Apa Itu Artikel Berkualiti?


Apa itu artikel berkualiti?Kalau boleh, semua blog suruh kita pos artikel-artikel berkualiti.

Oleh kerana artikel berkualiti banyak memberikan manfaat untuk blog kita.

Terutama dalam SEO.

Masalahnya sekarang, kita tidak tahu apakah yang dimaksudkan artikel berkualiti.

Ramai yang sudi suruh kita tulis artikel berkualiti, tetapi tidak ramai yang sudi tolong tunjukkan jalan yang jelas apakah maksudnya yang sebenar.

Jadi, apa itu artikel berkualiti?

Definisi Artikel Berkualiti

Mengikut kefahaman dan pengalaman saya dari tahun 2011, artikel berkualiti ialah artikel yang menjawab persoalan-persoalan pembaca dalam niche tersebut.

Artikel Berkualiti = Menjawab Persoalan Pembaca / Menyelesaikan Masalah Pembaca.

Dapat? Bagus.

Salah satu artikel berkualiti yang pernah saya pos ialah Panduan Minimalis Buat Duit Berblog.

Apa pula yang dimaksudkan dalam niche tersebut?

Dalam niche tersebut ialah niche blog kita yang tersendiri.

Sebagai contoh mudah, niche blog Qyra Qalisha ialah perihal kecantikan. Maka, Qyra Qalisha senaraikan apakah soalan-soalan yang pembaca selalu tanya dalam niche kecantikan.

Contoh:
  • Bagaimana nak buang jerawat.
  • Bagaimana nak putihkan kulit muka.
  • Bagaimana nak buang bintik-bintik hitam di muka.

... Dan sebagainya.

Perhatikan dengan jelas perkataan "bagaimana" kerana ia adalah kunci dalam artikel berkualiti.

Apabila sudah dapat soalan-soalannya, maka cari di Google mengenai jawapan mengenai soalan-soalannya.

Katakanlah kita nak tulis artikel, bagaimana nak dapatkan 1000 pelawat sehari untuk setiap pos. Cari 10 artikel yang berkaitan dengan soalan tadi. Ambil isi-isi penting dalam 10 artikel berkenaan. Dan olah semula mengikut gaya anda yang tersendiri lagi unik.

Ingat, jadi diri sendiri.

Teknik ini dinamakan: TIRUVASI (Tiru + Inovasi).

Faham-faham? Bagus.

Daripada Penulis

Maka, kita sudah jelas apakah yang dimaksudkan artikel berkualiti. Sesungguhnya, ilmu yang simpel adalah ilmu yang paling berkesan.

Apa yang anda tunggu lagi, senaraikan soalan-soalan yang pembaca selalu tanya. Cari jawapannya di Google. Dan pos jawapannya di dalam blog. Nescaya hasilnya memberangsangkan.

Dan jangan lupa like artikel ini.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Sumber gambar.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

PERCUMA: 3 Cara Tingkatkan Bisnes Tanpa Risiko

(Jangan Terkejut.)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim