KEMASKINI: Download template versi tebaru di sini (megpite versi terbaru).

Megpite Blogger Template
Semenjak jadi Otaku, masa saya untuk berblog semakin kurang.

Sekarang baru saya faham kenapa orang sanggup berhabis duit kerana Anime.

Baiklah. Balik kepada cerita asal, saya sempat juga menyiapkan satu lagi template Blogspot selepas template Johny Simple Master.

Kali ini, saya membawa kelainan yang elegan dan template ini direka untuk disayangi. Maklumlah banyak sangat tonton Anime Romance sesampaikan rasa cinta melimpah-limpah.

Template ini ringan dan minimalis serta sudah dioptimasi mesra SEO lagi disukai pembaca.

Maka, mari kita lihat templatnya dengan lebih dalam:




Bagaimana untuk Menggunakan Template Megpite



1. Upload Template Megpite

Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik Backup / Restore > Browse ... > Upload Template Megpite.


2. Setting Menu

> Selepas upload Template, pergi ke Layout.

> Klik "Edit" pada widget Link List.

> Tambah menu dengan letak New Site Name dan New Site URL.

> Dan tekan Add Link.

Anda boleh tambah seberapa banyak link pada menu Link List yang anda mahu.


3. Setting Popular Post Sidebar

> Klik "Edit" pada widget Popular Post.

> Setting seperti gambar rajah di bawah:


Setting Popular Post


> Dan klik Save.


4. Setting Popular Post Footer Column

> Selepas setting Popular Post Sidebar, cari perkataan "Terhangat" di dalam halaman Layout.

> Setting seperti gambar di bawah:


Setting Terhangat


> Dan klik Save.


5. Tambah Widget Komen Terkini

> Di dalam halaman Layout, cari perkataan Komen Terkini pada sidebar.

> Selepas itu, klik "Edit" dan tambah / ganti kod di bawah dalam kotaknya:


<style type="text/css" scoped>
ul.kangismet_recent{list-style:none;margin:0;padding:0;}
.kangismet_recent li{background:none !important;margin:0 0 6px !important;padding:3px 
!important;display:block;clear:both;overflow:hidden;list-style:none; border: 1px solid transparent;
border-radius:9px; max-height: 100px;}
.kangismet_recent li:hover{border: 1px solid #ddd;}
.kangismet_recent a {text-decoration:none;}
.avatarImage{padding:3px;background:#fefefe;-webkit-box-shadow:0 1px 1px #ccc;-moz-box-shadow:0 1px 1px #ccc;box-shadow:0 1px 1px
#ccc;float:left;margin:0 6px 0 0;position:relative;overflow:hidden;}
.avatarRound{-webkit-border-radius:100px;-moz-border-radius:100px;border-radius:100px;width:35px;height:35px}
.kangismet_recent li span{margin-top:4px;color: #222;display: block;font-size: 12px;line-height: 1.4;}
</style>
<script type="text/javascript">
//<![CDATA[
    var
 numComments  = 5,
 showAvatar  = true,
 avatarSize  = 35,
 roundAvatar = true,
 characters  = 40,
 defaultAvatar  = "http://www.gravatar.com/avatar/?d=mm",
 hideCredits = true;
 maxfeeds=50,
 adminBlog='Kang Ismet';
//]]>
</script>
<script type="text/javascript" src="https://kang-is.googlecode.com/svn/trunk/javascript/recentcomments2.js"></script>
<script type="text/javascript" src="/feeds/comments/default?alt=json&amp;callback=kangismet_recent&amp;&amp;max-results=50">
</script>
> Dan klik Save.


6. Setting Email Newsletter

> Pergi ke Template.

> Cari perkataan ini: Danialde4


Setting Email Newsletter

> Ubah perkataan tadi dengan perkataan Feedburner anda.

> Dan Save Template.

Maka, anda sudah selesai setting template-nya.


Daripada Penulis

Template ini sebenarnya berasal daripada blog BlogTipsNTricks dan saya ambil inspirasi daripada blog Copyblogger.

Digabung dengan kedua-duanya maka jadilah template Megpite. Simpel lagi elegan. Dan direka untuk disayangi.

Andai anda mengalami sebarang masalah ketika memasang template Megpite, utarakan masalahnya di ruang komen. Nescaya saya membantu anda dengan pantas.

Pertama kali dalam sejarah, inilah eBook pertama di Malaysia yang membongkarkan rahsia-rahsia pelajar cemerlang yang berjaya memikat hati saya.

Saya suka membeli, memuat turun dan membaca eBook. Tetapi, bukan semua ebook adalah bagus dan berautoriti. Walau ia berbayar, tidak pasti sama ada ia bagus atau tidak.

Penulis eBook-nya iaitu Tuan Firdaus adalah seorang usahawan yang merupakan bekas pelajar terbaik di United Kingdom. Beliau bukanlah seorang penulis yang jenis omong kosong tentang kejayaannya menjadi seorang pelajar terbaik. Namun seorang penulis yang 'Walk The Talk.'

Kesan Selepas Membaca Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Ebook-nya ada tiga:

Pertama: Ebook Dari Kampung Kedah ke United Kingdom 

Dalam eBook pertama, penulis memceritakan kisah beliau bagaimana dahulunya beliau seorang yang jenis main-main dalam pelajaran sehinggakan suatu ketika beliau tersedar akan kesilapannya.

Lantas, beliau berazam ingin berubah untuk menjadi pelajar cemerlang. Walaupun di kala itu beliau masih lagi berada di tingkatan 1.

Apa yang membuatkan beliau berubah adalah kerana teguran ayahnya yang secara halus menyentap perasaannya.

Teringat kisah rakan saya. Dahulu, semasa beliau baru sahaja dapat keputusan UPSR dan keputusannya agar teruk. Apabila rakan ku memberi tahu keputusan UPSR kepada ayahnya, ayahnya memberi ayat-ayat yang keramat sehinggakan rakan ku berubah 360 darjah.

Siapa sangka, teguran ayah boleh memberi impak yang mendalam kepada anaknya.

... Dan seterusnya, penulis komited dalam pelajaran sesampaikan menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield.

Apa yang saya pelajari dalam eBook pertama adalah kejayaan memerlukan KEINGINAN yang membara. Seseorang itu berjaya kerana dia memilih untuk berjaya. Memang benar apa yang tertulis di dalam buku Think and Grow Rich oleh Napoleon hill.

Keinginan adalah titik perubahan seseorang itu berjaya atau tidak. Andai keinginan nak berjaya lemah longlai, maka tiada siapa yang boleh bantu diri kita untuk berjaya.

Jumlah muka surat: 60.

Kedua: Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Di dalam ebook kedua, dibongkar 25 rahsia bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat. Tiap-tiap rahsia yang beliau tulis adalah benar dan saya tidak meraguinya.

Rahsia pertama dan kedua adalah rahsia yang paling penting untuk kita jaga dan amalkan sepenuhnya.

Tetapi... Ada beberapa tips yang saya rasa kurang jelas. Mungkin juga kerana saya tidak membaca dengan teliti.

Walau apapun, dalam eBook yang kedua saya memang sokong 99% rahsia-rahsianya. Sesungguhnya, tip-tip yang dikongsikan sangat simpel, tetapi tetap benar-benar efektif.

Apa yang saya pelajari dalam eBook yang kedua adalah, kenapa kita perlu menjadi seorang pelajar cemerlang. Walau saya sukar untuk mengakuinya.

Jumlah muka surat: 158.

Ketiga: Ebook Rahsia Pelajar Luar Biasa

Diceritakan 11 rahsia pelajar luar biasa. Ebook ketiga sebenarnya lebih fokus kepada kehidupan. Tidak kiralah sama ada kita seorang pelajar ataupun tidak.

11 rahsia yang dikongsikan memang menyentap jiwa saya untuk berubah jadi kaya dan berjaya. Kaya di dunia dan di akhirat.

Setiap satu rahsia yang dikongsikan membuat saya terfikir sejenak tentang kehidupan. Apakah yang saya benar-benar mahu dalam kehidupan ini?

Dan syukur alhamdulillah, saya kini berani berimpian walaupun impian saya itu tersilap tulis, sedikit. Tidak spesifik.

Jumlah muka surat: 68.

Kebenaran Tentang Set Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang

Mudah dibaca, mudah dihadam. Setiap isi yang disampai tepat lagi berkat. Sesampaikan hari ini, penulis eBook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang tidak sanggup menaikkan harga eBook-nya.

Hanya RM 30 sahaja.

Saya fikir, harganya SANGAT tidak padan dengan set Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang kerana ilmu yang ada di dalamnya lebih mahal daripada itu.

Sekurang-kurangnya, harga eBook itu dijual pada harga RM 50. Namun, keuntungan bukanlah tujuan utama kenapa beliau menulis eBook itu.

Tujuan beliau adalah mahu melihat lebih ramai lagi anak bangsanya cemerlang di dalam pelajaran.

Dan jangan beli eBook ini sekiranya anda seorang pelajar cemerlang Harvard University. :P


Memilih Blogger template yang memikat pembaca lagi disayangi Google Di kala suatu hari, ada seorang gadis idaman yang bernama Qyra Qalisha (sebutannya, Kaira Kalisha).

Beliau baru sahaja membina blog Blogspot yang pertama dan diberi nama Masakan Qyra Qalisha. URL blognya ialah MasakanQyra.blogspot.com.

Akan tetapi, ada beberapa masalah yang beliau hadapi. Beliau tidak tahu nak memilih Blogger template yang sesuai untuk blognya.

Jadi, beliau mengambil keputusan untuk mencari template yang sesuai untuk blognya. Sebelum itu, beliau rujuk 5 syarat dalam memilih template yang disukai pembaca dan disayangi Google.

Syarat #1: Kurang 3 Warna

Hitam sudah satu warna. Putih sudah dua. Jadi tinggal satu kekosongan untuk warna blog kita yang khas.

Andai template X ada warna kelabu, ia masih dalam kelompok warna putih. Untuk blog saya, saya suka warna kuning kerana ia melambangkan pemikiran positif mengikut mazhab Edward de Bono.

... Lalu warna biru adalah pilihan Qyra Qalisha.

Syarat #2: Lebih 2 Column

Dalam pada masa yang sama, kita perlu memilih template yang mempunyai 2 colum ke atas. Blog saya adalah 2 column, yakni 1 column untuk post dan 1 column lagi untuk sidebar.

Walaupun begitu, andai blog kita digunakan untuk jurnal harian, lebih sesuai guna template 1 column seperti blog peribadi saya iaitu Danial AR. Oleh kerana template 1 column memberi tumpuan 100% kepada pembacaan, seperti blog Zen Habits.

... Kemudian, template 3 column menjadi pilihan Qyra Qalisha, yakni sidebar kiri untuk column 1, post di tengah untuk column 2 dan sidebar kanan untuk column 3.

Secara tidak langsung kita dapat membayangkan bagaimana template Qyra Qalisha yang akan digunakan nanti.

Syarat #3: Loading kurang 5 saat

Mengikut pakar-pakar SEO, laman yang loading lebih 10 saat adalah kurang mesra SEO.
Kenapa?

Oleh kerana, laman yang loading lambat, maka laman X itu akan lambat di-index dalam carian. Tambahan lagi, laman yang loading lambat juga sukar dibaca oleh pembaca kerana pembaca online kurang penyabar.

Sejujurnya, kita juga tidak suka sesuatu laman itu sekiranya loading lambat. Walaupun sesuatu laman itu mempunyai kandungan yang bagus lagi berkualiti.

"Tetapi Danial, kenapa kamu kata kurang 5 saat."
 
Sebab lagi cepat blog kita loading, maka lebih bagus.

Untuk memastikan template yang bakal kita guna nanti loading dengan pantasnya, kita boleh tahu kepantasan sesebuah template X itu dengan hantar (submit) URL di laman Pingdom.

.... Seterusnya, Qyra Qalisha cuba satu per satu template yang beliau suka. Akhirnya, selepas ditapis dapat 2 template yang sesuai.

Syarat #4: Saiz Font dan Font Family yang Selesa Dibaca

Suka saya tekankan syarat ini teramat penting. Bahkan kalau kita sengaja buat tidak endah syarat ini, menyebabkan blog kita dalam keadaan dibenci pembaca.

Kenapa?

Lagi kecil saiz font sesuatu blog itu, lagi sukar orang nak membacanya.

Untuk memilih saiz font yang sesuai adalah dalam lingkungan 14px hingga 16px atau lebih lagi bagus. (Serius, baca balik ayat tadi.)

Untuk font family, guna font dalam keluarga Serif atau Sans Serif. Tidak dilupakan line-height juga penting. Saiz line-height yang bagus adalah 28px, 1.5em, 1.6em atau 1.7em.

Blog Seni Bina Blog guna saiz font 16px, font family Open Sans dan line-height 28px.
Bagaimana nak semak saiz font, font family dan line-height?

Kebiasaanya, dalam template dan dari cari kod .post-body. Nescaya, di situ ada tulis jawapannya.

Atau kita boleh inspect element sahaja untuk semak semuanya.

Semak saiz font menggunakan inspect element


... Maka, Qyra Qalisha Memilih template yang saiz font 16px, font family Arial dan line-height 26px.

Syarat #5: Mesra SEO

"Ya saya tahulah pilih template yang mesra SEO, tetapi bagaimana nak tahu sama ada ia mesra SEO atau tidak?"

Semak sama ada template yang akan kita guna nanti ada meta description dan title-tag yang mesra SEO atau tidak?

Selalunya, kita boleh tahu dengan semak kod-kod di bawah ada atapun tidak:
<meta expr:content='data:blog.metaDescription' name='description'/>

... Dan,
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Kebiasaannya, kod-kod di atas berada dalam <head> kod-kod meta tag </head>.

Aspek lain juga penting seperti H-tag, rich snippet, open graph meta tag dan lain-lain. Namun, meta-tag dan title-tag adalah yang paling penting sekali untuk SEO.

... Sesungguhnya, Qyra Qalisha sudah jumpa template yang hampir sempurna untuk blognya. Lalu, beliau menghantar 'surat' cinta kepada Danial Abdul Rahim. (Hehe.)

Lubuk Template-Template Blogger yang Mengguirkan 

Demi memudahkan saya dan anda untuk mencari template-template Blogger yang berkualiti. Maka saya sudahpun mengumpul senarai laman yang menyediakan template yang kita mahukan.


Mahu Tambah Lagi Laman yang Menyediakan Template Blogger yang Bagus?

Saya amat alu-alukan.

Dan jangan lupa beri salam kepada Cik Qyra Qalisha. Insya-Allah beliau balas. :P

[Promosi Terhad] Andai anda berminat untuk dapatkan Servis Mesra SEO Disayangi Google yakni servis optimasi template Blogspot agar mesra SEO dengan harga promosi iaitu hanya RM20 (Harga asal RM50).

PM saya segera di Facebook dengan kata kunci:

Blogspot Saya Mersa SEO Disayangi Google

Maklumat lanjut akan diberitahu dalam PM nanti.

Berita buruk, ia terhad untuk 10 orang pertama sahaja dan tawaran promosi ini sah sehingga 11 malam sabtu, 21 September 2013.
Photo credit: FindYourSearch via photopin cc

Gambar tangan rock dengan logo HTML5
Sebelum ini saya ada pos entri tentang HTML5, dan kali ini tutorialnya lebih mendalam lagi.

Oleh kerana saya banyak buat servis Blogspot maka secara tidak langsung banyak perkara baru yang saya pelajari.

Kenapa kita perlu blog HTML5?

Salah satu sebabnya ialah untuk Google lebih suka pada blog kita. Bila Google suka pada blog kita, maka trafik dari enjin carian semakin mencanak.

Itulah sebabnya.

Jadi: Bagaimana nak buat blog kita jadi HTML?

Baca lagi...

Tutorial Buat Template Blogger Valid HTML5

Sebelum anda nak tukar template jadi HTML5. Mohon backup dahulu.

Boleh rujuk tutorial ini untuk backup template anda: How to Backup your Blogger Template.

Sudah? Bagus.

Maka tukar template jadi HTML5.

Pergi ke bahagian: Blogger Dashboard > Template > Dan klik "Edit HTML"

1. Ganti kod:        

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">

Dengan:

<!DOCTYPE html>

2. Ganti kod:

<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
   
Dengan:

<HTML expr:dir='data:blog.languageDirection' prefix='og: http://ogp.me/ns#' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:fb='http://ogp.me/ns/fb#'>

3. Ganti:

</html>

Dengan:

</HTML>

4. Buang SEMUA kod:

<b:include name='quickedit'/>

5. Buang kod:

    <b:includable id='postQuickEdit' var='post'>
  <b:if cond='data:post.editUrl'>
    <span expr:class='&quot;item-control &quot; + data:post.adminClass'>
      <a expr:href='data:post.editUrl' expr:title='data:top.editPostMsg'>
        <img alt='' class='icon-action' height='18' src='http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif' width='18'/>
      </a>
    </span>
  </b:if>
</b:includable>


6. Ganti SEMUA kod:

<style>

Dengan:

<style type='text/css'>

7. Lalu ganti SEMUA (Jika ada):

<center>

Dengan:

<div align='center'>

8. Ganti SEMUA (Jika ada):

</center>

Dengan:

</div>

9. Save.

Sekarang blog anda sudah HTML5 (hampir) sepenuhnya. Kenapa hampir? Sebabnya adalah ada sesetengah kod Blogspot yang kita tidak boleh edit atau buang untuk jadikan blog kita HTML5 sepenuhnya.

Semak Blog Kita Sudah HTML5 atau Belum

1. Pergi ke: W3C Markup Validator

2. Masukkan URL blog anda di kotak, "Address".

3. Dan klik, "Check".

Gambar HTML5 errors W3C Markup Validator

Andai Errors-nya kurang 100, sudah bagus. Andai terlebih?

Buang widget:
  • Blogger Follower
  • Statistic

Daripada Penulis

Sejujurnya, memiliki blog HTML5 banyak kelebihannya. Bukan sahaja dapat trafik mencanak-canak, malahan ia membuat blog kita jadi lebih moden lagi berautoriti.

Andai anda tidak faham atau blog anda errors-nya melebihi 100, komen sahaja di bawah. Saya sedia membantu anda mengurangkan errors-nya lagi, dengan pantas.

Semoga berjaya. :)

"Kunci untuk kuasai dunia pada hari ini ialah siapa tahu lebih."
- Dr. Azizan Osman
Pertama-tama, saya mahu memberi sedikit gambaran tentang autoriti agar anda lebih faham sedikit mengenai autoriti.

Kita akan lebih percaya kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Sebagai contoh, Pak Mat Tempe mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang membuat tempe. Beliau sendiri mampu menghasilkan 10kg tempe berkualiti sehari. Kejayaan beliau selalu dikongsikan di dalam kampungnya mahupun di profil Facebook-nya.

Dan lama-kelamaan penduduk kampung mula menggelar beliau sebagai pakar dalam membuat tempe.

Setiap kali ada orang baru mahu belajar buat tempe dalam kampung Pak Mat Tempe, pasti Pak Mat Tempe menjadi pilihan untuk dijadikan guru.

Persoalannya ialah kenapa?

Sebab Pak Mat Tempe mempunyai autoriti dalam industri penghasilan tempe.

Sekarang persoalannya ialah, apa itu autoriti?

Baca lagi...

Pengertian Autoriti Dari Segi Bahasa dan Istilah

Eh, seperti belajar Pendidikan Islam pula. Biarlah, asal kita jelas dan faham makna autoriti yang sebenar.

Maksud Dari Segi Bahasa:

Autoriti = Pihak Berkuasa

Atau autoriti juga boleh ditakrifkan sebagai pangkat. Ya, pangkat. Yakni orang yang mempunyai gelaran.

Maksud Dari Segi Istilah:

Autoriti = Kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku.

Sebagai contoh, Pengetua sekolah menengah mengadakan mesyuarat bersama guru-guru di kala waktu balik sekolah. Yakni selepas pukul 2 petang.

Dalam mesyuarat tersebut, Pengetua meminta pandangan dan pendapat kenapa dan bagaimana untuk mengatasi masalah disiplin pelajar.

Lalu, Pengetua dapat bertalu-talu idea daripada guru-guru yang ada dalam bilik mesyuarat itu.

Tetapi, semua idea yang diberikan dibantah sama sekali oleh Pengetua. Semua idea yang dikongsikan tidak diterima oleh Pengetua. Bak kata Ustazah Normaiza saya,

"Buang garan je."

Lantas, guru-guru dalam bilik mesyuarat itu diam. Oleh kerana, mereka sendiri tidak boleh melawan keputusan daripada Pengetua.

Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya ialah autoriti.

Sebabnya pengetua mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku guru-guru.

Sekarang, saya mahu tanya anda: Jelas lagi faham makna sebenar autoriti?

Jika, *YA*.

Bagus dan tahniah diucapkan. Anda maju selangkah kehadapan.

Kenapa Kita Perlu Autoriti?

Saya selalu sebut, "Berautoriti Disayangi Google".

Adakah autoriti ada kaitan dengan membuat blog kita disayangi Google?

Ya, ada kaitan.

Maka baca kata-kata Matt Cutts,

"To rank well, build a site so fantastic that it makes you an authority in your niche."

Ditukar dalam bahasa Melayu,

"Untuk mendapat kedudukan yang baik (dalam SERP), bina sebuah laman yang sangat menarik yang membuatkan anda seorang berautoriti dalam bidang anda."

(Berautoriti = Mempunyai autoriti)

Lalu persoalan baru timbul lagi,

"Bagaimana kita mahu bina laman yang sangat menarik?"

Oh tidak. Soalan itu terlalu panjang untuk dijawab. Tetapi, kata-kata dari Copyblogger dapat membantu kita memahami bagaimana membina blog yang berautoriti,

"The key to becoming an authority in any area is to learn all you can, and share all you can."

Belajar segala-galanya yang kita mampu, dan kongsi segala-galanya yang kita mampu. Dan untuk membina blog berautoriti, kongsi segala-galanya dalam blog kita tentang niche (bidang) blog yang tersendiri.

Sebagai contoh, Paman Jiji mempunyai blog tentang Pemasaran Emel. Itu adalah niche blog beliau. Lalu dikongsikan segala teknik-teknik tersembunyi yang dipelajari oleh beliau seperti Autoresponder Madness, Soap Opera Sequences dan banyak lagi tentang strategi sulit pemasaran emel yang berkesan.

Lama-kelamaan, beliau dapat autoriti dalam industri pemasaran emel.

Lama-kelamaan, ramai orang menggelar beliau pakar pemasaran emel. Gelaran itu dapat daripada audiens yang beliau sendiri bina. Dan sudah tentu apa orang kata tentang kita lebih penting daripada apa yang kita kata tentang diri kita sendiri.

Bak kata Google,

"What other people say about you is more important than what you say about yourself."

Daripada Penulis

Autoriti adalah ganjaran daripada hasil usaha yang kita lakukan selama ini. Seperti Abang Hensem (Pakar Hartanah), Encik Titan (Pakar Buat Duit Blog), Denai Hati (Pakar WordPress) dan banyak lagi Blogger-blogger Malaysia yang berautoriti.

Mereka belajar segala-galanya, dan berkongsi segala-galanya tentang niche mereka yang tersendiri. Mereka memperoleh brand equity dan autoriti.

Namun ingat, jangan salah guna autoriti demi kejahatan. Ia boleh jadi baik seandainya digunakan dengan baik. Dan ia juga boleh jadi sebaliknya.

Perkara terakhir yang saya mahu anda lakukan ialah mula berkongsi segala-gala ilmu yang anda tahu. Tidak kira berkongsi di Facebook, Twitter, blog mahupun di forum.

Mula membina: "Know, Like and Trust factor" dalam tribe kita sendiri.

Nescaya kejayaan milik kita.

"Kuasa yang besar lahirnya ganjaran yang besar"
- Ultimate Spider-Man Animation

sebuah gambar bibir wanita yang berwarna merah lagi menggoda
Genap sebulan sudah.

Sunyi sepi seketika blog Seni Bina Blog, bagaikan pekan berhantu.

Ke mana menghilangkanya Danial? Saya ada, cuma sibuk mengurus projek blog (Sibuk-lah sangat).

Kembali kepada cerita asal, formula R.P.P.

Tetapi, apa itu R.P.P:
  • {R}ingkas
  • {P}adat
  • {P}ekat

Ringkas

Bila menulis, menulis menggunakan perkataan dan ayat yang seringkas mungkin.

Kenapa?

Sebab lagi ringkas, lagi persuasif. Lagi persuasif lagi disukai pembaca. Lagi disukai pembaca, lagi disayangi Google.

Bagaimana mahu menulis dengan ringkas?

  • Setiap ayat maksima 12 perkataan. Andai ayatnya panjang, potong menjadi pendek dengan menggunakan: koma (,) atau titik (.).
  • Boleh mula menulis dengan kata hubung. Contoh: Atau ia lebih menggoda dan seksi. Yang ringkas lebih baik daripada yang berjela-jela.
  • Sentiasa guna ayat aktif. Sebab ia membuatkan penulisan kita hidup. Seperti penulis sedang bercakap dengan pembaca. Awak-saya.

Padat

Tulis poin sahaja. Biar kurang asal padat. Andai terlebih jadi 'membazir'.

Bagaimana mahu menulis dengan padat?

Bayangkan, sebuah kereta Kancil warna pink! Dalamnya ada 5 penumpang, satu pemandu. Padat atau tidak? ;)

Sama juga dalam penulisan, buat ia jadi sepadat mungkin. Semampat mungkin.

Tips menulis dengan padat:

  • Kurangkan penggunaan penanda wacana: Selain itu, walaupun begitu dan sebagainya.
  • Kurangkan penggunaan perkataan: Tetapi, namun dan sebenarnya.
  • Kurangkan penggunaan perkataan imbuhan: -nya, -pun dan -lah.

Pekat

Bayangkan 2 gadis jelitawan sedang berjalan ke arah anda.

Yang kiri, pakai skirt merah bawah lutut. Dan bajunya kemas.

Yang kanan, pakai skirt merah atas lutut. Dan bajunya sendat sesampaikan nampak 'pekat' hartanya.

Secara semula jadi, yang mana lebih menarik perhatian anda? Sudah tentunya gadis yang kanan.

Jadi, bagaimana mahu membuat penulisan kita pekat?

  • Guna saiz font yang besar. 14px - 16px. Kurang daripada 14px, tidak menggoda.
  • Potong perenggan yang panjang, jadikan ia pendek. 3 baris untuk setiap perenggan. Atau 2 - 4 ayat untuk setiap perenggan.
  • Yakin apabila menulis. Tiada lagi: "Saya fikir", "Saya rasa" dan "Kalau boleh".

Bila penulisan kita 'pekat', baru ia seksi lagi menggoda pembaca untuk membacanya.

Daripada Penulisan yang Kacak Lagi Menggoda

Sambung balik cerita saya...

Dalam bulan 6, 2 projek blog saya buat:

Projek Luharro senang dan seronok. Edit sana-sini guna firebug. Optimasi blog supaya Mesra SEO Disayangi Google. Dan paling seronok ialah design tajuk blog yang menggiurkan.

Yang Gempaq Giler juga seronok. Kerja saya: optimasi blog jadi Mesra SEO Disayangi Google dan banyak lagi.

Bulan 7 lain pula ceritanya:
  • Projek #6 KeZoom: Projek kedua terbesar selepas Projek SSSL. Dan kali ini saya bersemangat design blog KeZooM.

Alhamdulillah, selepas satu projek blog siap. Semakin lama semakin ramai yang upah saya servis blog blogspot. Pelik, sebab sebelum ini tidak pula ramai yang tahu saya buat servis blogspot.

Saya percaya ini disebabkan kesan selepas baca eBook Sistem Menjemput Rezeki dan amalkan tipsnya. Tambahan lagi, saya ada share post di Facebook.

Dan, perkara terakhir saya nak pesan: Kongsikan formula R.P.P ini kepada seorang Blogger lelaki kacak sahaja. (Kalau formula ini bergunalah. Hoho)

Saya doakan saudara serta keluarga kaya, berjaya dan bahagia selalu ^_^

Bagaimana Menulis Headline yang Menggoda Lagi Memikat
Aku cabar kome jangan klik kucing comel tu.
Kenapa anda baca entri ini?

Jawapannya adalah kerana headline bukan?

Betul dan betul. Tujuan headline ialah untuk menarik perhatian pembaca. Bila dapat perhatian mereka, mereka akan klik pada headline berkenaan.

Dan bila sudah klik maksudnya, headline berkenaan memang memikat. Namun begitu, menulis headline yang menggoda bukan senang. Ia memerlukan kemahiran yang betul lagi tepat.

Jadi, bagaimana untuk menulis headline yang memikat lagi terpikat?

Jawapannya ada di sini.

Baca lagi...

PS: Ada bonus formula.

Headline Angka Sentiasa Menang

Angka = Nombor

Ia sangat berkuasa untuk menarik perhatian pembaca. Memang ia terbukti berkesan. Tidak percaya? Baiklah.

Saya bagi contoh mudah:

1.) Lima Langkah Mudah Bina Blog
2.) 5 Langkah Mudah Bina Blog

1 dan 2, mana lebih menarik perhatian kita? Sudah tentu nombor 2 bukan? Sebab kita lebih suka pada nombor kerana ia lebih seksi daripada perkataan.

Terdapat beberapa unsur yang kita boleh guna dalam headline angka.

Antara unsur yang kita boleh guna ialah:
  • Duit
  • Masa

Contoh untuk unsur Duit:

5 Langkah Mudah Bina Blog Hanya RM10

Atau

Teknik Menjana RM1000 Setiap Bulan dengan Blog

Contoh untuk unsur Masa:

60 Minit Siap Tulis Artikel

Kita juga boleh gabungkan kedua-dua unsur "Duit" dan "Masa".

Contohnya:

30 Hari, RM5000 dengan Blog

Memang menggoda headline di atas. Kalau ada memang saya tidak tunggu lagi. Terus klik :D

Headline angka sememangnya menjanjikan manfaat yang besar kepada pembaca. Lalu trafik blog kita mencanak.

Headline Persoalan Memaksa Pembaca Klik

Persoalan = Pertanyaan

Siapa Lagi Mahu Jadi Kaya?

Semua orang mahu jadi kaya bukan? Ceritanya bukan kaya atau tidak. Tetapi yang penting headline-nya perlu menarik perhatian pembaca untuk klik.

Persoalannya ialah, kenapa kita suka pada soalan?

Kerana ia (tanda soal ?)  memaksa otak kita untuk tahu lebih lagi.

Dan dalam headline soalan, terdapat beberapa perkataan pertanyaan yang kita boleh guna.

Antara perkataan pertanyaan ialah:
  • Kenapa?
  • Siapa?
  • Apa?
  • Bagaimana?

Kenapa?

Kenapa Saya Tidak Boleh Menulis?

Siapa?

Siapa Lagi Mahu Murah Rezeki dan Hidup Senang Lenang?

Apa?

Apa? Najwa Latif Sudah Kahwin

Bagaimana?

Bagaimana Menulis Headline yang Menggoda Sehingga Tergoda

Saya tambah sikit untuk headline bagaimana. Kata Bob Bly tentang headline Bagaimana:

"Penulis pengiklanan ramai mendakwa jika anda bermula dengan kata-kata bagaimana, anda tidak boleh menulis tajuk yang buruk."

Anda dapat idea bagaimana menulis headline yang memikat? Bagus. Tetapi ia belum berakhir, ada lagi tipsnya.

Pastikan Ia Ganjil

Pertama-tama, saya ingin ucapkan terima kasih pada Tuan Zahrul Azua kerana memberi tips tentang ini.

Kalau headline kita 4 patah perkataan ia bukan ganjil.

Ia mesti: 5, 7, 9 dan seterusnya.

Saya bagi contoh untuk mudah faham.

Contohnya:

Menulis Artikel yang Epik = 4 patah perkataan

Tips Menulis Artikel yang Epik = 5 patah perkataan

Tetapi, enjin carian seperti Google hanya paparkan hanya 65 aksara (Huruf + Jarak) dalam SERP.

Dan berdasarkan sumber berautoriti Copyblogger, kita seharusnya menggunakan headline yang kurang daripada 8 patah perkataan.

Secara ringkasnya, lagi pendek dan padat lagi menggoda.

Sudah faham? Kalau sudah, bagus. Kita teruskan lagi dengan tips seterusnya.

Formula 4 U

Jurulatih copywriter di American Writers & Artist ajar teknik tentang formula 4 U untuk menulis headline.

4 U ialah:
  • Useful = Berguna
  • Urgency = Segera
  • Unique = Unik
  • Ultra-specific = Ulta-spesifik

1) Useful: Berguna

Berguna = Bermanfaat

Headline yang memikat mempunyai unsur yang menawarkan manfaat kepada pembaca. Mereka nak tahu sekiranya mereka klik headline berkenaan apakah yang mereka dapat?

What's in it for me?

2. Urgency: Segera

Sekali baca terus klik, tanpa melengahkan masa lagi. Tanpa menunggu esok baru klik. Headline yang segera ini membuat pembaca tersentap dan ia beremosi.

Sebagai contoh tadi: Apa? Najwa Latif Sudah Kahwin

Patah hati aku... sebab tidak dapat kahwin dengan Najwa Latif.

3. Unique: Unik

Headline yang menyampaikan manfaat yang unik. Sebagai contoh: Bina Blog yang Berjaya.

Headline itu terlalu umum. Berjaya yang bagaimana? Tawarkan maanfaat yang unik lagi.

Contoh: Bina Blog yang Berjaya Menjana Pendapat RM1000 Setiap Bulan

4. Ultra Specific: Ultra-Spesifik

Lagi terperinci headline-nya, lagi tinggi peluang untuk klik. Saya sambung contoh headline tadi.

Contoh: 90 Hari Bina Blog yang Berjaya Menjana Pendapat RM1000 Setiap Bulan

11 Perkataan. Panjang, tetapi saya terpikat untuk tahu bagaimana caranya.

BONUS: Formula TKP


Memang susah kalau ingat semua yang diajar. (Sudah, siapa suruh ingat? :P)

Untuk memudahkan anda menghasilkan headline yang menggoda lagi tergoda, boleh guna formula ini.

T + K + P = Trigger + Keyword + Promise

Trigger = Yang paling awal sekali. Kita guna perkataan yang sentap atau beremosi atau angka atau pertanyaan.

Keyword = Kata kunci. Ia pendek sahaja.

Promise = Janji. Atau kita boleh anggap manfaat. What's in it for me?

Panduan Menggunakan Formula TKP

  • Tahu apakah keyword-nya. Sebagai contoh, "Plugin Blogger"
  • Cari apakah perkataan trigger yang bagus. Contohnya, "Kenapa 5"
  • Tambah apakah manfaat yang akan diperolehi. Contohnya, "Ini Buat Blog Kita Bergaya"

Jadi: Kenapa 5 Plugin Blogger Ini Buat Blog Kita Bergaya?

Sekarang Giliran Anda Pula

Saya sudah selesai terangkan dari A-Z yang saya tahu. Mungkin kalau anda belajar sendiri dapat banyak lagi tentang seni menulis headline yang memikat.

Semuanya atas dasar usaha kita sendiri. Menulis headline sebenarnya, memerlukan masa yang lama untuk kita menulisnya. Ada yang kata 50% untuk menulis headline sahaja.

Namun, ada satu ebook percuma yang dapat membantu kita menulis headline menggoda.

Ebook tersebut ialah, Headline Hack oleh Jon Morrow. Download, baca, faham dan guna ia. Memang dalam BI. Ubah sikit jadi versi BM dan gaya kita sendiri.

Dan, mohon like, G+ dan follow blog ini kalau sudi.

Kalau tidak... ilmu yang anda belajar ini tidak berkat. Eh, main-main aja sih ;)

Hubungi Saya

Nama

E-mel *

Mesej *

100% Percuma Ebook

[FREE] Ebook Rahsia Google PageRank
Email *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim