5 Kunci Untuk Menghasilkan Penulisan Terhebat Sepanjang Zaman!

Epic Content
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera kepada tetamu yang dihormati. Saya selalu menghadapi masalah bagaimana nak menghasilkan penulisan yang sangat hebat dan berkualiti. Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama?

Mungkin ya

Mungkin tidak

Tapi, kenapa kita perlu menulis artikel yang sangat berkualiti?

Sebabnya ialah:
  • Dapat authoriti
  • Dapat duit
  • Dapat pembaca setia/pengaruh
  • Dapat trafik
  • Dapat segala-galanya....

Saya rasa anda faham betapa pentingnya artikel yang epik.
Apa dia??? Artikel Yang Epik?

Pertama kali dengan ke?

Baiklah

Artikel yang epik sebenarnya berasal daripada Bahasa English iaitu disebut sebagai Epic Content dan orang yang menciptanya ialah Uncle Corbett Barr.

Content bukan ke Kandungan?

Ye betul, tapi kandungan juga dibawah naungan artikel.

Content = Kandungan = Isi.

Kandungan terbahagi kepada pelbagai jenis iaitu?
  • Entry/Post/Articel
  • Podcast
  • Video
  • eBook
  • Dan sebagainya

Janji benda tersebut ialah komunikasi digital. Sesuatu yang ada isi dalam bentuk digital.

Epic content juga mempunyai ciri-ciri yang istimewa.

Ciri-ciri Epic Content ialah?
  • Content yang akan membuat orang berfikir
  • Memberi inspirasi
  • Menghasil nilai yang sangat hebat
  • Mengubah persepsi kehidupan
  • Akan membuat orang berasa kagum

Faham dan faham ke?

Sekarang, bagaimana kita nak menghasilkan epic content?? Itulah perbincangan kita pada entri kali ini. Tadi cuma intro. Selepas ini barulah cerita bagaimana nak menghasilkan epic content...

P,S: Kalau anda baca artikel ini sampai habis, ada bonus untuk anda :D


Kunci #1 - Perasaan Benci ini Sebenarnya Cinta

Mesti anda akan ingat lagu Yuna iaitu Yang Sebenarnya. Lagu tersebut telah memberi inspirasi kepada saya dalam entri kali ini. Jadi apakah dia?

Adakah,

Perasaan : anda terhadap menulis

Benci : atau menulis ini

Sebenarnya : anda sangat suka dan

Cinta : dengan menulis?

Pertama kali membuat entri sebegini. Sungguh unik sekali. Adakah anda suka dengan menulis atau susah sangat nak menulis?

Tepuk dada, tanya tangan.

Kalau kita nak berkarya dengan hebat kita mesti tahu adakah kita suka dengan perkara yang kita lakukan?

Tidak semua orang suka dengan menulis. Ada orang suka melukis tetapi ada orang tidak suka akan menulis, dan juga sebaliknya. Cari dan fahami diri anda dahulu. Perkara ini sangat penting untuk mengetahui apakah potensi diri anda yang sebenarnya...

Kalau ya? Jom baca dengan lebih dalam lagi.

Baca: Bagaimana Mengenal Diri dan Mengetahui Potensi Diri yang Sebenar?

Dah tahu apa yang anda suka maka lahirlah perasaan cinta terhadap penulisan. Tak kenal maka tak cinta :)


Kunci #2 - Untuk Siapa Anda Menulis?

Sebelum nak menghasilkan epic content anda perlu menjawab soalan ini. Soalan yang agak basi sebenarnya. Tapi soalan ini amat penting untuk kita menghasilkan epic content. Kalau kita nak tulis. Kita tulis untuk siapa?

Adakah kita menulis untuk blogger?

Adakah kita menulis untuk cikgu?

Adakah kita menulis untuk remaja?

Atau kita menulis untuk suka-suka?

Mestilah kita menulis untuk manusiakan? Yang mempunyai perasaan dan jiwa.

Tetapi kita harus kenali pembaca blog dengan lebih dalam:
  • Apa masalah mereka?
  • Apa yang mereka cari?
  • Apa yang mereka mahu dalam blog anda?
  • Adakah pembaca blog anda lelaki atau wanita?
  • Berapakah umur mereka?
  • Adakah mereka cikgu? Pelajar atau penganggur?

Cari dan kaji apakah tingkah-laku pembaca kita. Barulah kita boleh menghasilkan epic content.

Saya rasa... kebanyakan pembaca blog saya ialah cikgu. Anggaran umur 18-30 tahun. Lelaki.

Itu sahaja yang saya dapat. Mungkin anda akan dapat lebih lagi kalau anda kaji tingkah-laku mereka ;)

Kunci #3 - Format Yang Betul

Bila dah tahu untuk siapa kita menulis maka kunci yang seterusnya ialah menulis dengan menggunakan format + formula yang betul.

Secara ringkasnya:

Headline

        Pendahuluan
       
    Subheading
   
    CTA
   
Saya telahpun menulis bagaimana nak menghasilkan artikel online menggunakan format + formula yang betul di blog OMG! Hackers?.

Baca ye ;-)  Format + Formula Menulis Artikel Online


Kunci #4 - Jadi Diri Sendiri

Anda tidak perlu jadi Aaron Aziz untuk memikat hati wanita. Tetapi anda cuma perlu menjadi diri sendiri untuk menawan hati wanita idaman anda.

Betulkan?

Dalam penulisan anda perlu ada sentuhan peribadi. Barulah mereka merasakan entri tersebut hidup. Merasakan penulis tersebut sedang bercakap dengan pembaca.

Itulah kunci yang ke-4.

Pembaca ini seperti wanita, yang perlu melayan mereka dengan lemah lembut. Penuh dengan kasih sayang. Barulah mereka suka dengan penulisan dan seterusnya akan jatuh hati cuma dengan penulisan kita.

Hebatkan?

Setiap orang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Jadi, selamilah jiwa anda. Cari apa yang membuatkan penulisan anda berbeza daripada orang lain.

Saintis pun dah kata. Setiap ibu jari manusia berbeza dan tidak sama langsung dengan yang lain. Anda juga begitu. Anda seorang penulis yang lain daripada yang lain. Cuma, selami jiwa bersama DR Fadzilah Kamsah ;)

Keunikan diri sendiri membuatkan anda susah nak dilupakan lalu kesan tersebut akan membuat orang sentiasa mengingati diri anda.


Kunci #5 - Elemen Emosi

Fakta:
90% akan menilai penulisan kita berdasarkan emosi yang selebihnya berdasarkan pengetahuan.

Sebab itu kenapa pelajar tidak suka membaca buku teks kerana tiada elemen emosi. Emosi adakah kuasa yang sangat kuat. Yang membolehkan seseorang sanggup membuat apa sahaja untuk kita.

Katakanlah, buku teks yang akan datang ada elemen emosi. Sudah tentunya pelajar suka membacanya. Dan persoalan kenapa remaja suka membaca novel berbanding dengan buku teks adalah buku teks tiada elemen emosi.

Emosi banyak mempengaruhi minda kita.

Nak contoh lagi?

Baiklah.

Wikipedia juga tiada elemen emosi. Betul-betul serupa macam buku teks. Skema dan tidak ada elemen emosi. Guru penulisan saya iaitu Rahul Kuntala tak suka pada Wikipedia disebabkan tidak ada sentuhan peribadi dan elemen emosi.

Baca: How to Create Compelling Copy that Even Your Cat Reads?

Bonus

Sepertimana saya katakan pada intro tadi. Saya janji akan bagi bonus kalau anda baca entri ini sampai habis. Maka, janji ditepati =)

Bonus ini

ialah

Bagaimana nak membuat pembaca tetap setia bersama anda?

Dengan menulis entri yang menyelesaikan masalah pembaca. Pembaca akan suka. Cari masalah pembaca dan selesaikan pada blog anda. Saya jamin 100% pembaca akan buat blog anda jadi facebook.

Jadi,

Banyak selesaikan masalah pembaca >> Dapat banyak pembaca setia >> Trafik meningkat >> Jualan meningkat.

Tapi bagaimana nak cari masalah pembaca? Anda cuma perlu cari masalahnya di facebook group atau di komen blog anda. Cari apakah masalah mereka. Dan selesaikan.

Nak senarai nak cari masalah pembaca? Ini dia:
  • Cari di Facebook Group
  • Cari di kotak komen blog anda
  • Cari di blog lain
  • Cari di forum
  • Cari di semua laman yang berkaitan.

Mudah dan senangkan? =)

Bonus tambahan

Senarai semak epic content(InfoGraphic)

Epic Content Checklist
Sumber

Daripada Penulis

Alhamdulillah, alhamdulillah, dan alhamdulillah. Pada beberapa hari yang lepas saya telah berjaya memikat hati blogger Cikgu Naman yang di mana blogger yang hebat di Malaysia.

Siapa yang tidak kenal Beliau? Dikagumi dengan sikap merendah dirinya. Dalam blog Beliau, Beliau ada membuat satu entri tentang saya. MasyaAllah, saya tidak tahu nak berkata apa. Sungguh baik Cikgu Naman. Hanya Allah SWT dapat balas balik jasa Beliau.

Saya harap hubungan saya dengan Cikgu Naman tetap kukuh dan sejahtera hingga ke akhir zaman...

Jadi, itulah dia. 5 kunci untuk menghasilkan penulisan terhebat sepanjang zaman.

Mari kita lihat balik apa yang kita bincangkan secara sepintas lalu:
  1. Minat
  2. Kepada siapa kita menulis
  3. Format yang betul
  4. Sentuhan peribadi iaitu unik
  5. Eleman emosi

Dan jangan lupa nak like, share, follow dan komen ye :D

+ Jangan lupa nak buat epic content dalam blog anda.


Sumber gambar daripada google images

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

1 ulasan:

  1. Good article and knowledge for me! I found a lot of information here! This article is really good for all newbie here. Digital Agency In India

    BalasPadam

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim