Pula.. terlupa nak letak namaku yang menggiurkan. |
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dengan izin-Nya saya berjaya mencipta karya pertama buat julang kalinya -- iaitu Ebuk Rahsia Google PageRank.
Sebelum itu...
Saya nak tanya anda beberapa soalan:
- Adakah anda mahu membina blog yang mempunyai PageRank lebih tinggi?
- Adakah anda mahu menang kontes SEO selalu? (Walaupun saya selalu tak sertai :P)
- Adakah anda mahu mendapat kedudukan yang tinggi dalam SERP?
- Adakah anda mahu Google lebih sayang pada blog anda?
Kalau mahu, maka teruskan bacaan..
Apakah Ebuk Rahsia Google PageRank Ini?
Dipermudahkan sangat mudah faham, Google PageRank ada kaitan dengan SEO atau lebih tepat lagi ia berkaitan dengan backlink.Dan backlink juga ada banyak jenis, antaranya ialah:
- External backlink
- Internal backlink
- Dofollow backlink
- Nofollow backlink
- Dan banyak lagi termanya
Tetapi 4 backlink yang saya senaraikan di atas adalah yang paling asas.
Apakah takrif backlink-backlink tersebut? Dalam ebuk Rahsia Google PageRank akan bongkarkannya.
Siapa Patut Baca Ebuk Ini?
Orang yang berminat nak belajar ilmu SEO.Adakah anda minat tentang SEO?
Ada minat cukup syarat ;)
Baiklah, Saya Berminat. Tolong Berhenti Berleter Danial
Ok, ok, ok. Saya minta maaf.Dengan lafaz Basmalah saya melancarkan ebuk Rahsia Google PageRank ini.
Daripada Penulis
Oh.. sejak-sejak kebelakangan ini saya kurang aktif menghasilkan artikel blog yang epik adalah disebabkan fokus saya pada ebuk ini.Memang lama juga saya ambil masa untuk menyiapkannya. Lebih (atau kurang) sebulan.
Namun begitu, ebuk ini tidak siap jika bantuan Cikpuan Insyirah Azhar tidak dihulurkan. Beliualah mentor yang sentiasa memastikan anak didiknya berjaya.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada beliua kerana sudi menghabiskna masa dan tenaga demi membantu saya menyiapkan ebuk ini. Saya doakan Cikpuan Insyirah Azhar kaya dan berjaya.
Jadi, apakah pendapat anda tentang ebuknya? Berapa per 10? (1 hingga 10)
Mohon kongsikan rating anda dengan sejujur-jujur mungkin. Kalau tak suka cakap tak suka. Dan beri tahu sebab kenapa anda tak suka.
Supaya saya dapat memperbaiki kemahiran menulis ebuk saya.
Saya sedia mendengar kritikan daripada pembaca yang setia bersama saya.
Selamat membaca :D