saya segera di Facebook dengan kata kunci:
Blogspot Saya Mersa SEO Disayangi Google
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam PM nanti.
Berita buruk, ia terhad untuk 10 orang pertama sahaja dan tawaran promosi ini sah sehingga 11 malam sabtu, 21 September 2013.
Photo credit: FindYourSearch via photopin cc
PM saya segera di Facebook dengan kata kunci:
Blogspot Saya Mersa SEO Disayangi Google
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam PM nanti.
Berita buruk, ia terhad untuk 10 orang pertama sahaja dan tawaran promosi ini sah sehingga 11 malam sabtu, 21 September 2013.