Bagaimana Menulis Headline yang Menggoda

Bagaimana Menulis Headline yang Menggoda Lagi Memikat
Aku cabar kome jangan klik kucing comel tu.
Kenapa anda baca entri ini?

Jawapannya adalah kerana headline bukan?

Betul dan betul. Tujuan headline ialah untuk menarik perhatian pembaca. Bila dapat perhatian mereka, mereka akan klik pada headline berkenaan.

Dan bila sudah klik maksudnya, headline berkenaan memang memikat. Namun begitu, menulis headline yang menggoda bukan senang. Ia memerlukan kemahiran yang betul lagi tepat.

Jadi, bagaimana untuk menulis headline yang memikat lagi terpikat?

Jawapannya ada di sini.

Baca lagi...

PS: Ada bonus formula.

Headline Angka Sentiasa Menang

Angka = Nombor

Ia sangat berkuasa untuk menarik perhatian pembaca. Memang ia terbukti berkesan. Tidak percaya? Baiklah.

Saya bagi contoh mudah:

1.) Lima Langkah Mudah Bina Blog
2.) 5 Langkah Mudah Bina Blog

1 dan 2, mana lebih menarik perhatian kita? Sudah tentu nombor 2 bukan? Sebab kita lebih suka pada nombor kerana ia lebih seksi daripada perkataan.

Terdapat beberapa unsur yang kita boleh guna dalam headline angka.

Antara unsur yang kita boleh guna ialah:
  • Duit
  • Masa

Contoh untuk unsur Duit:

5 Langkah Mudah Bina Blog Hanya RM10

Atau

Teknik Menjana RM1000 Setiap Bulan dengan Blog

Contoh untuk unsur Masa:

60 Minit Siap Tulis Artikel

Kita juga boleh gabungkan kedua-dua unsur "Duit" dan "Masa".

Contohnya:

30 Hari, RM5000 dengan Blog

Memang menggoda headline di atas. Kalau ada memang saya tidak tunggu lagi. Terus klik :D

Headline angka sememangnya menjanjikan manfaat yang besar kepada pembaca. Lalu trafik blog kita mencanak.

Headline Persoalan Memaksa Pembaca Klik

Persoalan = Pertanyaan

Siapa Lagi Mahu Jadi Kaya?

Semua orang mahu jadi kaya bukan? Ceritanya bukan kaya atau tidak. Tetapi yang penting headline-nya perlu menarik perhatian pembaca untuk klik.

Persoalannya ialah, kenapa kita suka pada soalan?

Kerana ia (tanda soal ?)  memaksa otak kita untuk tahu lebih lagi.

Dan dalam headline soalan, terdapat beberapa perkataan pertanyaan yang kita boleh guna.

Antara perkataan pertanyaan ialah:
  • Kenapa?
  • Siapa?
  • Apa?
  • Bagaimana?

Kenapa?

Kenapa Saya Tidak Boleh Menulis?

Siapa?

Siapa Lagi Mahu Murah Rezeki dan Hidup Senang Lenang?

Apa?

Apa? Najwa Latif Sudah Kahwin

Bagaimana?

Bagaimana Menulis Headline yang Menggoda Sehingga Tergoda

Saya tambah sikit untuk headline bagaimana. Kata Bob Bly tentang headline Bagaimana:

"Penulis pengiklanan ramai mendakwa jika anda bermula dengan kata-kata bagaimana, anda tidak boleh menulis tajuk yang buruk."

Anda dapat idea bagaimana menulis headline yang memikat? Bagus. Tetapi ia belum berakhir, ada lagi tipsnya.

Pastikan Ia Ganjil

Pertama-tama, saya ingin ucapkan terima kasih pada Tuan Zahrul Azua kerana memberi tips tentang ini.

Kalau headline kita 4 patah perkataan ia bukan ganjil.

Ia mesti: 5, 7, 9 dan seterusnya.

Saya bagi contoh untuk mudah faham.

Contohnya:

Menulis Artikel yang Epik = 4 patah perkataan

Tips Menulis Artikel yang Epik = 5 patah perkataan

Tetapi, enjin carian seperti Google hanya paparkan hanya 65 aksara (Huruf + Jarak) dalam SERP.

Dan berdasarkan sumber berautoriti Copyblogger, kita seharusnya menggunakan headline yang kurang daripada 8 patah perkataan.

Secara ringkasnya, lagi pendek dan padat lagi menggoda.

Sudah faham? Kalau sudah, bagus. Kita teruskan lagi dengan tips seterusnya.

Formula 4 U

Jurulatih copywriter di American Writers & Artist ajar teknik tentang formula 4 U untuk menulis headline.

4 U ialah:
  • Useful = Berguna
  • Urgency = Segera
  • Unique = Unik
  • Ultra-specific = Ulta-spesifik

1) Useful: Berguna

Berguna = Bermanfaat

Headline yang memikat mempunyai unsur yang menawarkan manfaat kepada pembaca. Mereka nak tahu sekiranya mereka klik headline berkenaan apakah yang mereka dapat?

What's in it for me?

2. Urgency: Segera

Sekali baca terus klik, tanpa melengahkan masa lagi. Tanpa menunggu esok baru klik. Headline yang segera ini membuat pembaca tersentap dan ia beremosi.

Sebagai contoh tadi: Apa? Najwa Latif Sudah Kahwin

Patah hati aku... sebab tidak dapat kahwin dengan Najwa Latif.

3. Unique: Unik

Headline yang menyampaikan manfaat yang unik. Sebagai contoh: Bina Blog yang Berjaya.

Headline itu terlalu umum. Berjaya yang bagaimana? Tawarkan maanfaat yang unik lagi.

Contoh: Bina Blog yang Berjaya Menjana Pendapat RM1000 Setiap Bulan

4. Ultra Specific: Ultra-Spesifik

Lagi terperinci headline-nya, lagi tinggi peluang untuk klik. Saya sambung contoh headline tadi.

Contoh: 90 Hari Bina Blog yang Berjaya Menjana Pendapat RM1000 Setiap Bulan

11 Perkataan. Panjang, tetapi saya terpikat untuk tahu bagaimana caranya.

BONUS: Formula TKP


Memang susah kalau ingat semua yang diajar. (Sudah, siapa suruh ingat? :P)

Untuk memudahkan anda menghasilkan headline yang menggoda lagi tergoda, boleh guna formula ini.

T + K + P = Trigger + Keyword + Promise

Trigger = Yang paling awal sekali. Kita guna perkataan yang sentap atau beremosi atau angka atau pertanyaan.

Keyword = Kata kunci. Ia pendek sahaja.

Promise = Janji. Atau kita boleh anggap manfaat. What's in it for me?

Panduan Menggunakan Formula TKP

  • Tahu apakah keyword-nya. Sebagai contoh, "Plugin Blogger"
  • Cari apakah perkataan trigger yang bagus. Contohnya, "Kenapa 5"
  • Tambah apakah manfaat yang akan diperolehi. Contohnya, "Ini Buat Blog Kita Bergaya"

Jadi: Kenapa 5 Plugin Blogger Ini Buat Blog Kita Bergaya?

Sekarang Giliran Anda Pula

Saya sudah selesai terangkan dari A-Z yang saya tahu. Mungkin kalau anda belajar sendiri dapat banyak lagi tentang seni menulis headline yang memikat.

Semuanya atas dasar usaha kita sendiri. Menulis headline sebenarnya, memerlukan masa yang lama untuk kita menulisnya. Ada yang kata 50% untuk menulis headline sahaja.

Namun, ada satu ebook percuma yang dapat membantu kita menulis headline menggoda.

Ebook tersebut ialah, Headline Hack oleh Jon Morrow. Download, baca, faham dan guna ia. Memang dalam BI. Ubah sikit jadi versi BM dan gaya kita sendiri.

Dan, mohon like, G+ dan follow blog ini kalau sudi.

Kalau tidak... ilmu yang anda belajar ini tidak berkat. Eh, main-main aja sih ;)

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim